Tahlil malam itu berjalan dengan lancar ramai tetamu yang terdiri daripada sahabat pakcik Norman dan makcik hanum, Qaleef juga kelihatan berbual bual dengan beberapa orang kawan kawannya.
"ermm...hani, aku ade benda nak bincang dengan kau, er..er..lepas kemas nanti lah.."
"a'ah yelah, Mahani tertanya tanya perkara apa yang kakaknya itu ingin berbincang.
Nur Qaseh juga turut membantu mengemas di hadapan.
"amboi, rajinnye Qaseh sampai tak perasan abang kat sini"
"eh,abang! hehe soriiii...hmm,kawan kawan abang dah balik ke? sambil matanya melilau.
"ha ah' dah balik dah, hmmm macammane kat Universiti? abang dengar selalu je Qaseh balik rumah, ni mesti teringatkan ibu ngan ayah kan? manja!" sambil mencebik bibir kepada Nur Qaseh.
"ape abang cakap??? laju sahaja tangan Nur Qaseh mencubit lengan Qaleef "haaa rasakan! umiiiiii!! tengok abang niii!! "
"aduh! aduh! sakit la Qaseh! okeh okeh! hahaha
gelak tawa mereka diperhatikan oleh makcik hanum dan ibunya.
"tengok tu hani, bila berjumpa ade ade je dua orang tu, ermmm hani.. err..Hanum nak tanya pendapat kamu, ape kata kalau kita satu kan mereka berdua? hmm..tunang dulu pun takpe"
mahani agak terkejut dengan cadangan kakanya itu untuk menyatukan Nur Qaseh dengan Qaleef.Bukan dia tidak setuju tetapi dia lebih mementingkan perasaan anaknya itu.
"kak hanum,bukan Hani taknak tapi Qaseh tu kan baru je masuk belajar, lagi pun, hani rasa dia pun mungkin tak setuju la kak Hanum, dia masih muda"
"Hani, Qaseh tu anak yang baik,dia tak akan menolak cadangan kita, hmmm..ataupun dia dah ada calon? dia tak cerita ke kat kamu hani?"
"Entahla kak hanum, kawan tu ade la kot,Hani tak nak paksa dia biarlah dia mencari pasangan hidup dia sendiri,Hani cume nak dia buat pilihan yang betul dan Hani terima siapa sahaja yang sudi menjaga membahagiakan Qaseh, kalau Qaleef pilihan dia Hani bersyukur tapi, soal jodoh ni kak Hanum kita tak tahu dan soal jodoh kita tak boleh memaksa"
"yelah, tapi kamu tanya la dulu Qaseh mane tahu dia setuju, Kak Hanum terima apa saja jawapan dia, aku kalau boleh nak lihat anak anak bahagia kalau dah bukan jodoh nak buat macam mana"
"yelah Kak Hanum, nanti Hani cuba tanya"
Setelah selesai membantu apa yang patut mereka pulang ke rumah.
"Qaseh mengantuk tak? kalau mengantuk biar ayah pula yang bawak, ayah rasa ibu kamu dah sampai tu, letih sangat seharian memasak.. hehehe
"eh, takdela ayah Qaseh segar lagi ni... ayah nak tido takpelah, radio kan ade, erm ayah tadi abang ade cakap dia nak hantar Qaseh balik U, puas Qaseh menolak tapi dia berdegil juga.."
"hmmm...baguslah, tak lah ayah bimbang sangat kamu sorang sorang naik bas..so,ayah tak perlu beli tiket la ni ye? atau nak ayah beli jugak?ayah nak hantar kamu,kamu tak nak"
"tak perlu la kot,Qaseh lebih suka naik bas la ayah..mase kecik kecik Qaseh mane pernah naik bas, best ape naik bas..hehe
"pandai pandai je kamu ni, ayah percayakan kamu, kamu pandai jaga diri kamu"
Share this novel