Bab 3 (Kawan baik)

Romance Series 3086

Nur Ain Syuhada. Budak baru yang sangat ceria . Duduk sebelah aku dan dia menawarkan kepada ku untuk menjadi kawan baik. Aku okey je .
Tapi aku takut kalau geng gengster girls tu rampas kawan aku ni. Aku takut nak bagi tahu Ain pasal geng tu. Sebab pernah satu hari , ada budak baru masuk sama macam Ain seorang yang ceria dan bertanya macam - macam tentang budak dekat sekolah (termasuklah geng gengster tu) aku cakaplah benda yang betul tentang geng tu. Tiba waktu balik...

Di belakang sekolah .
"Hey! Kau cakap apa dekat budak baru tentang aku!!'' Jerit ketua geng gengster tu kepada ku yang tersandar di dinding ketakutan.

"Aku tanya sekali lagi kau cakap apa dekat budak baru tu sampai dia takut dengan kita orang.. Kau tahu tak aku baru nak jadikan dia salah seorang daripada geng aku ! kau tahu tak !!'' Sambung ketua geng tu.

"Boss apa kata kita belasah je dia ni tak payah nak cakap banya membazir air liur je'' Kata salah seorang daripada mereka. Aku terus memandang dia orang bila kata `belasah'

"Tolong jangan belasah saya....'' Aku merayu untuk tidak di belasah tapi tu semua sia - sia... Dia orang belasah aku teruk . Dan esok aku tengok budak baru tu rapat dengan geng genster tu... Dapat belasah kawan pula hilang...

"Kenapa awak termenung... awak fikir pasal apa?'' tanya Ain kepadaku.

"oh tak ada apa?'' jawap ku yang baru sedar dari lamunan tadi.

"Awak... tak nak tanya pasal...''

"Pasal apa ?'' tanya ku pelik tiba - tiba dia nak aku tanya... tanya apa?

"Kalau saya cakap awak jangan terkejut tau'' kata dia dan membuat aku rasa pelik. Aku hanya mengangguk.
"Okey sebenarnya saya nak cakap tentang Khairul '' Sambung Ain dan aku terus membesarkan mata.

"Awak kenal Khairul '' Kataku dengan nada suara yang perlahan.

"Oh... sebab dia sedara saya..lagipun kita orang sebaya hihi oh dia tak dapat pindah sini sebab dia sibuk dengan aktiviti sekolah biasalah budak cemerlang. '' jelas Ain kepada ku. Oh sekarang baru aku fahami.

"Tapi kenapa dia nak pindah dekat sini?''

"Sebab... entah tak tahu? Saya pindah sini sebab dulu sekolah saya banyak pembuli saya bosan pula nak layan diorang.''jelas Ain kepadaku.

"Tapi... dekat sini pun ada pembuli'' kataku dengan teragak agak.

"Tahu awak tak payah cakap...'' kata Ain dengan yakin.
`Eh budak ni macam mana dia boleh tahu semua tu... takkan lah dia cek background semua budak?'

"Saya tahu tentang semua ni sebab sebelum Khairul pindah sini..dia cek semua latar belakang cikgu dan murid..termasuk awaklah.'' kata Ain dengan senyuman yang mengusik.`termasuk aku :/ pelik je '

Ring!Ring!
Loceng berbunyi menandakan waktu balik. (ni yang buat aku tak senang hati). Aku dalam perjalanan keluar dari sekolah. Dan aku merasai ada sesuatu yang menghampiri ku..

Tiba - tiba..

"Sya! jom balik sama-sama...hari ni tak ada sape yang nak ambil saya...lagi pun kita kan sehala '' terjah Ain yang entah dari mana. (hmm minah ni kan aku lesing kan)

"Sehala..? okeylah '' kataku dengan senyuman.

Dalam perjalanan pulang. Tak ada apa-apa pun berlaku. Aku dengan yakin nya tersenyum girang . (Selamat juga akhirnya kan bagus kalau hari hari macam ni ^^)

"Sya... rumah saya dekat sini.. saya balik dulu '' kata Ain dan memandang ku pelik.

"okey !'' sambutku dengan ceria...

"Hmm sya nanti balik makan ubat tau'' sambung Ain yang mula mendekati ku.

"Eh.. kenapa rapat - rapat ni ?'' kata ku yang mula curiga. Senyuman yang terukir tadi hilang di bibir.

"Tadi awak senyum sorang - sorang saya cuma takut otak awak sengit sebelah... hihi okey bye'' Bisik Ain ke telinga ku dan pergi meninggalkan ku yang blur dibuatnya...

(Aku rasa kau yang patut makan ubat) Aku tak kisah apa yang diperkatakan janjikan aku dapat balik ke rumah dengan tenang...!!^-^...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience