Takbir raya kedengaran di pagi bersahut sahutan,Nur Qaseh bersiap siap untuk ke surau berdekatan dengan rumah nya..setiap tahun jika tiada halangan Nur Qaseh sentiasa pergi solat raya bersama sama ayah dan ibunya. Hari raya pertama kebiasaanya Nur Qaseh beraya ke rumah nenek dan sanak saudara..
"ketupat,rendang, nasi minyak,tapai...semua dah ada ibuu!" tangan Nur Qaseh ligat membelek bekas tupperware berisi juadah untuk dibawa ke rumah nenek. kebiasaan mereka berkumpul di rumah nenek pada hari raya pertama dan masing masing membawa juadah dari rumah untuk makan bersama di rumah nenek.
"semua cukup ni?? nanti ada yang tertinggal pula," ayahnya memastikan,sambil mengangkut barang ke bonet kereta..
kereta yang dipandu Nur Qaseh meluncur ke rumah neneknya.Nur Qaseh tidak lagi takut untuk memandu kerana sudah biasa membawa kereta sendiri setelah dipaksa ayah untuk selalu membawa kereta.
setibanya disana sudah ramai saudara maranya berkumpul,ada yang tinggal berhampiran rumah nenek dan ada juga yang bermalam dirumah nenek kerana tinggal di luar negeri.sungguh meriah dengan gelak tawa mereka, masing masing berkongsi cerita,bertanya khabar.
"Qaseh! ni handfone kamu asyik berbunyi" panggil ibunya,sedari tadi telefon anaknya berdering di dalam handbag.
Nur Qaseh segera mendapatkan ibunya yang memanggilnya, leka dia berbual dengan sepupu sepupunya kerana masing masing berjauhan senyuman terukir di bibir Nur Qaseh apabila melihat nama Amirul tertera pada handfone nya. dia melilau mencari tempat untuk berbual..
"Assalamualaikum, Qaseh Am.."
"waalaikumsalam kekasih Qaseh" Nur Qaseh leka berbual bual ada juga yang mata mata yang melihat gelagat Nur Qaseh tersenyum ketawa sambil bercakap telefon..dalam waktu yang sama ada dua pasang mata memerhati Nur Qaseh.
"hmm..hani tak lama nanti dapat menantu la kamu ye? Asyik bebeno Qaseh dengan orang yang telefon dia tadi...macam orang berkasih saje Hanum tengok, kata Mahanum kepada adiknya Mahani.makcik hanum sentiasa memerhatikan anak saudaranya yang satu itu,jika yang lain dia tidak kisahkan mana tapi jika Nur Qaseh selalu saja di matanya. makcik hanum memang berkenan pada Nur Qaseh,sejak dari kecil lagi dia berangan angan untuk satukan dengan anaknya Qaleef.
"alah kak hanum, kawan dia la tu..mungkin bercakap pasal persiapan untuk masuk belajar la tu"ujar ibu Nur Qaseh..
"Hanum bukan ape Hani,Hanum berkenan pada Qaseh tu,..baik budaknya kalau dengan Qaleef sepadan je Hanum tengok..tapi yelah kan,kita hanya mampu merncang,Tuhan menetukan. matanya melilau lilau mencari kelibat anak teruna nya itu.
"eh,Qaleef kamu tak tegur ke Qaseh? kenapa tak pergi dekat Qaseh? "
"Dah umi, dia tengah bercakap telefon tu ha"
"hmmm,cubalah ambil hatinya mana tahu kot kot terpikat dengan anak umi yang handsome ni", puji hanum kepada anakny itu,dia mempunyai dua orang anak lelaki, Qaleef dan Qaer anaknya yang sulung itu bekerja di syarikat suaminya.sejak suaminya tidak sihat,Qaleef banyak membantu ayahnya nya di syarikat. Berbekal kelayakan yang Qaleef ada dia mampu mengendalikan syarikat ayahnya itu. manakala Qaer masih lagi menuntut di luar negara.
"orang istimewa ke?"sapa Qaleef dari belakang.
"oh,emm..kawan, a'ah kawan Qaseh" teragak agak Qaseh menjawab.
"hmmm..baguslah, mean..i still have chance..hehe
"chance?? what are you talking about?? Qaseh tak faham la abang..Sejak dari Kecil Qaseh membahasakan Qaleef, 'Abang' kerana perbezaan umur mereka.
"err..nothing..hmm, bila start masuk belajar ni?"
"owh, dua minggu lagi..hmmmm...sayangnya nak tinggal rumah,tinggal ibu ngan ayah."
"olo olo,sedihnye...bantal busuk bawak tak tu? kan mengigau pulak"sakat Qaleef.
"eh! Qaseh mana ade bantal busuk laaaaaa! pandai je Abang ni"
satu cubitan hinggap ke lengan Qaleef.
"aduh! aduuiih..."
Mahanum tersenyum melihat anak nya bergelak tawa dengan Qaseh. hatinya masih berharap Nur Qaseh menjadi penyeri rumahnya satu hari nanti.
Waktu sudah malam..masing masing meminta diri untuk pulang setelah seharian di sini..
"Qaseh, boleh Abang tahu nombor fone Qaseh?"
"hmm,ok! nah masukkan nombor abang"
"nanti abang call jangan tak angkat pulak"
"okeh okeh...jawab Qaseh.
" bawak kereta elok elok ye,nanti orang ingat kereta takde pemandu pulak" sempat lagi, Qaleef mengusik Sepupunya itu,
"Umiii! tengok abang ni dari siang tadi usik Qaseh!"
Mereka disitu ketawa melihat gelagat Qaleef dan Nur Qaseh..sejak dari kecil Qaleef selalu mengusik sepupunya itu.
Share this novel