Zara menghantar Nur Qaseh ke stesen bas seperti selalu dan dia akan pulang ke rumahnya, mujurlah dia hanya tinggal berdekatan dengan tempat dia belajar dia boleh pulang kerumah bila bila masa. Zara akan pulang ke rumah jika Nur Qaseh pulang ke kampung.
setelah memastikan bas ke destinasi nya, Nur Qaseh terus naik kali ini seatnya agak kebelakng,kebiasaanya Nur Qaseh akan memilih untuk duduk di hadapan. Kedengaran riuh rendah beberapa budak perempuan dan lelaki memakai baju sekolah memekik, ketawa membingitkan telinga.Daripada uniform sekolah menunjukkan mereka pelajar sekolah berasrama.
"bertabahla Qaseh, asalkan tak kacau aku dahla" Nur Qaseh cukup takut jika melihat budak gangster apatah lagi dikelilingi oleh orang seperti itu, bukan dia tidak pernah dengar kes buli, pukul dalam kalangan pelajar.
"hei! diam lah! korang ni tak padan perempuan! tak malu tepekik terlolong! jerkah seorang lelaki yang duduk berhampiran sekumpulan pelajar yang bising membuatkan Nur Qaseh berasa sedikit lega.
Firdaus melarang sekumpulan pelajar yang agak bising menganggu keselesaan penumpang lain. Matanya tertumpu pada seorang gadis di hadapan nya, Ya! gadis itu satu Universiti dengan nya. Gadis yang membuatkan dia jatuh hati semenjak dia menjadi fasilitator untuk program orientasi beberapa bulan yang lepas. masih dia ingat dia memaksa Gadis itu minum air garam untuk mendapatkan petunjuk untuk mencari harta karun. Sungguh comel dan ayu gadis itu. cara bercakap menunjukkan Gadis itu lemah lembut orang nya.
"korang ni kan pelajar agama, tak bagus berperangai macam ni, tengok kakak yang kat depan ni sopan je, ni lah contoh perempuan melayu terakhir tau tak?"
"abam handsome, janganlah marah, adik lagi ayu macam perempuan melayu terakhir okeyyy lagi cantik dari kakak tu," jawab seorang pelajar perempuan penuh manja..pelajar lain ketawa melihat rakan nya yang nakal itu.
"abanggg, boleh berkenalan? abang handsome la nak no fone boleh?" tanya sorang lagi pelajar perempuan. tanpa segan.
"bising betul la budak budak ni, tak malu betul." bebel Nur Qaseh, mujurla dia bawak earfone bolehla dia mendengar muzik perjalanan yang memakan masa selama tiga jam tidak la membuatkan dia bosan mahu tidur rasanya tidak terlelap kerana bunyi bising dari sekumpulan pelajar bergelak tawa.Nur Qaseh memilih untuk menyambung bacaan novelnya.
"Assalamualaikum,..dia terdengar seperti orang memberi salam suaranya tenggelam timbul dalam keriuhan. dia memandang ke kirinya tiada penumpang.
"abang, buat pe kacau orang tak sudi adik di sini sudi berkawan dengan abang...sinila abang"
Firdaus melangkah ke tempat penumpang yang kosong sebelah kiri Nur Qaseh, inilah peluang yang ada untuk dia mengenali Gadis ini. Sebelum ini dia sentiasa memerhati dari jauh,melihat Gadis ini di cafe, Gadis ini banyak luangkan masa di perpustakaan dia tidak berpeluang menyapa gadis ini kerana agak sukar di dekati.
"Assalamualaikum, awak!" Firdaus meninggikan sedikit suaranya melawan bunyi bising. Terasa mahu luruh jantungnya apabila Gadis dihadapannya bertentang dengan nya dan memberi senyuman.
"waalaikumsalam," ye?? saya??"
"saya firdaus, panggil Aus"
"errr..Nur Qaseh, Qaseh," Nur Qaseh teragak agak menjawab.
"ha?? Nur? tak dengarla,kuat sikit boleh" Firdaus memalingkan muka nya ke arah sekumpulan pelajar di belakang.
"adik adik boleh tak slowkan sikit! firdaus melarang sekumpulan pelajar kerana mengganggu dia bercakap"
Nur Qaseh tidak selesa apabila ada pelajar perempuan memarahinya kerana bercakap dengan lelaki itu padahal bukan dia yang memulakannya. Nur Qaseh memilih untuk tidak melayan lelaki itu bimbang akan terjadi sesuatu.
"awak Nur.. ape tadi? "pertanyaan firdaus tidak diendahkan oleh Nur Qaseh "hai,hello Nur"
"abang, sini la...orang taknak layan abang watpe duduk situ lagi, "
"Dia ni perasan macam dia bidadari syurga kowt!" kata seorang budak perempuan sambil mencuit bahu Nur Qaseh.
"hei!! berani kau sentuh dia! hormat la sikit orang!" tegah firdaus terkejut dengan tindakan seorang pelajar. lalu dia bangun beredar ke tempatnya.Dia tidak menjangkakan Nur Qaseh dilakukan sebegitu.
