3 hari 2 malam aku tunggu mesej dia... dan aku pun tengah menunggu kepulangan ibu dan ayahku yang berada di kampung. Rasa bersalah aku kerana tidak membalas mesej dia sebelum ni. Mesti dia marah... Aku yang memakai baju lengan panjang labuh sampai paras punggung berwarna biru laut serta seluar panjang. Rambut aku biarkan lepas ( dalam rumah..) Aku seperti orang yang tiada kehidupan... Di rumah je... tidak keluar ke mana - mana sejak Khairul tidak mesej aku. Aku nak tanya Ain pun.. dia tukar nombor. Aku makan pun tak lalu hanya biarkan perut ni bunyi je...
Aku mengambil telefon dan melihat semula mesej tu... Aku tak tahu kenapa aku rasa terlalu sunyi? Tapi bukan sebelum ni okey je. Hmm... mungkin rasa bersalah tu masih ada di fikiran ku... nak telefon ibu , line tak clear. Pasal kejadian 2 hari lepas tu, dah bagi tahu ibu... Itu pun tak banyak sembang . Tiba - tiba talian terputus. Buat sakit hati je...
"Hm... aku rasa aku perlu kawan.." aku hanya memandang kosong ke arah mesej tu... (5 mesej aku hantar tanpa di balas )
"Dia nak mainkan aku ke? Ke dia cukup sengsara dengan tindakan aku sebelum ni? Aduh kenapalah... Tapi aku pun tak boleh percayakan dia 100%. Mana tahu macam pepatah ini... Air yang tenang jangan disangka tiada buaya..." aku membuat andaian sendiri sambil memandang mesej itu...
Aku rasa macam di jampi dengan mesej mamat ni.. Walaupun mesej yang dia hantar ni tak berapa nak lawak. Aku terus membuka aplikasi lain... Iaitu Muzik Play. Play lagu... muncul pula lagu Astro - Baby. Good ~ boleh tenangkan jiwa dan raga ku yang masih sakit ni...
Khairul hanya menatap ke luar jendela biliknya. Dia dah 3 hari tidak membalas mesej... Kebelakangan ini dia sangat sibuk dengan pelajaran. Dan hari ni dia rasa rindu dengan gadis yang jauh tu. Dia ingin keluar untuk melihat aktiviti gadis itu.. Tapi tidak kesampaian sebab sakit di belakang masih lagi terasa. Pergi kelas tambahan pun , tumpang Iman... Aku tak tahu nak buat apa sekarang ni...
"Hm... aku ingatkan bila tak mesej dia... Dia boleh tenangkan mental dan fizikal dia... sebab aku rasa aku macam dah mengacau cuti dia yang masih berbaki masa tu. Tapi tak, dia mesej aku berkali - kali.. Dan tanpa aku sedari dah 5 mesej dia hantar tanya khabar, sihat ke tak... Aduh! Apa aku nak buat ni ? Aku rasa bersalah lah pula!" aku menjerit sekuat hati dan tiba - tiba mak ku yang berada di dapur marah.
"Rul... apa yang kamu bising - bising ni?! Tahu tak ni tengahari... orang tengah rehat"
"Ye mak.. ampun permaisuriku"....
"Aku rasa.. aku kena mesej dia... aku tak nak dia tunggu aku.." sambung aku yang menatap mesej tu dengan penuh ceria.
Pukul 4:00 petang...
"Mana ibu dengan ayah ni... kata nak balik. Dah tiga hari ini..." aku mengeluh sambil menanti kepulangan ibu dan ayahku yang berada di kampung. Tiba - tiba loceng telefon ku berbunyi. Aku cepat - cepat mengambil telefon ku.
1 mesej dari Khairul.
( Assalamualaikum, maaf kerana menunggu. Saya sibuk kebelakangan ni)
Dengan hati yang gembira aku balas ~
(Waalaikummusalam , tak mengapa ^^)
"Aduh.. kenapa pula tiba - tiba aku letak emoji... aduh nak padam dah send..." Tak sampai 3 minit. Mesej telah di balas.
(Hihi tak pernah - pernah pun ada emoji... ni mesti ceria sangat )
"Hm.. macam mana ni... takkan nak cakap yang aku ceria sebab dia mesej? Arh lantaklah"
(Sebab.. hari ni ibu dengan ayah saya nak balik... dia selama ni ada dekat kampung...)
(Oh yeke! Maaflah dah lama tak mesej awak jadi banyaklah saya tak tahu..)
(Macam pelik je ayat awak tu... kenapa awak suka ambil tahu tentang saya?)
(Sebab... saya suk...
khairul terus memadam perkataan (suka) tu..
(Er... salah ke?Maaflah kalau saya buat awak tasa tidak selesa..^^//)
(Eh taklah... saja je saya tanya )
Semakin lama, semakin ceria membalas kesemua mesej Khairul. Dan semakin lama, semakin lebar senyuman di bibir. Tiba - tiba kedengaran bunyi kereta di luar rumah...
" Yeah!!! Ibu dengan ayah dah balik!" aku dengan pantas mengakhiri perbualan itu. Terus menuju ke luar rumah...
Khairul merasakan dia di awangan. Apabila Sya membalas wasap dia yang tak seberapa. Yelah , akhirnya gadis yang selalu mengendahkan mesejnya sekarang , sudah berpatah - patah dia membalas mesejnya...
Tidak sampai beberapa minit Sya terus mengakhiri mesej tu secara tiba - tiba.
