Tiga hari sudah pun berlalu.Dan tiga hari juga aku balik ke rumah dengan aman jika bersama Ain aku tidak tahu mengapa seolah olah aku bergantung kepada dia. Hari - hari aku berjalan seperti biasa dan tiada perkara yang aku tak suka berlaku. Sampai perkara yang tak dijangka akan berlaku.
Pukul 6:00 petang
Dimana aku tengah berehat di katil untuk melelapkan mata seketika sementara menunggu ayah balik untuk menanyakan soalan matematik yang agak susah dan secara tiba - tiba bunyi loceng di telefon bergema menandakan ada mesej masuk.
"Siapa yang mesej ni...tak pernah pun selama ni orang mesej?'' kata ku yang tidak jadi untuk melelapkan mata. Aku dengan segera mengambil telefonku yang tidak jauh dari katil. Aku membulatkan mata tidak percaya.
"Banyaknya mesej! Seorang je kut... sape yang mesej aku ni?'' Aku pun melihat nama yang tertera.
"Khairul?!'' dengan tidak percaya aku membaca mesej itu.
(Hai! ^-^)
(Awak nak kawan dengan saya tak?)
(Saya seorang lelaki yang baik... jangan risaulah..:)
(Saya anak Makcik Ina awak dah tahu kan)
(Saya tahu yang awak sunyi sebelum kedatangan sedara saya kan... kan ;)
(Maaflah ganggu awak... saya cuma nak tanya khabar . Awak sihat?)
Eh , dah macam perempuan pula tambah emoji - emoji . Tapi aku rasa macam banyak mengambil beratlah mamat ni.
Okey juga lagipun tak ramai yang mahu mengambil tahu pasal aku...
Apa aku nak balas? Perlu ke ? Nanti sakitkan hati dia pula kalau tak balas...
( Sihat )-S
( Oh , baguslah macam tu... tapi cepatnya awak balas mesej tak fikir berkali - kali ke?)-K
Apa yang dia merepek ni aku bukan balas panjang berjela pun hanya sekerat je. Memang aku fikir berkali - kali pun...
(Macam mana dengan kerja rumah, kata sedara saya soalan matematik ada yang susah.Nak saya tunjukkan selagi saya tahu. Awak gambar je. Okey ^^)-K
(Tak apa)-S
( Kenapa? awak tak percayakan saya..)-K
Kenapa dengan mamat ni... Dah tentu belum tentu lagi untuk percaya 100% walaupun dia tu sedara Ain.
(Saya tahu ayah awak balik tidak tentu masa. Jadi , bagilah saya untuk tunjuk ajar awak )-K
Siapa mamat ni sebenarnya? Semua dia tahu tentang aku...
"Assalamualaikum... '' kedengaran suara ayahku di luar bilik . Dengan segera aku menamatkan mesej dengan
(Saya pergi dulu.Bye Assalamualaikum)-S
(Waalaikummusalam..) -K
Aku mengendahkan balasan dia yang terakhir sebab aku mengambil buku latihan matematik dan keluar dari bilik.
"Ayah... Sya nak tanya pasal soalan matematik ni..'' Kata ku kepada ayah yang sedang menonton televisyen di ruang tamu. (Tiada respon)
"Ayah...'' belum sempat untukku menghabiskan ayat.
"Sya! Ayah penat baru balik boleh tak nanti malam ker?!'' kata ayahku dengan nada suara yang tidak pernah ayah ku bernadakan sebegini.
Selalunya ayah menghadkan suara supaya tidak terlampau strees. Aku berasa terkejut dengan kejadian itu. Aku terus mempercepatkan langkah untuk ke bilik. Aku berasa sebak di dada dan berasa mahu menangis sepuas hati.
"Tolong jangan buat lagi ayah Sya takut..''
Disebalik pintu ayah Sya ( Muhammad Rizuan ) mendengar tangisan anaknya yang sedang ketakutan. Beliau tahu bahawa tidak sepatutnya berbuat demikian terhadap anaknya.
Share this novel