Tengah sibuk memilih buku untuk dipinjam. Tiba - tiba ...
" Tengah buat apa tu?" terjah Ain dari belakang. Membuatkan aku terkejut.
" Haih~ terkejut tahu tak. Tengah siram pokok bunga... Dah nampak tengah buat apa dia tanya pula. Ni kenapa tak tunggu dekat kantin?" aku teruskan niatku yang telah terbantut tadi.
" Ar... Sya... Hm... hari ni boleh tak... tak payah pergi kantin..." Ain mula bernada budak - budak .
" Kenapa ni? Boleh..." Aku pandang dia pelik. Putus wayar ke apa budak ni? Selama ni tak ada nak manja - manja macam ni?
" Ar... sebab-" Ain terus tarik aku yang baru je nak ambil buku yang aku tertarik tadi tanpa dia habis kan ayat. Dia tarik aku ke meja berdekatan dan suruh aku duduk dekat kerusi kosong. Dia dengan pantas duduk sebelah kerusi ku yang kosong. Aku tengok dia pelik je .
(Kenapa dia ni... Salah makan ke tadi pagi?)
"Sya... Hm... sebenarnya saya nak cakap sikit. Pasal-" baru je aku nak dengar penjelasan Ain tiba - tiba ada orang duduk berhadapan kami.
Teka Siapa... Lelaki ke Perempuan?
(Tak payah fikir... saja je ^-^)
Kami terus memandang ke arah tempat yang diduduki oleh hamba Allah ni.
" Pasal aku..." Lelaki tu terus tersenyum memandang ke arah ku.
Aku terus memandang Ain dengan harapan suruh dia bagi jawapan semua ni. Haih...
"Sya... dia... Haziq dia... nak-"
"Aku nak kawan dengan kau..." potong Haziq dengan selamba dia je.
" Again... Kau ni tak boleh ke kalau tak potong ayat aku. Tadi kau suruh aku pujuk dia.." Ain mula berdengus tidak puas hati.
" Lek lah... Habis kau cakap lembab sangat..." Haziq beralih pandangan ke Ain.
" Hm... boleh tak? " Sambung Haziq lagi.
Aku kekosongan otak... (Nak cakap apa ni? Haih~ kawan ni kena pandai cari. Kalau tak silap langkah. Lelaki pula tu. Baru semalam masuk sekolah dah nak kawan dengan perempuan pula?)
"Ar... awak pasti nak kawan dengan saya?" kata aku sambil memandang ke mata dia. Kata orang nak tengok dia tipu ke bohong tengok mata... Tapi tak taulah.
" Ye! Saya pasti sangat ..." Dia terus menghentak meja seperti hakim memutuskan keputusan. Hampir terperanjat aku dibuatnya. Dia pun satu... Dahlah dalam perpustakaan.
" Habis Ain...." Aku terus pandangan Ain yang berada di sebelahku.
" Saya dah jadi kawan dia...." Kata Ain sambil tersenyum. Senyum macam kerang busuk.
(Cepatnya dia bagi keputusan... Dia ni memang pantang orang puji mesti jadi kawan dia... Sebab tu popular )
Aku terus diam memandang meja yang terdapat sedikit kesan conteng. Tiba - tiba loceng berbunyi menandakan waktu rehat dah tamat.
" Aku bagi waktu sampai esok tau. Bukan susah pun jadi kawan kau je kan?" Dia menjongketkan kening kanan dia. Dan terus bangkit dari tempat duduknya. Terus berlalu pergi meninggalkan aku dengan Ain...
~
"Okey... ada sesiapa yang tak faham? Kalau tak ada murid - murid boleh kemas beg..." Cikgu Jasmine menyuruh murid - murid kemas beg... termasuk aku.
Aku diam tak berkutik. Semua tengah sibuk mengemas tempat masing - masing kecuali aku. Aku fikir pasal tadi... Aku rasa aku dah dapat jawapan... Aku terus menghembus nafas dan mula mengemas beg.
Dalam perjalanan keluar dari sekolah. Aku berjalan seiringan bersama Ain. Dari jauh lagi aku terdengar bunyi kaki yang berlari dan semakin lama,semakin dekat dan semakin kuat.
Haziq mula medapatkan kami. Lalu dia menghelakan nafas lega.
"Kau kenapa?" tanya Ain yang mula memandang lelaki tu dari atas ke bawah.
"Koranglah... Tak... tunggu aku" Jawap haziq dan nafas dia mula tak teratur.
Aku cuma tersenyum nipis dengar penjelasan dia.
"Kenapa kitaorang nak tunggu kau?" Ain mula menyoalnya lagi. Aku hanya menganggukkan sahaja tanda setuju dengan kata Ain.
"Dahlah... Aku nak balik" Haziq mulakan langkah keluar dari sekolah. Aku tiba - tiba rasa ada benda yang aku nak bagi tahu dekat dia...
"Haziq..." Aku bernada tinggi sedikit supaya haziq dengar panggilan aku... membuatkan Haziq terus berpaling ke arahku dengan muka ingin tahu.
" Saya... nak... Ah, saya terima awak jadi kawan saya." Kata ku sambil tersenyum. Dia pun balas senyuman aku...
" Dahlah semua dah sattle. Jom balik..." Ain dari tangan ku dan terus menerus kan perjalanan kami dan terus tinggalkan Haziq yang masih dengan senyuman kerang dia. Tiba - tiba aku merasa langkah Ain terhenti.
"Kenapa?" aku pandang dia pelik. Tiba - tiba break emergency pula? Dia terus toleh ke belakang.
"Haziq! aku dengan Sya nak jumpa kau dekat taman depan sekolah tau petang ni!" Ain terus jerit tanpa apa - apa rasa...
Haziq terus membuat tangan simbol Ok. Setuju tanpa tanya apa - apa.
***
Haziq terus bersiap dengan pakaian yang segak... Dia memandang ke cermin dan membetulkan keadaan rambutnya biar tidak kelihatan serabai.
"Oklah ni... Hm.. pelik? Kenapa tiba - tiba ajak aku keluar? " Tiba - tiba senyuman terukir di bibir lelaki itu. Sungguh dia tidak dapat menafikan bahawa Syafiqah memang cantik. Serupa dengan makna namanya...
Tanpa berlengah lagi, dia pun keluar dari bilik dan menuju ke pintu dan mencapai kunci motor miliknya.
"Eh! Eh! Kau nak pergi mana?" Jerit lelaki yang dalam 50an itu menghalang haziq untuk keluar dengan berdiri de depan lelaki itu.
"Suka hati akulah..." Haziq terus pergi tanpa menghiraukan lelaki itu. Sungguh dia telah dikecawakan dengan lelaki yang berada di hadapannya. Rasa hormat untuk lelaki itu tidak lagi terbuka di hatinya. Kerana dia,mak yang dia sayang meninggal , kerana dia, hidup dia susah , kerana dia duit perbelanjaan habis kerana dadah dan kerana dia... dia terpaksa pindah sekolah kerana... tuduhan yang mengatakan dia terjebak dadah.
Bagi dia lelaki tu tidak layak untuk di panggil 'Bapa'. Dan bagi dia lelaki itu adalah bala yang semak dalam rumah. Adik - beradik pun semua sudah pekerja tidak hiraukan lelaki ni. Hanya memberi wang sahaja. Wang itu digunakan untuk dadah semata - mata dan dia terpaksa berkerja keras sikit untuk yuran sekolah. Sungguh sadis!!!
Haziq menunggang motornya yang dihadiahkan abang Sulongnya semasa keputusan cemerlang . Nasib ada motor kalau tak pergi mana - mana pun jalan kaki...
~
Aku memandang Ain yang bermain telefon dari tadi. Geram dengan budak ni... Tiba - tiba heret orang keluar dari rumah sebab nak buat kerja Math. Kenapa pula ajak Haziq tu? Haih susah ....
Tin Tin... Bunyi hon motor dari jauh membuatkan aku dan Ain toleh. Haih mamat ni...
Sampai je di pondok yang kami duduk terus dia datang dekat dengan senyuman yang tak lengang di bibir (?).
'Kenapa lelaki ni? Sakit ke?' Aku dan Ain pandangan dia dari atas ke bawah...
"Kenapa kau pakai smart macam ni?" Ain mula tanya soalan yang sama seperti mana yang ada di dalam otak dan akalku.
"Asal tak boleh" Dia terus mengambil tempat berhadapan kami.
"Oh... kau dah ada awek?" Ain mula menjongketkan kedua - dua keningnya sambil tersenyum sengit.
"Mana ada..." jawap haziq dengan segan lagi silu.
" Hm... Boleh kita mulakan?" aku mula buka suara.
"Mula apa?" tanya Haziq sambil memandang muka ku pelik.
Aku pandang Ain.
"Awak tak bagi tahu dia?"
"Er... eh haziq aku ajak kau pergi sini buka nak dating ke apa... Aku ajak kau kat sini untuk buat kerja Math.." Kata Ain sambil tersengih.
"Hah!!! Aduh kalau macam tu... okeylah. Aku pun pandai Math apa salahnya kan?" Haziq mula bangga diri dan senyum sengit.
"Ain mana buku nota aku?"
"Nah..." jawap Ain mendatar. Menyampah...
Share this novel