Hujan mula lebat, Sya terlihat hampa kerana tidak dapat berbasikal untuk mencuci mata di taman selepas habis buat kerja rumah. Tapi tidak tercapai kerana hujan... Aku hanya melihat hujan yang lebat di luar melalui tingkap sambil mendengar lagu butterfly - beats. (makin ada feel pula~)
''Bila... hujan nak berhenti ni?'' aku mengeluh dan menukar lagu butterfly yang dinyanyikan oleh beast kepada lagu BTS iaitu butterfly makin lama makin sedih pula lagu ni... Belum sempat untuk aku letak semula ke tempatnya... tiba-tiba loceng telefon bimbit berbunyi... Aku melihat di screen depan.
'' Mesej masuk?...'' Tanpa berlengah lagi aku membuka password dan melihat siapa yang mesej...
''Khairul?''
(Hai! Assalamualaikum...tengah bua apa hujan-hujan macam ni?)
(Mesti dengar lagu kan...)
(Kerja rumah dah siap?)
(Mesti banyakkan)
''Banyaknya.... tapi macam malas aku nak balas...sorry ye khairul...'' aku menundukkan kepala sedikit ke arah telefon yang ku pegang (Seperti orang jepun mengucapkan selamat datang). Aku meletakkan semula telefon di tempat tadi tanpa membalasnya...Selepas itu, aku mendengar loceng berbunyi aku tahu dah mesti Khairul... jadi aku tidak membalas. Aku menunggu hujan berhenti sehingga terlelap di hadapan tingkap bilik...
Terdengar suara budak lelaki yang umur seperti 5 tahun sedang memanggil namaku yang sedang berlari... Dan tiba-tiba datang pula seorang budak perempuan mendekati budak lelaki itu dengan ceria. Tempat itu seperti di taman mainan dan muka budak perempuan itu seperti aku? Terdengar lagi suatu bunyi iaitu bunyi loceng telefonku yang telefon mengejutkan ku bangun dari mimpi...
''Dia tak habis lagi ke? " kataku yang mamai lagi. Aku mula teringat dengan mimpiku tadi. Pelik? Siapa budak tu... Apa maksud mimpi tu? Bukan aku tiada kawan ke? Siapa budak lelaki pula?...
"Dah pukul berapa ni...?" aku mengambil telefonku dan menghidupkannya.
"Dah pukul 6 petang..! Ya Allah aku belum solat Asar lagi ni..!!" aku terus keluar dari bilik tanpa melihat mesej yang ditinggalkan oleh Khairul di screen depan...
Pukul 8 malam~
Lepas je solat isyak.. kami mula menjamah makan malam. Aku makan dengan lahap pada malam tu ... Ibu dan ayah melihat aku dengan pelik.
"Eh..eh.. Sya makan tu janganlah sampai dah macam 3 minggu tak makan..'' ibu menghalang aku daripada makan dengan gelojoh.
" Sya..Sya... dah berapa tahun kamu tak makan ni..hehe" aku melihat ayah dengan rasa tidak puas hati.
" Laparlah... sebab tulah Sya makan banyak - banyak macam ni. Lagi pun ni makanan kegemaran Sya..."
" Oh... Yelah dah makanlah puas - puas sampai tercekik pun tak apa.. hehe" ibuku hanya ketawa mendengar kata ayahku.
"Ayah.."
"Ye...sorry - sorry"
Lepas je makan aku terus masuk ke bilik. Nak tidur... Sampai je di hadapan katil aku terus melelapkan mata... 'Kejap... baik aku tengok mesej pagi tadi..' kata hatiku. Lalu aku membangunkan diri dan mencari telefon ku. Buka je di apalikasi mesej...
(Kenapa awak tak jawab?)
(.....)
(Kalau awak tak balas... Awak jadi kawan baik saya...)
(Nampaknya awak setuju )
( Tidak mengapa saya akan menunggu awak tidak kira berapa lama awak nak balas..)
"Dia tunggu aku ke?" aku hanya menafikan semua tu...Lalu mematikan telefon bimbitku dan membaringkan badan di katil.