"Kenapa dia tiba - tiba beri salam.. dah habis bateri ke? Ke ada penyamun? Eh.. Apa aku ni tak patut fikir yang bukan - bukan... " Tiba - tiba ada mentol di atas kepala ku...
"Ha! baik aku pergi rumah dia.." dan tanpa berfikir panjang aku terus memakai mask serta topi. Aku terus menyarung baju sejuk nipis dan terus mendekati cermin.
" Okey! topi.. mask and buju sejuk... Hm... okey , cun!" aku terus berlari keluar dari bilik dan terus ke pintu rumah.
"Rul kamu nak ke mana?" Mal cik Ina yang tadi menonton televisyen kini memandang anak lelakinya dengan penuh khairan.
" Oh mak... aduh tak nampak pula... Rul nak keluar kejap ada hal" Dia terus mendekati ibunya untuk bersalam.
"Kamu naik apa?"
"Basikal.." Khairul jawab dengan selamba.
"Basikal? Selama ni tak pernah pun kamu ni nak naik basikal?"
" Ala mak ni.. nak senamkan badan je...
Mak jangan risau dengan keselamatan Rul... lagi pun kesakitan kat belakang ni dah nak baik.. okey mak rul pergi dulu. Assalamualaikum , "
"Waalaikummusalam" mak Khairul berasa pelik apabila melihat anaknya yang memakai topi , mask dan baju sejuk nipis..
Dalam beberapa minit. Akhirnya dia sampai juga ke rumah Sya.. Muka dia kelihatan khairan. Kerana ada sebiji kereta berada di halaman rumah Sya..
"Ar... ni mesti ibu dengan ayah dia dah balik... Aduh buat apalah aku risau sangat ni....baik aku balik. Mesti dia tengah gembira tu... "
Baru mahu mengayuh basikal , tiba - tiba hujan turun membasahi bumi. Bukan setakat membasahi bumi Khairul sekali kena. Terpaksalah mencari tempat untuk berteduh. Iaitu itu di bawah bumbung rumah Sya...
" Macam manalah aku boleh tak tengok ramalan cuaca kan dah kena payung pun tak bawa.. Tulah cikgu dah ajar peribahasa 'sediakan payung sebelum hujan '... Tapi aku? Sedia topi sebelum panas.." Khairul hanya melihat diri dia yang basah...
Sya dengan rasa gembira melayan keluarganya dengan penuh kasih sayang.
"Sya ibu dengan ayah nak tidur dulu yer... penat ni , " Ibu dan ayah ku terus menuju ke bilik untuk merehatkan badan.
"Okey! Rehatlah sana . Sya tahu yang ibu dengan ayah mesti penat.." aku senyum dengan ceria.
Setelah ibu dan ayah ku masuk ke dalam bilik. Aku mendengar hujan di luar rumah..
"Wah! hujan... ni best kalau tidur.." aku membuka tingkap yang berdekatan dengan bilik ku. Baru sahaja aku mahu masuk tidur... Aku terlihat seorang lelaki yang memakai topi dan mask . Lelaki itu basah? Rasanya sebab hujan kut..
"Hm... basikal? Eh? Pelik lelaki tu. Tapi macam pernah nampak lelaki tu... Baik aku tolong dia.." aku terus mengambil payung dan terus ke pintu luar...
"Aduh... bila hujan nak berhenti ni... Aduh bosan betul lah tunggu, " Aku baru sahaja mahu menerjah hujan bersama basikal tapi, tiba - tiba terdengar suara perempuan di belakang.
" Eh.. kejap, "
Aku terus menoleh ke belakang.
'Sya... ' Hati ku terus menyebut namanya.
" Eh , awakkan yang tolong saya hari tu?"
"Err... ya . Saya... heh" Aku tak tahu mahu berkata apa - apa. Sebab aku belum sedia untuk bercakap dengan dia.
"Awak sihat..? Dah okey? Sakit lagi ke? Kenapa datang sini? Awak nak ganti rugi ke? Maaflah.." Sya bertanya tanpa henti lalu dia mendekati aku, dan melihat keadaan aku..
"Er.. saya.. tak ada apa - apa.. Tapi , tak payahlah sampai macam tu. Saya... lalu je tadi... tapi, tak pasal - pasal hujan pula.." aku terus buat rasa tidak selesa. Dan cara percakapan aku pun macam menggigil.
"Oh.. yeke... Err... awak kesejukan ke? Em.. maaflah... tunggu kejap ye saya ambil tuala. Awak nak masuk pun tak apa... ayah dengan ibu saya ada bolehlah kita berkenalan..." sya terus bicara dengan mesra dan mahu masuk ke rumah untuk mengambil tuala... (Tak tahu kenapa pula tiba - tiba boleh cakap mesra dengan lelaki yang tidak di kenali ni...)
"Eh.. tak apalah. Saya sebenarnya ada hal... em.. cuma kalau awak nak tolong saya... boleh pinjamkan tu tak?" aku terus muncungkan mulut.
"Apa tu tu..."
"Dekat tangan awak tu..."
"Ohh... payung.. nah ambillah.."sya menghulur payung kepadaku..
"Er.. saya pinjam tau... nanti saya pulang. Okey.." aku sambut huluran itu dengan senyuman.
"Ok... hati - hati... bye.."
"Bye.." aku berjalan sambil menyorong basikal... bersama payung yang berwarna merah.
Sya hanya melihat lelaki itu dari jauh... tanpa salam perkenalan dan lelaki itu masih lagi tanda tanya buatnya...
Share this novel