bab 11

Romance Series 4106

Assalamualaikum...Awakla bidadari yang saya cari...Saya Amirul, boleh berkenalan dengan awak? nur Qaseh..
Pagi pagi lagi,handfone Nur Qaseh berbunyi..harini hari jumaat dia tidak bekerja..kebiasaan hari minggu kalau tak menemani ibunya ke pasar Nur Qaseh menghabiskan masa dengan mengemas rumah,harini ibu ke pasar dengan ayahnya kerana dia berhasrat untuk menyapu di halaman rumah kerana setelah dia bekerja hanya ibunya yang menyapu,bukan dia tidak mahu tolong,tetapi ibunya telah selesaikan semua kerja rumah.
"Hmmm...macam mane pulak dia kenal nama aku ha?aku kenal dia ke?.
"maaf, saya kenal awak ke? boleh saya tahu awak siapa dan Macam mana awak tahu nama saya?"
Telefonnya berbunyi lagi,
"saya ada kelas..nanti kita sambung ya..terima kasih sudi balas mesej saya..
"Hhmmm...kelas?? Cikgu kah? Amirul?"
"Qaseh turunla makan,ibu dah beli sarapan pagi ni..panggil ibunya melenyapkan lamunannya...selesai makan dia ke luar untuk menyapu sampah,melihat matahari memancar dia membatalkan niat untuk menyapu kerana waktu sudah panas...
"petang nantila sapu Qaseh,dah panas ni..nanti hitam anak ibu sakat ibunya sambil ketawa di iringi ayahnya..
"semek,mari sini ayah nak tanya sikit...wajahnya kemerahan menahan malu setelah ayahnya memanggil nama yang dia tidak suka..
"ni nak sambung balajar kat mane? Dah bace surat tawaran Qaseh? Dah buat pilihan?"
Nur Qaseh teruja kerana salah satu tawaran kos yang dia minati iaitu pendidikan awal kanak kanak...tapi memandangkan tempat yang ditawarkan di luar dari negeri,mana mungkin ibu dan ayahnya melepaskan dia...dia terpaksa membatalkan niatnya untuk ke luar negeri hanya memilih didalam negeri..
"Entahla ayah, Qaseh rasa tak nak yang jauh"...
"hmm..ibu pun tak lepaskan kamu sayang,kamula satu satunya anak ibu dan ayah"
"ayah harap kamu paham Qaseh dan kami tahu kamu anak yang baik"
"hmm, Qaseh..mana mana pun kita pergi satu je jangan lupakan Allah dan jangan lupakan ibu dan ayah,
"bagaimana pula dengan Anna? Dia dapat kat mana? Kalau kamu belajar sekali ibu taklah bimbang sangat" pesan ibunya..
"alah ibunya pun anak kita pergi belajar bukannya pergi berperang,yang awak nak bimbang ni kenapa?" sapuk ayahnya.
"Bukan ape abang,zaman sekarang ni macam macam boleh jadi,kes culik la ape la...mane tak bimbang saya"
"ibu tak payahla bimbang in sha Allah,Allah jaga kita"..balas Nur Qaseh..
ibu nya tersenyum lega mendengar jawapan Nur Qaseh.Dia sebolehnya tak mahu anaknya berjauhan darinya,.walaupun Nur Qaseh diasuh berdikari tetapi untuk berjauhan dia tidak mampu melepaskan anaknya yang seorang itu. "ayah rasa baik kamu ambil tingkatan enam atau matrik tapi dekat negeri kita ni kan banyak universiti ayah rasa kamu boleh dapat biasiswa sebab result kamu baik.
"betul tu Qaseh, ibu rasa ada betulnya kalau deka bolehla kamu balik selalu,kata ibunya sambil tersenyum senang hati..
"mmm baiklah ibu,nanti Qaseh cek dalam internet."
Puan Mahani tahu anaknya itu tidak pernah membantah dan tidak pernah menjauh hati apabila dia mahupun suaminya menyuarakan sesuatu kepada Nur Qaseh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience