Lagi satu minggu umat islam akan menyambut hari raya Adilfitri.Tahun ini Nur Qaseh membuat dua persiapan kerana dia bakal memulakan pengajian nya selepas raya.Kebiasaanya,Nur Qaseh akan membuat sendiri kueh raya dan tahun ini dia lebih bersemangat untuk menyambut hari lebaran mana tidak nya,Amirul telah menyatakan dia ingin datang beraya dan ingin mengenali kedua ibu bapa Nur Qaseh. Mulai hari ini dia tidak lagi bekerja di kedai Kain Juwita kerana dia ingin membuat persiapan untuk memulakan pengajian nya.
"bu, nanti bila Qaseh masuk belajar ibu janganlah buat kerja berat berat ye"ujar Nur Qaseh kerisauan.
"alah Qaseh tak perlulah bimbang kan ibu, yang penting ibu nak anak ibu belajar bersungguh sungguh,jaga diri bila di tempat orang ingat tu".pesan Puan Mahani kepada anak kesayangan nya. walaupun anak nya belajar dalam negeri yang sama dia tetap risaukan anak nya kalau boleh dia mahu anaknya sentiasa di sisi nya tapi demi masa depan Nur Qaseh dia relakan.
"hmmm..Qaseh, jadi tak kawan kamu yang special tu nak datang raya ni? ibu tak sabar nak tengok bakal menantu ibu..sakat ibunya sambil ketawa..
"eh mane ade special ibu, ada pulak cakap menantu,kitorang kawan jelah ibuuu!...in sha Allah datang kot..Merah padam wajah Nur Qaseh disakat ibunya.
Nur Qaseh tidak pernah merahsiakan apa apa dari ibu nya,sikap Puan Mahani yang terbuka dan sporting itu membuatkan anaknya senang dan tidak pernah berahsia.
"ape yang digelakkan dua orang ni ha?ayahnya mencelah. "ha Qaseh, barang barang kamu dah cukup? borang borang dah siap isi?
"Dah ayah,semua dah complete"
"hmmm..sayang ibu dah besar dah nanti ibu nak ketawa dengan sape, "
"dah dia dah mula dah, kalau awak cakap macam tu tak kemana la anak kita mahani oi, bagila semangat sikit, saya kan ade." sakat en.mustafa kepada isteri nya" disambut dengan hilaian ketawa oleh Nur Qaseh..
Share this novel