Nur Qaseh telah memulakan kehidupan nya sebagai mahasiswi di Universiti terkemuka, dengan berbekalkan result yang cemerlang dia mendapat bantuan biasiswa penuh..hari hari nya dipenuhi dengan kuliah.jika tiada kelas dia akan ke perpustakaan untuk mengulangkaji dan menghabiskan waktu lapang dengan membaca novel. kebiasaannya dia akan bersama roomate nya zara kemana saja kerana mereka mengambil jurusan yang sama.
Direnungnya jari manis terhias dengan sebentuk cincin yang berukir. hatinya sarat menanggung rindu kepada pemberi cincin itu. tatkala hatinya merindui Amirul dia akan merenung cincin pemberian Amirul..
"Amboi! jauh termenung, kita dari tadi potpet potpet sendiri,awak kenapa ni Qaseh asyik termenung je,bukan ke minggu lepas dah balik? rindu kat ibu ngan ayah la tu.." tegur Zara yang sedari tadi dia tersedar yang dia bercakap seorang.
"hehehe...jangan lah marah,jom! kita balik ke hostel? saya dah penat la,perut dah berdondang sayang dah,kita singgah kat cafe dulu boleh,boleh,?pujuk Qaseh
"hmmm...yelaaaah..cik Qaseh"
"Awak nak makan ape Zara? kita bungkus jelah makan kat bilik nak? Nur Qaseh sebenarnya tidak lapar, tetapi mood nya hilang dek kerana rindukan Amirul..
setelah pesanan mereka siap, mereka bergerak ke bilik. Telatah mereka berdua diperhatikan oleh sepasang mata yang selama ini sentiasa memerhati mereka.
"amboi! syok tengok marka haaa...sampai nak terkeluaq bijik mata, pi la usha aku rasa hang takkan keciwa, agaknya depa dah lama tunggu hang, perempuan mana yang akan tolak hang Aus" sakat Hafiz kepada Firdaus
"ish! mengarutlah kau ni..eh, kau kenal tak budak perempuan tu? Firdaus memuncungkan sedikit mulutnya..
"yang mana?hat tu ka?tudung purple tu zara yang sebelah dia tu aku tak kenai dia kurang bercakap ngan orang laki tapi cantik..Hafiz memalingkan mukanya kepada Firdaus dengan membuat muka terkejut.."hat tu kaaaa hang berkenan??
Firdaus hanya tersenyum sambil mengangguk..
"hmmm hujung minggu ni jadi ka hang nak balik Aus? tiket dah beli?
"Dah! tapi Bob tak jadi balik so,tiket dia aku dah beli kau tau tak sape sape ada nak bli tiket? kalau ade kau bagitahu aku k..
"laa, tadi cakap lapar? awat tak makan? jomlah makan" Zara kebingungan melihat Nur Qaseh, kebiasaan kawannya itu riuh berceloteh.
"kejap lagi la Zara, Qaseh nak berehat dulu." dia berbaring dia atas katil nya Kemudian bingkas bangun mendapatkan laptopnya" sudah tiga hari Amirul tidak mengirimkan email kepadanya.
"hmmm..mungkin dia sibuk kot"..Nur Qaseh menyedapkan hatinya.
"Qaseh! petang nanti kita pergi pasar minggu nak tak? pertanyaan Zara sepi tanpa jawapan.
"oi!! Qaseh! ape kene dengan awak ni, dari pagi tadi asyik termenung je..nak kata demam tapi,sihat je" sambil tangan nya meraba raba dahi Nur Qaseh.
"cube awak story kan saya Qaseh ape yang dah terjadi sehinggakan Qaseh yang saya kenal ni begini hari ini? sambil bersila dihadapan Nur Qaseh,gelagat Zara seperti polis sedang menyoal pesalah menantikan jawapan.
"takde apelah Zara, cume fikirkan assignment pertama yang lecturer bagi pagi tadi" Nur Qaseh berdalih.
"impossible! kalau assignment awak jadi macam ni.." pleaasseee...tell me Qaseh, mane tau saya boleh tolong ringankan beban awak"
"hmmmm..ok ok, but next time Qaseh cerita okey? pleaseeeee...jom kita makan dulu..."
Petang itu Nur Qaseh mengikut Zara ke pasar minggu berhampiran Universiti. Kalau tak dipaksa Zara tidaknya dia turun ke pasar minggu dia lebih suka berada di dalam bilik menghabiskan harinya dengan membaca novel.
"ramai jugak penjual kan? macam macam jenis kueh ada, lain kali boleh la kita datang lagi.. inilah kali pertama Nur Qaseh turun ke pasar minggu. Rata rata pelanggan adalah para pelajar. Selesai membeli mereka pulang ke bilik.
"hmm...tadi orang tu, bukan main taknak ikut, tapi membeli mengalahkan kite pulak"
Nur Qaseh ketawa melihat gelagat Zara membuatkan dia teringatkan Anna selalu menyakatnya ketika mereka bersama, kini mereka membawa haluan masing masing dan hanya berhubung melalui sms sesekali bertanya khabar.
"Zara, minggu depan saya nak balik kampung nanti kita pegi beli tiket ye? Nur Qaseh terpaksa pulang kerana ibu saudaranya mengadakan majlis tahlil.
"hmmm okey, tiap dua minggu mesti awak balik kan? ni mesti rindu kan pakwe eh?? patutla awak tak berapa layan lelaki yang nak usha awak, citela citela.hehehehe usik Zara.
"ish! mane ade, pandai pandai je Zara ni. Takdelah biaselah, Qaseh kan tak pernah jauh dari ibu dan ayah sementara tak sibuk mane ni boleh la balik. kebetulan pulak makcik Qaseh buat kenduri" jelas Nur Qaseh.
"Qaseh, ingat tak dekan U kite yang terserempak dengan kita tempoh hari? hansome kan?? dia pelajar top tau tak?dahla segak,pandai pulak tu, hmmmm...untunglah sape yang dapat,kenapalah dia tak ngorat I ni kan?..hmmmm"
"hah! berangan la tu! takde makna nya lah! kita patut lihat cara dia belajar sampai dapat gelaran dekan tau tak...eeeiii...gatal la Zara ni.." hahahhaa
sejak hari pertama mereka bertemu, keakraban Nur Qaseh dan Zara semakin erat.
"Aaah!....penatnya kelas harini, Qaseh, jom ke cafe or kita nak makan kat tempat lain tengahari ni? soal Zara "hmmm...kalau tak makan kat cafe kat mane lagi nak makan cik Zara? macamla kita pernah makan kat luar..." "Hah,ape kata kita try makan kat kedai depan U kita?? Ramai jugak pelajar pelajar kita makan kat situ,mesti sedap..Zara memberi cadangan.
"hmmm...boleh jugak, jom! mereka keluar dari kelas..sepasang mata memerhati gelagat mereka berdua.
"zara, petang ni kita pergi beli tiket boleh?"
"okeh bos! bisa diatur" mereka ketawa bersama sambil berjalan pulang ke hostel.
"Qaseh, zara nak keluar kejap nanti kita pergi beli tiket ye" lalu menutup pntu bilik dan berlalu pergi belum sempat Nur Qaseh bertanya..
"hmmm..manela Am,email Qaseh pun tak balas.." Nur Qaseh merungut di dalam hati.."hmm..mungkin Am sibuk,Qaseh doakan Am berjaya..
Nur Qaseh memilih untuk menyambung membaca novel untuk menghilangkan rindunya kepada Amirul.
3 jam kemudian.....
"Assalamualaikum...Qaseh..cuba teka ape yang ada disebalik poket Zaraaaa..Qaseh, Qaseeh...Laaa tido rupenye...Tuan Puteri bangun tuan puteri, Patik membawa hadiah untuk tuan puteri" hahaha sakat Zara.
"apeni Zara, eh! dah pukul brape sekarang? Qaseh tertido laa, soriii"
"taddaaaaaa! tengok ni..zara mengeluarkan tiket dari poket seluar jeans nya..
"eh! tiketla..kenape tak bagitahu zara pergi beli tiket??
"takdelaaa, Ade orang bagi tiket free..nah!
"eh? mane bleh orang suke suke nak bagi tiket free, tandas pon kene bayar tau. Cakapla kat mane dapat tiket ni? kalau nak belanja Qaseh pun cakap la..hihihi cakap la cakap la..
"hmmm..tadi hafiz bagi, kawan dia tak jadi balik, Zara tengok sama hala dengan Qaseh daripada burn cam tu Hafiz bagi jelah..
"betul eh?? tak tipu? hmmm..ookeh, nanti bawak Qaseh pergi jumpe Hafiz k? nak ucap terima kasih..
"hmmmm..okeh Tuan puteri..hahaha
Share this novel