Honda Jazz milik Amirul meluncur laju,hari ini adalah hari terakhir dia bertemu Nur Qaseh. Dia akan menjemput Nur Qaseh setelah dia meminta izin ayah Nur Qaseh. Begitu berat rasanya hatinya ingin meninggalkan bumi malaysia kerana dia terpaksa berjauhan dengan kesayangannya. sesekali matanya memandang kotak berbaldu biru di seat kirinya.
"kenapa diam je? Am kat tepi Qaseh lagi,takkan dah rindu" usik Amirul kepada Nur Qaseh, dia tahu Nur Qaseh sedih.
"Am, Qaseh harap Am setia pada Qaseh" air matanya bergenang.
sejak Amirul mengenali Nur Qaseh, inilah kali pertama dia melihat Nur Qaseh sedih.
"Am harap Qaseh tunggu Am."..
hatinya sayu melihat Nur Qaseh begitu,dia yakin hati Nur Qaseh menyintai nya sepenuh hati sambil tangannya menyeluk poket kanan mencari kotak berbaldu biru, tangannya meraih tangan Nur Qaseh dan meletakkan kotak berbaldu biru itu di dalam tapak tangan Nur Qaseh.
"ape ni Am?, Nur Qaseh mengangkat wajahnya, perlahan lahan membuka kotak berbaldu biru. Dia terkejut melihat sebentuk cincin emas berukir.
"sebagai tanda kasih Am, dan Am nak Qaseh memakainya tanda Qaseh setia pada Am boleh?"
Nur Qaseh membalas pandangan Amirul, air mata nya mengalir dalam senyuman nya yang manis itu,sambil mengangguk. Dia mengesat air matannya.
"Qaseh akan tunggu Am pulang, Qaseh akan sentiasa doakan Am berjaya mencapai cita cita Am, kita sama sama capai cita cita kita ya Am."
"Qaseh, Am nak Qaseh tau yang Qaseh adalah pilihan Am, dan sentiasa di hati Am sampai bila bila.."
Kereta honda Jazz berhenti di hadapan rumah Nur Qaseh, Amirul tidak melepaskan pandanganya pada Nur Qaseh. Dia akan merindukan gadis dihadapannya ini selama empat tahun..
"pukul berapa flight kamu Amirul? tanya en.mustafa.
"pukul 9 ayah, lepas maghrib kami turun dari rumah takut jem pulak nanti.
"baik baik la Amirul di tempat orang nanti,walau dimana kita berada ingtlah apa tujuan kita, ingatlah kedua ibu bapa kita dan yang penting jangan lupa perintah Allah..Ibu sentiasa doakan kamu sentiasa dilindungi Allah" pesan Puan Mahani..
"in sha Allah ibu, doakan Am berjaya ye ibu"
Dia segera pulang ke rumah kerana bimbang terlewat..
"kamu dah bawa semua barang barang penting Am? dak cek semuanya?
"dah papa, rasanya semua dah ada"
"jomlah kita berangkat,nanti tertinggal flight pulak"
Share this novel