Nur Qaseh, seorang yang payah untuk melayan lelaki apatah lagi orang yang tak dikenalinya,sejak dari sekolah dia memang sukar di dekati oleh lelaki,ada yang mengusik tetapi tidak diendahkan nya,sudahnya mereka diam...pernah dia mendengar perbualan budak lelaki menyatakan dia seorang perempuan yang tiada perasaan dan sukar didekati...
"hmmm..nombor ni lagi,ape yang dia nak tak tahu lah! Asyik bagi salam je..lepastu miscall mustahil orang yang dia kenali....bebel Nur Qaseh sendiri."siapa call Qaseh? "
"Omak kau!, teriak Nur Qaseh terkejut "
"soriii soriii...ape yang awak fikirkan sampai terkejut ni Qaseh? awak ada rahsiakan sesuatu dari saya ke?? pakwe eh??sampai hati tak cerita kat Anna..."
"ish! Mengarutla Anna ni,mana ada,mengarutlah awak ni..ni ha,tak tau nombor siapa dari minggu lepas lagi asyik misscall dahla hantar mesej hanya bagi salam, takde pulak nak perkenalkan diri ke, bagitau nak cari siape ke..malas lah saya nak layan, tapi naik bosan la jugak kejap kejap misscall"..rungut Nur Qaseh pada Anna sambil menunjukkan handfone nya kepada Anna,kebiasaannya dia tak pernah rahsiakan pada Anna,ada saje cerita yang sentiasa deberitahu tentangnya pada Anna,tiada rahsia antara mereka.tapi kali ini dia malas nak bercerita pada Anna kerana dia merasakan tidak penting baginya dan dia ingin membiarkan sahaja,tetapi nombor misteri itu tidak menunjukkan ingin berhenti mengganggunya.
"laa ye ke,kenapa tak balas je mesej dia mane tau nk berkenalan dengan awak,kalau tak tanya mana nak tahu cik kak oi...lagipun dah ramai saya tengok orang nak berkenalan dengan awak tapi awak boleh buat derk je.
"ha,yang haritu mamat yang awak cerita tu kat kelas belajar memandu hari tu,merayu minta nombor fone awak pun awak tak layan,kesian kat mamat tu..ape salahnye berkenalan,berkawan bia seribu berkasih bia satu..kan kan kan..."haha! gelak Anna
"amboi pandai pulak dia berceramah kat kite ye..ni la yang saya malas cerita ni..".eleeh abis tu awak tu dengan abang haris macam mane? Dah baik? Sakat Nur Qaseh pada Anna,.
"Hmm..Bukan saya tak mahu berkenalan Anna tapi ini bukan masanya,kita kan masih muda lagi pun nanti nak sambung belajar kan mengganggu pulak...tak nak lah!
"oi,cik Qaseh, terkadang dengan adanya kekasih boleh membuatkan kita lebih bersemangat untuk belajar yang penting kita tahu batas batas nya..".bersungguh sungguh Anna memberi pendapat.."hmmm..Qaseh awak nak sambung belajar kat mane lepas ni?? "result SPM awak gempak bolehla mintak belajar kat tempat yang bagus bagus, saya ni cukup cukup makan je."..air muka Anna menjadi sedih..
"dah, dia mula buat muka sedih pulak, for your information cik Anna result yang bagus belum menjanjikan apa apa,. yang penting,kita dapat kerja lepas kita habis belajar.Tengokla sekarang berapa ramai yang menganggur...,hmmm..Tapikan Anna, Saya minat nak jadi cikgu la,cikgu tadika ok tak?sambil tersenyum nakal pada Anna."ape? awak nak jadi cikgu Qaseh? ?Habisla kena gulai kat anak anak murid..nanti orang tengok dalam kelas tak dapat nak beza anak murid dengan cikgu,sebab saiz cikgu sama ngan anak murid,gelak Anna.." Nur Qaseh mencubit lengan Anna geram dengan apa yang di katakan oleh Anna..
"auch! sakit la Qaseh, Anna menepis nepis tangan Nur Qaseh.
"hhmmm...tapi apakan daya saya,saya tak dapat belajar jauh jauh ibu dan ayah tak kan lepaskan saya pergi jauh" Jawab Qaseh dengan nada yang sedih..melihat wajah sahabatnya sedih, Anna menjadi serba salah..
"ala Qaseh,kita belajar kat sini sini pun takpe,kan kat negeri kita ni banyak tempat belajar,macam la dia tu boleh berjauhan dengan ibu dan ayah sambil matanya mengerling pada Nur Qaseh yang kembali senyum..mereka ketawa bersama.."dahlah,jom kita ke depan!. ujar Anna.
Share this novel