Nur Qaseh tersentak dengan kelakuan pelajar perempuan tersebut mendiamkan diri...dalam hatinya beristigfar bimbang akan di sakiti lagi oleh pelajar itu. "Hmmm..budak budak sekarang kurang adab betol la..gumam Nur Qaseh di dalam hatinya..
Keadaan beransur menjadi tenang, mungkin penumpang sudah terlena hanya kedengaran dua tiga orang pelajar bercakap cakap, penumpang yang berada di depan agaknya dah lena..bolehlah kiranya dia melelapkan mata, penumpang di sebelahnya sudah terlena dari tadi. waktu menginjak ke maghrib dia membatalkan niat nya untuk melelapkan mata. Pemandu bas memberhentikan bas untuk menunaikan solat magrib di masjid, semua penumpang turun kecuali yang tidak menunaikan solat termasuk Nur Qaseh. Dalam samar samar cahaya lampu baru dia perasan Firdaus ialah pelajar yang mendapat gelaran Dekan di Universiti nya yang menjadi kegilaan pelajar perempuan di Universiti nya termasuk teman sebiliknya Zara.
"untunglah sape yang dapat nya" teringat pulak Nur Qaseh akan kata kata Zara.
Nur Qaseh melihat ke luar tingkap, kelihatan seorang lelaki berbadan tegap yang menjadi kegilaan perempuan menuju ke bas, No wonder la dia menjadi kegilaan pun,berkulit cerah,sentiasa kemas,muka bersih je, bak kata orang semua perfect la dahla bijak sekali imbas macam pelakon tv pulak.
"Assalamualaikum, maafla kacau awak, saya Firdaus dan awak Nur?? Firdaus menyambung kembali perkenalan nya dengan Nur Qaseh yang tergendala tadi.
"ehm..Nur Qaseh, Qaseh" Nur Qaseh menoleh ke belakang.
"sorry pasal tadi, saya mintak maaf sangat sangat saya tak sangka yang diorang boleh sejauh itu" Firdaus serba salah.
"no, its ok..bukan salah awak pun.." Nur Qaseh tersenyum kelat.
"awak dari fakulti perakaunan kan? saya selalu nampak awak kat perpustakaan. saya dari fakulti kejuruteraan"
"siapala tak kenal awak firdaus satu Universiti kenal"gumam Nur Qaseh di dalam hati, tapi..dia kenal Firdaus pun daripada Zara, rakan sebiliknya salah seorang peminat Firdaus.
"owh..saya selalu ke perpustakaan cari bahan untuk assignment biasala tahun pertama tak berapa pandai"
"hmmm, lepas ni kalau nak buat Assignment boleh tanya Aus k! , ehm..nak tanye ape ape pun boleh" Firdaus cuba beramah dengan Nur Qaseh.
Perbualan mereka terhenti apabila penumpang sebelah Nur Qaseh memohon untuk duduk. Bas kembali memulakan perjalanan.
"hmmm..Qaseh,boleh saya dapat kan no fone awak? kita kan satu U"
"errrm..."
Telefon Nur Qaseh berbunyi,tertera nama ayah nya Mungkin ingin menanyakan dimana dia berada. Nur Qaseh melepaskan nafas lega selepas bercakap dengan ayahnya sangkaan nya Firdaus ke belakang tetapi masih lagi menantinya.
"Qaseh! can i get your fone number pleasee" Firdaus tidak putus asa selagi dia tidak mendapatkan nombor Nur Qaseh.
"pleaseee...pleasee..pleaseee" Firdaus separuh merayu. gelagat Firdaus diperhati sekumpulan pelajar tadi.
"chewaah abang hensem nak mengorat laa!.sampai hati abang curang pada adik" kata seorang pelajar"
"please Qaseh" pinta Firdaus sambil menghulur handfonenya kepada Nur Qaseh.
Terketar ketar dia mengambil handfone dari tangan Firdaus.Dalam terpaksa,dia mendail nombornya.
"thanks! " lalu Firdaus beredar ke tempat duduknya.
Nur Qaseh meminta untuk pemandu bas berhenti di bus stop yang biasa Nur Qaseh turun, kelihatan kereta ayahnya telah sedia menunggu.Nur Qaseh menghela nafas lega..tiba tiba handfonenya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Dia menghenyakkan badannya ke dalam perut kereta kemudian kereta meluncur pulang ke rumah.
Namamu seindah dirimu yang ayu,
tutur bicara mu selembut bayu menyapa,
Anggunnya dirimu membuat hati ku terpana,.
Dirimu wanita melayu terakhir bagi diriku..
Nur Qaseh tersenyum sebdiri tatkala membaca mesej dari Firdaus.
"hmm..mat jiwang rupenya Dekan ni" bisik Nur Qaseh sendiri sambil tersenyum.
handfone nya berbunyi lagi..
Terima kasih, sudi bagi nombor telefon kat Aus..selamat bercuti Qaseh..
belum sempat Nur Qaseh menyimpan handfonnya mesej berbunyi lagi..
selamat malam Nur Qaseh...
Nur Qaseh tersenyum lagi,...
tanpa sedari ayahnya sedari tadi memerhati gelagat anak nya itu..
"amboi, nanti ade story la dengan ibu ye semek...
"ha? eh, ayah ni ade ade jelah...
Share this novel