sudah tiga bulan dia berada di negara asing, Amirul sudah dapat menyesuaikan diri di sini serba sedikit, Dia bersyukur mempunyai rakan sebilik yang seagama islam juga dari malaysia dan dalam bidang yang sama.
Amirul mengayuh basikal untuk pulang ke rumah sewanya di hadapan Universiti,sudah berkali kali papanya menyuruh membeli kereta, buat masa ini dia lebih selesa membawa basikal,lagipun rumah sewanya tidak begitu jauh hanya 15minit, syukur papanya ada kenalan di sini, jadi tidak susah untuk Amirul jika dia memerlukan apa apa. kebiasaanya dia menumpang kawan dan ada juga dia menunggang basikal, Dalam perjalanan pulang dia memilih untuk melalui tepi tasik sambil menghirup angin petang di tepi tasik yang terdapat dalam kawasan Universiti nya, rata rata pelajar memilih untuk berehat,ada yang membuat kerja dan juga ada yang berjoging di sekitar tasik.Tasik yang luas serta indah ini dapat membuat pengunjungnya berasa tenang dengan kehadiran burung burung cukup tenang,betapa indah ciptaan Tuhan yang maha Esa.
Amirul menghentikan basikalnya lalu dia ke tepi tasik menghirup udara yang segar,
"hmmm..cantik nya pemandangan disini," gumam Amirul. sebelum ini dia hanya memandang dari jauh.sejak kebelakangan ini dia terlalu sibuk dengan kertas kerja nya sehingga tidak sempat untuk menghantar email kepada Nur Qaseh, akan tetapi rindu di hatinya membuak buak.
"sabarla Am, kau baru tiga bulan disini" hatinya berbicara.
Amirul teringat yang kawan sebiliknya tidak membawa kunci, dia ingin meneruskan perjalan pulang sebaik sahaja dia mengundur.
Buukk!!!
ouch! "buta ke langgar aku ni" bisik arelia sambil menggosok siku dan punggungnya..
"awk tak ape ape?! Amirul mendapatkan gadis yang dilanggarnya yang jatuh terduduk disangkakan mat salih rupenye satu bangsa dengannya.
Arelia pelajar dari jurusan fesyen tahun ke dua menuntut di situ. Arelia Seorang gadis yang cantik bergaya dan dari keluarga yang kaya.
"hey! are you blind?! dont you see me?!ouch! kelihatan sikunya terluka sedikit. Arelia meninggikan suaranya kerana kesakitan..tetapi begitulah sikapnya yang sedikit sombong.
Amirul terkejut apabila dimarahi oleh gadis itu, tidak sangka perempuan secantik itu berkata begitu..
"ssaya mintak maaf cik, sessaya tidak nampak, tangan cik luka tu nah sapu tangan lap luka" sambil dia mencuba untuk membantu gadis itu bangun, tetapi ditepis oleh perempuan itu.
"Ah! just go! dont you touch me! let me stand by my self" gadis itu bersusah berdiri sendiri.
kemudian dua orang lagi perempuan datang mendapatkan perempuan dihadapannya,
"Arelia! are you okay?? whats going on?? he hurt you?? kawan kawannya bertanya lalu membawa nya pergi meninggalkan Amirul berdiri disitu.
Amirul mengambil basikal dan berlalu pulang ke rumah sewanya. Dalam perjalanan dia memikirkan perempuan yang dilanggarnya tadi. begitu kasar dia bercakap dahla rupa macam mat salih celup...agaknya dia lupa gadis melayu sepatutnya penuh dengan sopan santun...hatinya kembali teringat akan bidadari nya yang satu itu.
"sori wan aku lambat sikit"
"takpe, aku lupa nak ambil kunci tadi, aku menyusahkan kau tak ni? wan berasa bersalah melihat air muka Amirul seperti ada masalah.
"eh, tak...tadi aku ade terlanggar satu perempuan, aku cuba mintak maaf,sekali dia tinggi suara marah kat aku,.nasibla kawan kawan dia ada kalau tak,tak tau la aku..aku ingat mat sallih, sekali mat salih celup"hahaha
"eh kau biar betul, teruk tak dia?kan nanti dia saman kau naya kau Am" hehehe
"hmm entahla, suka hati dia la..nampak cantik tapi mcam sombong," Amirul berlalu ke biliknya untuk berehat..
Laptop nya dibuka, niat hatinya ingin.menghantar email kepada Nur Qaseh.
Assalamualaikum,.bidadari Am ape khabar? Am sihat disini dan dah dapat sesuaikan diri..Am mintak maaf tak dapat email kan Qaseh selalu kerana Am banyak assignment dan kelas yang padat..jadi Am perlu tumpukan kepada pembelajaran Am..Ada masa Am akan emailkan Qaseh...im really miss u so much!
Love u my Angel.
Share this novel