"Kata Ain dia budak cemerlang tak kanlah masa cuti tak ada buat study grup? Sempat pula nak mesej dengan aku?" aku hanya memikirkan tentang perkara tu hingga terlelap...
Lagu Baby yang dinyanyikan oleh Astro mematikan mimpi yang ku alami. Mimpi yang sama dan terhenti apabila mahu melihat muka budak lelaki tu.
"Dah pukul 6 pagi?..."
"Malasnya nak bangun..." aku mahu melelapkan mata untuk sejam je... Tetapi hampe... Sebab tiba-tiba loceng telefon bunyi.... Aku mencapai lalu membaca mesej tu.
(Selamat.... pagi!!!)
(Dah mandi?)
(Hari ni mesej awal sebab nanti petang dah tak boleh kacau awak lagi..)
(Sebab ada kelas tambahan )
(So kalau awak bosan hari ni saya nak hantar peta di mana tempat tu sangat nyama dan best !!)
Satu peta telah di hantar oleh Khairul
(Pergi tau kalau bosan dan kalau tak hujan... Bye)
"Kat mana ni?? Tak pernah pergi pun?... mesti dia ni saje nak aku kena culikkan?" Aku terus melangkahkan kaki ke bilik mandi untuk menyegarkan badan. Lalu solat subuh dan menuju ke meja makan untuk sarapan.... Aku melihat mi goreng yang terhidang masih panas. Aku mencari seseorang dengan memandang ke kiri dan kanan.
"Tak ada orang?... Ibu pergi mana pagi - pagi macam ni?" Dan tanpa berfikir panjang aku terus duduk dan mengambil pinggan , ceduk mi goreng lalu makan!!^^
Tanpa aku sedari yang sebenarnya ada seseorang di belakang... Lalu menerjah dia dari belakang. Melatahlah aku... kesian baru nak makan kena terjah dengan ibu sendiri....
"Ibu....! Sya tengah makan ni.. nasib baik tak tercekik nak nye mati sebab makan mi... apa kes" aku mula memandang ibuku tidak puasa hati... Rasa nak makan je buat tambahan perasa hihi..
"Sorry...hehe tulah sape suruh tak baca bismillah main bedal je mi yang ibu goreng tu" Ibu mula nak berdebat nampaknya...
"Ibu pun sama tak beri salam masuk rumah pun?"
"Ada cuma kamu je tak dengar.." ibu terus berlalu ke dapur untuk menyimpan barang yang di beli tadi.
"Ye ke?" aku terus menyambung habis kan mi goreng ni...
"Kamu tu kalau makanan dah ada dekat depan mata... makan dia punya tak ingat dunia sampai bunyi meriam pun tak dengar hehe" Ingatkan dah tak sambung ibu ku ni... Nak suruh angkat bendera putihlah tu..
" Yelah bu Sya yang selama ni pekak... mengaku kalahlah..." aku terus makan mi yang masih panas..dan terdengar orang menjerit di dapur....
" Yes..! Finally.. ibu menang juga!" ibu ni... itu pun suka?...
"Kamu tak keluar jalan - jalan ke nanti?"
" Tiba- tiba je..Kenapa?"
"Taklah nanti ibu nak pergi balik kampung kejap dengan ayah...saja-saja kamu nak ikut tak?"
"Tak kut...sebab malas... hihi"
"Kalau macam tu tak apa... lagipun sekejap je..."
4 Jam Kemudian ~
"Jaga rumah baik-baik... jangan sampai orang angkut rumah kita..nanti nak tinggal kat mana?" Nasihat ayah yang baru lepas masukkan beg sederhana besar yang dipenuhi pakaian.
"Lah kata ibu sekejap... ni macam nak pindah rumah je ?" Aku muncungkan mulut tanda tidak puas hati...
"Sekejaplah tu... Tiga hari je.." Ibu yang di dalam rumah kini keluar... Tiga hari!!!
"Ibu tahu tak tiga hari dah macam seminggu tahu tak?"
"Anak ibu kan pandai berdikari sendiri kan"
"Yelah..." aku mula mendekati ibuku yang berada di depan mata untuk bersalaman.
"Jaga diri baik-baik ,solat jangan tinggal, banyakkan baca Al Quran..." aku hanya mengangguk dengan semua nasihat ibuku... Aku memang telah dididik dengan agama dari dulu lagi. Memang kalau apa - apa je masihat ibu ku "solat jangan tinggal" Kini aku beralih ke ayah ku yang sedang menunggu giliran.
"Ayah... Sya doakan supaya ayah dan ibu selamat pergi dan balik..."
"Terima kasih" ayah terus mengusap lembut kepala ku... Aku yang berpakaian ringkas , pakai tudung ala kadar sahaja. Melambai ibu dan ayahku yang semakin jauh dari pandangan.
Lalu aku masuk ke rumah dengan perasaan sedih... Tiga hari? lama kut... Tinggalkan aku sendiri dan sepi di sini..? Tak apalah dah nasib... aku terus ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Aku memegang alat pengawalan jauh untuk menghidupkan tv dan mencari siaran yang best...
"Tak ada cerita best pun? Boring-boring" aku mematikan tv lalu mengambil telefonku yang berada di atas meja.
"Nak pergi ke tempat ni?" aku melihat semula peta tu.
"Macam tak jauh dari sini je?" aku berfikir lama untuk pergi ke destinasi itu ataupun tidak.Tanpa berlengah lagi aku terus mengambil kunci rumah yang ayah ku beri tadi dan ambil dompet serta telefon. Kunci rumah letak semua barang dekat bakul depan dan tunggang basikal dengan perlahan. Tunggang punya tunggang... akhirnya sampai juga di destinasi itu... Turut dari basikal aku melihat keadaan di sekeliling.
"Boleh tahan juga... nyaman dan tidak ada bauan busuk," Aku melihat orang yang sedang bersenam, berkelah dan sebagainya di kawasan yang mempunyai tasik yang tidak terlalu kotor. Aku duduk di kerusi yang berdekatan sambil menghirup udara segar. Dah berada di situ apalagi bersenamlah sekali bersama basikal.... Sebanyak 3 pusingan aku terasa amat penat... dan buat pertama kali aku bergambar untuk kenangan.
"Aku dah selfie ni... nak hantar gambar dekat dia tak?... Eh tak payahlah nak dia sihir aku... baik aku ambil je pemandangan..." Setelah aku mengambil gambar tersebut , aku terus menghantar gambar itu kepada Khairul...
Khairul yang sedang fokus kepada soalan Sains yang diberikan oleh gurunya. Keadaan sedikit terganggu kerana bunyi loceng yang bertanda mesej masuk berbunyi (bunyinya tidaklah kuat ). Lalu dia mengambil telefon bimbitnya dan melihat screen depan... (1 pesanan ringkas telah dihantar oleh Syafiqah ) Senyuman mula terukir di bibir melihat mesej dari seorang wanita yang sudah lama tidak berjumpa.. Cepat-cepat dia membuka password lalu melihat mesej yang tentera.
Gambar (Terima kasih...)
Walau pun mesej yang diberi yang 2 patah perkataan . Tetapi dia tetap berasa gembira yang tak terhingga...
(Sama-sama ^^ nanti ajak ibu dan ayah awak sekali)
Menunggu balasan....
(Okey...)
Semakin lebar senyuman di bibir boleh sampai ke telinga.
"Oi senyum - senyum.Macam orang gila aku tengok kau ni kenapa?" kawan Khairul yang bernama Iman mula mengacau dari tepi.
"Sibuk lah kau suka hati akulah... kalau aku gila tak menyusahkan kau"
" Apa! kau kata tak menyusahkan aku? kau tahu tak kaulah kawan sejati aku dunia akhirat..." mula lah acting dia...
" Yelah kawan sejati..." belum sempat dia menghabiskan ayat. Guru di hadapan memberi amaran supaya diam...
"Kau lah Khairul"
"Diamlah.." Khairul terus mematikan telefon lalu mula fokus kepada soalan tadi...
Share this novel