Amirul meraup wajahnya seraya mengeluh. Dah sebulan dia cuba mengusha Nur Qaseh..tapi satu pun mesej nya tidak berbalas..berbeza dengan perempuan yang pernah dia kenali sebelum ini,malah ada juga yang tak malu menghantar mesej ingin berkenalan dengannya tetapi Amirul tidak melayani mereka kerana tidak berminat dengan perempuan sebegitu.Hatinya telah terpikat pada Nur Qaseh,setelah melihat Nur Qaseh di institut memandu sebulan yang lepas dia nekad untuk mengenali Nur Qaseh dengan lebih dekat..Amirul merupakan pelajar tahun pertama di universiti terkemuka dia seorang pelajar yang top dalam segala hal walaupun baru tahun pertama dia sentiasa mendapat kepujian dalam kuliah mahupun dalam aktiviti sukan. selain itu, dia mempunyai rupa paras yang tampan serta sikap nya yang baik menyebabkan Amirul menjadi kegilaan pelajar perempuan termasuk lecturer nya Cik Asmah..Amirul juga seorang anak ahli perniagaan yang berjaya. mama dan papa nya merupakan ahli perniagaan yang berjaya dan dikenali. Amirul mempunyai seorang adik perempuan bernama Athirah satu satunya adik kesayangannya lepasan SPM..Papa dan Mama Amirul, En hanafi membuka perniagaan batik dan songket manakala Puan Naimah membuka kedai Emas...masing masing sentiasa sibuk dengan kerjaya, meskipun sentiasa sibuk mereka tidak pernah mengabaikan anak anak mereka. kesibukan dalam perniagaan tidak menghalang mereka dalam mendidik anak anak walaupun mereka sering meninggalkan anak anak dibawah jagaan pembantu rumah.Amirul dan Athirah sentiasa berjaya dalam mata pelajaran dan mempunyai akhlak dan sikap yang baik.En.Hanafi dan Puan Naimah selalu berpesan kepada Amirul dan Athirah walaupun kedudukan mereka mewah,kita tidak boleh sombong dan mesti selalu merendah diri pada orang kerana ini semua rezeki dari Allah..mewarisi sikap baik dari papa dan mama nya Amirul dan Athirah tidak pernah memilih dalam berkawan malah sentiasa membantu kawan kawan yang kurang bernasib baik, En hanafi dan Puan Naimah bersyukur mempuyai anak anak yang baik seperti Amirul dan Athirah.
Share this novel