Bab 15

Romance Completed 46052

BAB 15

Hari yang ditunggu telah tiba.

Setelah dua bulan mengikat tali pertunangan, kini tibalah masa untuk Yaya dan Aidil disatukan.

Ramai sanak-saudara dan shabat handai hadir untuk sama-sama menyaksikan penyatuan mereka.

"Bu, Yaya rasa sakit perutlah,"

"Isk kenapa pulak kamu Yaya,"

"Entah, rasa nak membuang lah bu,"

"Dah siap pakai cantik-cantik, sakit perut pulak kamu,"

"Itulah ibu suruh bangun pepagi,"

"Pukul 5 pagi tak cukup pagi lagi ke bu?"

"Itu bukan sakit perut nak membuang tu, itu namanya kecut perut nak bernikah," celah Mak Cik Bel.

Puan Solehah memegang erat tangan Yaya.

"Sejuk tangan kamu Yaya,"

"Yeke bu? Yaya rasa panas je,"

"Kamu takut ke?"

"Sikitlah,"

"Dah nak jadi isteri orang anak dara ibu ni,"

"Kejap je masa dah berlalu, macam baru semalam ibu hantar kamu pergi sekolah, tahu-tahu dah nak bernikah,"

"Hahahaha, macam lama sangat kalau ibu ungkit bab sekolah tu bu,"

Yaya cuba membuat lawak bodoh. Padahal air mata sudah bertakung siap berkolam dalam hatinya.

"Bu janganlah sedih, Yaya kahwin lepas tu still tinggal dengan ibu,"

"Aidil dah janji dengan Yaya, kami akan sama-sama jaga ibu,"

Puan Solehah bangga kerana mempunyai seorang anak yang bertanggungjawab.

"Ha sudah-sudahlah berjejak kasih kat sini, tok imam dah sampai tu," kata mak cik Yaya.

"Nanti ibu teman Yaya ya,"

Kalau orang lain ada pengapit yang terdiri dari teman-teman karib, Yaya tidak memerlukan semua itu.

Dia berkeras mahu ibunya berada di sisinya sewaktu akad nikah dijalankan.

"Mana pengantin perempuan?" tanya tok kadi.

Yaya dengan segera mengambil tempat di hadapan.

Dia mengenggam erat tangan ibunya.

"Kalaulah ayah kamu masih hidup, tentu dia orang yang paling gembira," Puan Solehah menyeka air mata dari tumpah.

"Ibu, takde rezeki ayah nak tengok hari bahagia Yaya,"

"Tapi Yaya yakin, ayah tengah tengok semua ni dari sana ibu,"

Genggaman tangan semakin erat.

"Baiklah kalau semua dah sedia, kita boleh mulakan,"

"Aku nikahkan kau...."

Saat itu berlaku terlalu pantas, Yaya hanya menyedari dia sudah bergelar isteri kepada Aidil apabila ibunya memeluknya.

Kini Aidil di hadapannya untuk membatalkan air sembahyang.

Tangan dihulur untuk bersalam. Yaya menyambutnya.

"Ha ciumlah isteri kamu tu Aidil," perintah Mak Cik Bel.

Satu kucupan diberikan Aidil di dahi Yaya.

Yaya kaget. Sumpah dia tak biasa dengan semua ni.

Setelah itu mereka beralih dan bersalaman dengan kedua-dua keluarga.

Mereka dihujani ucapan doa dan tahniah.

Selamat sudah upacara akad nikah dan orang ramai sudah beransur-ansur pulang.

***********************************

Kini kedua-dua mempelai sedang berehat di dalam bilik.

"Awak nah towel," Yaya menghulurkan tuala mandi kepada Aidil.

"Awak?" berkerut dahi Aidil.

"Sini kejap," panggil Aidil.

"Apa awak panggil saya tadi?"

Yaya mula sedar.

"Err, pastu nak panggil apa?"

"Apa-apa jelah kecuali awak," kata Aidil.

"Erm kalau macam tu saya panggil awak abanglah, ok tak sayang?"

"Ha, baru sejuk sikit telinga ni dengar,"

Satu ciuman singgah di pipi Yaya.

Aidil pegang tangan Yaya dan mereka saling berpandangan.

"Terima kasih sebab sayang sudi terima abang dalam hidup sayang,"

"Terima kasih jugak sebab abang sudi terima sayang seadanya,"

"Jom kita mandi," ajak Aidil nakal.

"Janganlah kat sini please abang, sayang malu lah,"

"Abang acah je," sempat Aidil mengedip mata sebelum masuk ke dalam bilik air.

"Mengada-ngada betul,"

"Sayang,"

"Ya,"

"Abang boleh pakai ke semua ni?"

"Boleh abang, abang boleh pakai semua yang abang nak,"

"Banyaknya bahan mandian perempuan eh," Aidil masih lagi bercakap walaupun sudah berada dalam
bilik air.

"Abang kot ye pun rindu, mandilah dulu, banyak pulak cakapnya,"

"Hehehe, haah lah abang dah rindu,"

"Geli pulak sayang dengar,"

"Haip tak baik tau,"

"Yaya turun bawah kejap ok, tertinggal handphone,"

"OK sayang, jangan lama-lama. Abang segan,"

"Aigoo...aigoo,"

"Apa kamu buat kat sini Yaya?"

"Ambil handphone Yaya,"

"Suami kamu mana?"

"Mandi dekat atas bu,"

"Ha pergilah cepat naik,"

"Isk biar jelah dia mandi bu,"

"Bukannya ada orang pun kat sini,"

"Tinggal kita je,"

"Eh tak boleh macam tu,"

"Yelah-yelah orang naik lah ni,"

Puan Solehah gembira melihat anaknya kini bahagia bersama lelaki yang dicintai.

Siapa sangka dia manusia yang sentiasa berbalah akhirnya menjalinkan perhubungan serius.

Benar jodoh itu rahsia Allah.

*************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience