Hari mula malam,lepas je solat maghrib aku berusaha menyelesaikan soalan matematik yang susah sampai buntu dibuatnya. Nasib baik hanya tiga soalan sahaja bolehlah aku siapkan.
Aku memandang ke luar tingkap melihat awan yang gelap tiada bintang hanya cahaya rembulan itupun dah buat aku rasa gembira untuk hilangkan strees. Aku teringat peristiwa petang tadi dan aku tidak sepatutnya kacau ayah time rehat... apa yang patut aku lakukan? Minta maaflah...
''Hmm... apalah nasib kalau dah terbuat'' aku berasa bosan apabila dah nak mula cuti sekolah.. seminggu pula tu.
Dahlah tiada teman mahu bersembang, ayah pun kerja je.. haih apalah nasib. Aku melihat jam sudah pukul 10:00 malam aku sudah terlajak waktu makan malam... Pelik kenapa ibu dengan ayah tidak panggil? Mungkin sebab peristiwa tadi kut... terpaksa lah aku ikat perut. Aku mula rasa mengantuk esok last sekolah dan cuti. Cepatnya masa berlalu.
Apabila mendekati katil aku melihat di sudut hujung katil ternampak telefon bimbit ku yang dihadiahkan oleh ayahku sempena ulang tahun yang ke 12 jadi telefon ni kira tidak cepat rosak. Aku mengambil dan menghidupkannya, melihat mesej tadi petang dan membuatkan aku ingin tahu bagaimana rupa paras,sifat dan keperibadian Khairul tu.
''Anak makcik Ina...setahu aku lah makcik ada seorang anak je. Dialah kut hem... nilah aku bukan hendak ambil tahu tentang jiran...'' aku mula membaringkan badanku di atas katil.
''Peliklah mamat tu macam dah biasa mesej perempuan.. sebab cara dia mesej tu dah macam mesej dengan girlfriend dia mungkin.. sebab jarang ada seorang lelaki yang prihatin''
''Mungkin dia selalu mesej Ain... hem.. apalah aku ni baik tidur lagi bagus daripada memikirkan mamat yang tak tentu pasal...''
Di dalam perpustakaan ~
Aku melihat Ain di sebelah yang sedang khusyuk membaca buku novel. Aku tidak tahu bagaimana hendak memulakan bicara.
''Ain..em.. Khairul tu orangnya macam mana?'' aku tergagap menanyakan soalan kepada Ain.
Ain memandang ku semacam jer.
"Biasa- biasa je. Em.. lebih kurang macam artis kpop kulit dia tak lah putih sangat orangnya baik,tinggi dan rambut dia tersikat kemas dan itulah Khairul. Kira handsome juga dia'' jelas Ain dengan teruja. Aku hanya tersenyum melihat telatah Ain yang menjelaskan sambil gerak-gerak tangan.
''Awak selalu jumpa dia ke?''
''Tak.. That what jarang-jarang... nak jumpa dia susah awak tahu.''
''Oh..'' aku menyambung membaca novel sehinggalah loceng habis rehat berbunyi.
Perjalanan ke rumah bersama Ain memang tenang dengan mendengar lagu kpop yang dinyanyikan oleh Ain. Macam - macam lagu lepas tu suruh sambung ada yang tahu boleh sambung yang tahu tu maaf ye...^^ Sampai je dirumah aku beri salam untuk masuk dalam rumah dan menjejakkan kaki dapur sebab bau masakkan ibu memang buat terliurlah.
''Ibu... sya dah balik. Wah!semua ni lauk kesukaan ayahkan...''
'' Yer... hari nikan birthday ayah kamu tak ingat ke...''
'' Ya Allah, lupa... ibu ada beli kek tak?'' aku menepuk dahi nampaknya aku dah tua sebelum masanya.
''Tak sebab tak sempat''
''Kalau macam tu...Nanti lepas solat Sya nak keluat tau...'' Aku mula cemas hanya untuk sebiji kek.
''Keluar pergi mana?''
'' Beli kek.Okay bu Sya nak masuk bilik mandi,solat lepas keluar '' Dengan pantas aku berlari ke bilik. Ambil tuala dan mandi..
Lepas je solat aku mula memilih selendang yang sesuai dan memakai dengan cara biasa sebab tak pandai bergaya. Aku mencari beg dompet lalu terus ke ruang tamu sebab dah tahu ibu mesti dekat situ nak tengok cerita cintanya tu.
''Ibu Sya pergi dulu ya '' aku salam ibuku dan terus ke pintu rumah mencari kasut sarung yang senang pakai.
'' Bawa basikal jangan laju - laju,''
'' Ye...'' aku tidak memperdulikan nasihat ibu dan dengan lafaz bismillah aku menunggang basikal dengan laju untuk sampai ke kedai kek secepat yang mungkin.
