bab 14

Romance Series 4106

Honda Jazz Amirul di parkir berhampiran kedai Kain Juwita.Hasratnya untuk menjemput Nur Qaseh di hadapan Kedai Kain Juwita tidak kesampaian kerana Nur Qaseh awal awal lagi memesan supaya tidak melakukan demikian kerana bimbang menjadi buah mulut rakan rakan sekerja nya KakZa dan Kakti.

Pertama kali dia keluar berdua membuatkan Nur Qaseh tidak berapa selesa Dia diam sahaja sepanjang perjalanan hanya sesekali Amirul bersuara bertanyakan pendapat Nur Qaseh kemana mereka hendak pergi.Amirul membawa Nur Qaseh lunch di restaurant kegemaran nya.

"Cantik bidadari Am hari ini" Teguran Amirul membuatkan wajah Nur Qaseh yang putih bertukar kemerahan menahan malu.

"Alhamdulillah,terima kasih Am..Am boleh tak kalau paggil Qaseh dengan nama Qaseh..pinta Nur Qaseh,.

"kenapa pulak? kan Qaseh bidadari Am...hehe okelah sayang..hmm, bila Qaseh mula masuk belajar? pengambilan pertama selepas raya kan?"Amirul telah maklum yang Nur Qaseh dapat menyambung belajar di dalam negeri. tetapi berbeza pula dengan dia,dia terpaksa melanjutkan pelajaran demi cita cita nya di oversea dan kerana hal itulah juga dia ingin berjumpa dengan Nur Qaseh.

"a'ah..lepas raya ni Qaseh mula masuk, macam macam rasa ada tau tak..takut,excited maklumlah first time belajar jauh,walaupun dalam negeri je?hehe
"Am macam mana?"

"Alhamdulillah, mmm..Qaseh,Am ada benda nak bagi tahu Qaseh.."belum sempat Amirul menghabiskan ayat pelayan datng menghantar makanan yang dipesan mereka..

"jom makan dulu nanti Am cerita.." mereka menikmati makanan yang di pesan.
"Alhamdulillah kenyang perut Qaseh,terima kasih Am sudi belanja Qaseh makan..tadi Am cakap ade hal?ape yang Am nak cakap tadi? sejak dari tadi hatinya tertanya tanya apakah yang ingin disampaikan oleh Amirul.

"Qaseh, Am betul betul sayang kan Qaseh,bagi Am Qaseh adalah segala galanya dan Am harap hubungan kita bukan setakat di sini..boleh Am tahu perasaan Qaseh pada Am? bersungguh sungguh Amirul menyatakan perasaannya.

"kenapa ni Am tanya soalan macamni buat Qaseh takut je,mestila Qaseh sayang kan Am. Am cinta pertama Qaseh tau.." malu malu Nur Qaseh menjawab.

"sebenarnya Am akan ke oversea selepas raya ni subjek yang Am ambil tu tiga bulan di sini dan empat tahun di oversea..Qaseh, sanggupkah Qaseh tunggu Am??
"boleh Qaseh tunggu Am?"

"Am...jodoh pertemuan di tangan Tuhan kita harus berserah dan berdoa kepada Nya"
in sha Allah jika kita memilih untuk setia jodoh itu pasti milik kita Am, Am..kita tidak tahu apa yang akan berlaku selepas empat tahun nanti, Qaseh akan setia menanti Am adakah Am akan setia pada Qaseh? Nur Qaseh menundukkan wajahnya.

"Qaseeh..." Amirul terkedu untuk membalas, yang dia tahu di hati nya hanya ada insan bernam Nur Qaseh dan dia amat amat menyintai Nur Qaseh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience