Bab 10 You can do it!

Romance Series 3086

Aku mulakan hariku dengan senyuman di bibir. Bangun dari tidur,mandi dan solat... Aku terus mengemas segala benda untuk dibawa ke sekolah. (Budak malas nak kemas awal - awal) Sebelum aku menjejakkan kaki untuk ke dapur, aku memandang ke arah cermin dan berkata
"For you I can do! Syafiqah Nadia Fighting!"
Aku terus menjejakkan kaki ke dapur untuk breakfast.

"Ibu, Good morning ^-^"aku terus menuju ke meja makan dan mengambil tempat duduk.

"Morning... eh bukan main ceria pagi ni ada apa?" ibu terus mendekati meja untuk menyenduk mi goreng ke pinggan ku.

"Tak payahlah ibu, biar Sya buat sendiri... Ibu macam mana ibu boleh kenal makcik Ina?" aku menghalang ibuku dari menyenduk mi.

"Sya tak ingat ke?" ibu ku buat muka pelik.

"Ingat apa?"

"Mak cik Ina tu orang yang pertama tegur ibu masa kita mula - mula pindah sini. Dan kamu dengan Rul kan kawan baik masa prasekolah. Tapi hubungan renggang sejak Rul sekolah lain... dah dah cepat makan cepat pergi sekolah.."

"Baik bu"

6:35 pagi~
Aku berlari untuk sampai ke sekolah dengan cepat. Sampai je di sekolah loceng terus berbunyi.

"Nasib baik tak lambat.. fuhh" aku terus mengelap peluh yang mengalir di dahi.

Aku berjalan hendak menuju ke tapak perhimpunan. Tiba - tiba aku merasa seperti ada seseorang yang mengikut ku. Aku mula rasa gementar dan berdoa supaya bukan gengster girls tu yang kacau aku. Daripada selama ni aku aman tenteram ada pula ribut datang...

"Sya! kenapa berpeluh?" Terjah Ain dari belakang.

"Eh awakni... buat saya terkejut je. Salam mana salam?"

"Assalamualaikum. Sya sorry hihi" Ain tersenyum dan membuat muka comel.

"Waalaikummusalam , it's okay" aku terus menyambut senyumannya.

Masuk je kelas semua buat hal masing - masing kecuali aku yang masih diam seribu bahasa memandang tingkap yang berhampiran. Ain entah... awal - awal lagi perut dia buat hal. Apalah nasib ada yang rapat pergi menjauh -_-. Aku belajar selama ini dia yang ajar sebab dia membuat aku faham sesuatu perkara dengan mudah. Dia yang membuatkan aku jadi pelajar terbaik dalam mata pelajaran. Dan dengan bantuan dia aku dapat menjauh dari si pembuli tu. Belum sempat untuk aku balas semua jasa dia.. tapi dia yang senyap tidak di ketahui. Aku memang dah nekad untuk berjumpa dia tapi... sia - sia.

"Oi , termenung apa cik akak?" Ain tiba - tiba muncul dari belakang.

"Heh termenung masa depan.."Aku mula berselindung dari bagi tahu hal sebenar.

"Eleh masa depan konon... bangun bangun cikgu dah sampai..!"

Cikgu Rohaya masuk dan memberi salam dengan ceria yang lain macam... Aku menyambut dengan biasa sahaja.

"Okey sekarang cikgu nak kenalkan seorang budak le..la..ki . Murid barulah senang cakap. Em... Sila masuk" Jemput cikgu Rohaya dengan ceria.

"Eh , Sya cikgu tu macam lainkan hari ni. Tadi dia cakap lelaki pun tergagap..." Ain mula berbisik dengan ku.. Aku hanya mengangguk.

Selangkah lelaki tu masuk semua pelaja perempuan mula berbisik..Aku yang duduk di belakang bersama Ain tak terasa nak tengok pun wajah lelaki tu...

Dan dia mula memperkenalkan diri...

"Nama ak.. hem... nama saya..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience