Selesai solat isyak,Nur Qaseh teringat kembali ape yang di katakan oleh Anna ada betulnya apa yang dikatakan oleh Anna,kalau tak tanya mana nak tahu siapa dan kenapa terus mengganggu aku? tapi penting kah? Perlukah dia membalas mesej nombor misteri itu yang tak henti henti misscall dan mesej dia...terkadang berpuluh puluh kali dia melihat miscall dan berkeping keping mesej yang hanya memberi salam dari nombor misteri itu..
"lelaki ke? Ah,tak mungkin perempuan berbuat begitu...apa lah yang dia mahu?"
Kehadiran Alen menyedarkan Nur Qaseh dari lamunannya..Nur Qaseh memeluk dan mencium kesayangannya yang satu itu...waktu sebegini ibu dan ayahnya ke surau berdekatan rumahnya,walaupun sunyi,Nur Qaseh sudah terbiasa.dia akan mengisi kesunyiannya dengan bermain dengan kesayangan nya jika tidak membaca sambil mendengar lagu kegemarannya.
Nur qaseh memilih untuk menghabiskan novel yang baru dibelinya, Nur Qaseh melihat deretan CD Kegemaranya coldplay, michael learn to rock,michael jackson,westlife, Nur Qaseh lebih gemar mendengar lagu barat kadangkala dia mendengar lagu melayu berentak balada yang dia merasakan kena dengan jiwanya.Jari jemari nya ligat memilih CD yang tersusun dan memasang lagu Coldplay...di dalam kepala nya masih memikirkan siapa gerangan nombor misteri itu.
" How long before I get in, Before its starts,before I begin? How long before you decide befere I know what it feels like? Where to, Where do i go? If you never try, then you'll never know...
Handfone di tepinya berbunyi lagi,
"hmm..nombor ni lagi..."
"Assalamualaikum...bidadari, boleh berkenalan?" Mesej yang diterima kali ni berbeza dari sebelum ini...Nur Qaseh tersenyum...
"hmm..If you never try then you'll never know"
Share this novel