Bab 17

Romance Series 4106

Pagi pagi lagi Nur Qaseh berhempas pulas di dapur menyiapkan hidangan mee kari, dia memiliki kemahiran memasak oleh ibunya,walaupun Nur Qaseh anak tunggal tetapi dia diajar untuk memasak dan melakukan kerja kerja rumah. Nur Qaseh menyediakan mee kari dan rendang kerana dia tahu itu makanan kegemaran Amirul.Selesai memasak Nur Qaseh bersiap siap untuk menyambut kedatangan tetamu istimewa. Nur Qaseh mengenakan baju kurung Moden bercorak songket pink berwarna pastel dan dipadankan dengan tudung bawal menyerlahkan keayuan nya.

"Am bawak suprise untuk Qaseh"

Mesej terakhir Amirul membuatkan Nur Qaseh tertanya tanya apakah yang suprise.

"ah, Am selalu buat suprise ,bunga la,hadiah la,teddy bear la."..teka Nur Qaseh tetapi ayat suprise kali ni membuatkan dia berdebar debar.

Kereta Honda Accord Memasuki perkarangan rumah Nur Qaseh dan diparkir di hadapan rumah.ayah dan ibu Nur Qaseh bersedia menyambut tetamu.

"amboi Qaseh,anak datuk mana yang terpikat dengan kamu? sakat ayahnya..

Kelihatan, anak muda berbaju putih berseluar jeans keluar dari perut kereta kemudian di iringi dengan seorang lelaki sebaya ayah nya,beserta dua orang perempuan sebaya ibunya dan sebaya Nur Qaseh.

"Alamak, kenapala Am tak cakap yang dia bawak mama dan papa dia...aduilaa matila kau Qaseh," gumam Nur Qaseh didalam hatinya.

"Assalamualaikum," pakcik,makcik.
"Waaliakumsalam" jemput masuk.

Amirul memberi salam dan bersalaman dengan en.mustafa. Langkah En.hanafi terhenti apabila melihat sosok tubuh lelaki dihadapanya itu.

"eh abang ni kenapa pulak berhenti.."

Melihat keadaan suaminya berhenti, Puan Naimah meneruskan langkahnya bersalaman dengan Puan Mahani diikuti Athirah.Buah tangan yang dibawa bertukar tangan.

"Eh! Ya Allah! Napi kau ke Hanafi??? En.Mustaffa meneka.
"mus! ya Allah keciknya dunia ni " mereka berpelukan,.

"Kat sini aku jumpa kau Mus,dah lama ak cuba cari kau,aku ada tanya kawan kawan yang lain, semua tak tahu kat mana kau tinggal"

siapa sangka dari pertemuan dua hati menjadikan satu lagi pertemuan yang sekian lama terpisah.

Nur Qaseh dan Amirul tidak menyangka bahawa kedua ayah mereka saling mengenali dan agak rapat ketika di zaman belajar dahulu.

"Napi masihkah kau ingat waktu kita belajar dulu? kita sama sama tahan lapar sebab duit takde"

"aku masih ingat kau kongsikan makanan yang makcik bekal kan semasa kau habis cuti,aku tak dapat balik.."
Mereka berbual bual menceritakan kisah lama mereka..

"jemputla makan Puan Naimah, hmmm orang dah lama tak jumpa macam macam cerita nak dikongsikan, makan pun lupa"

"ha..tu la,tak sangka pulak saya..eh,ape pulak Puan, saya tua dua tahun dari awak mahani..panggil saje kak Imah.., Sedap pulak mee kari ni ye,..pandai awak buat..saya kalau buat tak berapa nak menjadi lah,si Am ni suka sangat makan mee kari,lepas ni boleh awak ajar saya.."

"tambah la lagi kak Imah, dulu saya la yang selalu buat tapi sekarang Qaseh yang buat..saya dah kurang buat dah"..sambil menjeling pada Nur Qaseh.

"Laa ye ke, Pandai Am cari menantu buat mama ye dahla cantik pandai masak pulak tu, nanti Qaseh ajar mama buat Mee kari ye." sakat Puan Naimah kepada anak nya dan membahasakan dirinya mama kepada Nur Qaseh.

Nur Qaseh dan Amirul tersenyum malu.

kehadiran keluarga Amirul merapatkan lagi hubungan antara mereka.Niat Amirul pada mulanya ingin mengenali keluarga Nur Qaseh dan mengenalkan Nur Qaseh kepada keluarga nya tetapi apa yang terjadi siang tadi amatla mengejutkannya. Amirul bersyukur dan berharap dia dan Nur Qaseh dapat bersama satu hari nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience