Assalamualaikum,bidadari...buat apa tu?
Nur Qaseh mendapat mesej dari Amirul..nombor yang tidak dikenali kini telah di simpan dengan nama Amirul..kali ni dia pula ternanti nanti mesej dari insan bernama Amirul. Dia ingin kepastian dimana Amirul mendapatkan nombornya dan berbagai persoalan belum terjawab di fikiran nya.
Waalaikumsalam...soalan saya belum dijawab,mana awak dapat nombor saya? dan macam mana kenal nama saya?
alamak, dah macam polis pencen tanya soalan, hehe Am dapat nombor Qaseh dalam mimpi,Qaseh kan bidadari hehe
Nur Qaseh tersenyum sendiri membaca mesej dari Amirul yang membahasakan dirinya Am. sejak dari hari itu,mereka selalu berbalas mesej tapi hanya bertanyakan khabar. tetapi bagi Amirul dia ingin menjadikan Nur Qaseh sebagai kekasih hatinya.
Nur Qaseh mengurut bahunya yang lenguh, ramai pula pelanggan yang datang hari ini memenuhi kedai Kain Juwita sehinggakan terpaksa Kak ida datang membantu dek kerana kedai Kain Juwita membuat promosi sebelum bulan ramadhan tiba.
"penat betul hari ni kan Qaseh? lenguh habis rasanya kaki Anna,dalam kepala ni terbayang bayang bantal kat rumah" rungut Anna sambil memicit micit lututnya.
"a'ah kan,tak menang tangan kita hari ini. apapun dah rezeki Che mat dan Kak Ida"
"Qaseh, hari tu kan awak ada cakap yang si Amirul ajak awak jumpa,.So.. macam mana? tak Sabar pulak saya nak tengok macam mana rupa prince charming awak..hihihi"
Acap kali Amirul menyuarakan hasratnya untuk bertemu dengan Nur Qaseh tetapi macam macam alasan yang diberikan oleh Nur Qaseh bukan setakat mahu bertemu,hendak mendengar suara Nur Qaseh pun payah..sepanjag perkenalan nya hanya beberapa kali sahaja mereka berbual melalui telefon itu pun hanya sekejap. Amirul juga telah menyatakan perasaannya kepada Nur Qaseh lebih dari kawan dan kerana pengakuan itu la menjadikan Nur Qaseh serba salah. Dia akui ada perasaan yang pelik hadir dalam dirinya tetapi dia takut untuk menerima hakikat yang dia juga mempunyai perasaan yang sama pada Amirul.
"yelah tu,princess charming la sangat.hmm.Entahla Anna, saya malu la nak jumpa dia, lagipun nanti nak sambung belajar malas nak fikir"
"abis tu,? nak biarkan Amirul tu merayu rayu kat awak ke?kan tak pasal pasal dia datang kat sini melutut. Come on Qaseh, buka la hati awak tu untuk mencuba, Anna tahu awak pun suka kan Amirul kan??"
Siapa Kita untuk menafikan perasaan yang hadir, Siapa kita untuk menolak fitrah yang datang...
Rujuk pada Dia..Dia pemilik Hati Manusia..
Share this novel