Lagipun, kedai tu tidaklah jauh saja je bawa basikal laju-laju. Sampai je di kedai kek aku terus memesan kek yang ku mahu dan kek tu sesuai untuk orang yang berusia. Tidak banyak krim yang berminyak dan berperisa coklat. Harga... usah risau hanya RM 29 sahaja untuk kek yang sederhana.
''Sila tulis nama dekat kertas ni'' Kakak tu menghulur sebatang pen.
(Muhammad Rizuan)
''Okey, terima kasih ''
''Sama - sama ''
Setelah mendapat kek aku keluar dari kedai dengan gembira dan rasa tak sabar untuk membuat kejutan. Dan tiba-tiba ada seorang lelaki yang memakai jeket hitam , memakai topi biru pekat serta memakai penutup mulut (dah macam artis korea pula) tersinggul aku. Entah macam mana aku jatuh tersungkur dan kek aku jatuh tanah. Aku melihat kek tu dengan kecewa.
''Kek...'' air mata ku mula jatuh ke tanah.
''Maaf... awak tidak ada apa ke?''lelaki itu
yang mula berasa cemas.
''Tak ada apa-apa? Awak tahu tak kek tu untuk sape?!''
''Tak tahu...''
''Itu untuk ayah saya!! wu wu... awak
kejam... musnah harapan saya!!'' aku mula menangis dengan kuat.
'' Sabar-sabar... jangan nangis kuat sangat nanti orang lain dengar..Nanti orang ingat saya cuba buat benda tak baik dekat awak.. okey macam ni kek tu saya belikan baru. Nama...'' lelaki tu mula mengeluarkan kertas.
''Muhammad Rizuan...'' Aku melihat lelaki semacam. Macam boleh percaya je.
Tiba - tiba tangan lelaki tu berhenti menulis dan melihat ku .
''Apa?''
'' Tak ada apa-apa awak pergilah duduk dekat sana tu. Percayalah saya tak lari saya seorang yang jujur'' lelaki tu mula mengangkat keningnya.
Aku mengikut sahaja arahanya untuk duduk berhampiran kedai tu.
Lelaki itu mula memandang Sya dari jauh sambil menunggu kek yang dipesan sama seperti pesanan Sya. Di sebalik penutup mulut dia sedang tersenyum apabila mengimbas kembali kejadian tadi. Sampai je pesanan dia mula mendekati gadis yang sedang termenung.
''Nak kek yang sama...But ada benda yang aku suruh dia hias buat lagi cantik dari tadi kau ambillah pasal bayaran jangan risau...'' Dia mula menghulu beg plastik yang berisi kotak kek.
Sya mula memandang lelaki tu pelik.
`Kejap awak saya ni kau aku pula dah hilang rasa bersalah lah tu' gedus hatiku.
''Cakap jelah berapa tambahannya saya boleh bayarlah'' kata ku dengan rasa tidak puas hati.
'' Ambil je lah... jangan bising okeylah bye'' Dia letakkan kek di sebelah ku dan mula melambai apabila jarak semakin jauh.
''Bye....'' aku memandang kek dengan lama.
''Apa masalah lelaki tu sebenarnya? '' Tanpa berfikir panjang, aku meletakkan kek tu di bakul depan basikal dan balik ke rumah.
Kereta berjenama Honda City dipandu laju oleh ayah Sya untuk sampai ke rumah dengan segera. Berhenti di hadapan laman rumah , enjin dimatikan. Dan mula melangkah masuk ke dalam rumah...
''Peliknya kenapa gelap je ni ? Tiada orang ke di dalam rumah ni?'' Ayah sya mula membuka pintu rumah dan tiba-tiba cahaya terang menusuk ke mata serta lagu sambut hari ulang tahun dinyanyikan oleh sya dan ibu dengan kuat bergema satu rumah.
Ayah hanya mengukir senyuman manis melihat gelagat anak dan ibu di depan mata. Melihat hiasan belon dan reben di rumah sangat ceria. Sya mula mendekati ayahnya bersama sebiji kek yang dihias cantik dari sebelum ini. Lilin yang menyala tadi telah di tiup oleh ayah dengan mata berair.
''Terima kasih..'' ayah mula menitis air mata yang gembira.
'' Sama-sama '' serentak sya dan ibunya menjawab. Membuatkan ayah ketawa.
'' Ayah Sya minta maaf tau tentang semalam dan... ayah sebenarnya Sya lupa yang birthday ayah hari ni...sorry'' Sya mula membuat muka comel...
''Okey '' kata ayah dengan senyuman mesra. Mereka mula gelak ketawa dengan gembira. Dan tidak lupa kepada seseorang yang sedang melihat mereka dari jauh melalui tingkap.
Share this novel