Bab 7 Perompak?

Romance Series 3086

Aku mula menunggang basikal untuk balik ke rumah... selepas melihat jam sudah dekat waktu asar. Semasa aku hendak sampai ke rumah.. terlihat terdapat dua orang lelaki yang mencurigakan hendak membuka pintu rumah yang terlihat tiada orang.
"Sape lelaki yang tak diundang ni? Macam perompak je?... Siapalah yang kena rompak rum..." Belum sempat aku menghabiskan ayat... aku mengecilkan mata untuk dapat lebih jelas alamat rumah tu dari jauh..
"Tu... tu.. rumah ayah aku!! aduh macam mana aku boleh tak perasan pula?" aku terus mengayuh basikal dengan perlahan dan berhenti di hadapan rumahku.

"Khai kau tengok tu lelaki yang nampak mencurigakan dekat rumah tu.." Iman terus menggoncang bahu Khairul yang leka dengan telefonnya. Apabila terdengar Iman berkata begitu Khairul terus memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Iman.
"Macam aku kenal je rumah ni? Tapi tak kanlah..."
" Oi habis kita nak buat apa sekarang?" persoalan Iman tidak dijawab dan Khairul hanya memikirkan macam mana hendak menolong empunya rumah..
"Aku takut dia bawa pisau weh..?"
"Senyap ah aku tengah cari jalan ah ni"

Sya yang berada di hadapan rumaha tu hanya melihat gerak geri perompak tu... dengan berani Sya turun dari basikal dan menelefon polis yang bahawa ada dua orang lelaki yang terang - terang hendak membuka pintu rumahnya itu. Sya ternampak sebilah pisau di bahagian poket lelaki tu... Dengan menelan air liur dia terus mendekati tempat kejadian...
"Assalamualaikum... abang dua orang ni tengah buat apa tengah hari buta ni? " dengan suara yang yang sederhana Sya menegur lelaki tu. Suara Sya memecahkan suasana yang sunyi tadi. Lelaki dua tadi terus memandang ke belakang dan melihat Sya dari atas ke bawah.
" Oi Pik kau tengok perempuan depan kita ni... dia bagi salamlah.." Kata salah seorang daripada lelaki tu.
" Dah tu kau nak suruh aku jawab? Giler apa.." Jawap seorang lelaki tu yang sedang menggaru kepala.
" Aku bukan suruh kau jawab... kau tengok cantik siut..."Kata lelaki tadi dan melihat ke arah kawan dia sambil mengangkat kening. Ada yang gigi bersepai juga. Tiba - tiba dua orang lelaki itu mendekati diriku. Aku hanya diam macam tunggul di situ.
" Man budak tu tak lari lah... nampak nya senanglah kerja kita.." Tiba je diorang di hadapan ku aku terus buat gaya macam orang nak taekwondo . Apabila salah seorang dari mereka melangkah ke depan aku mula kan langkah.. Tangan aku mula hinggap ke pipi dia dan kaki aku sepak betul - betul di tengah tut dia...
Habis je sorang aku mula tunduk penghormatan dan macam habis persembahan. Dan aku mula menghadap ke arah lelaki lagi satu sambil membuka langkah..Dan tiba - tiba lelaki keluar kan sebilah pisau dari poket belakang sambil menunjukkan kepada ku dan berkata
"Ingat aku takut dengan kau punya taekwondo tu haa!"
'Eleh kalau tak takut asal tak terajang je aku... kenapa nak keluarkan pisau pula' bisik hatiku. Aku hanya terdiam di situ tanpa bergerak hanya melihat ke arah lelaki tu.

"Oi Khai kau ni berapa lama kau nak berfikir ni.. sampai kena nyorok dekat semak samun ni.. kau tengok tu budak perempuan tu siap taekwondo lagi. Aku yang tengok pun terasa tau..uh sakit ahh" Iman terus membuat lakonan semula apabila disepak di bahagian yang tak sepatutnya.
" Okey sekarang aku tahu nak buat apa jom..." aku mahu keluar dari semak samun tu tetapi dihalang oleh Iman.
"Kau kenapa!?"
" Weh kau tak nampak ke lelaki tu keluarkan pisau lah...!!"
"Weh boleh tak jangan jadi pengecut sangat" Khai terus terhenti apabila melihat lelaki jahat tu mengacu pisau ke arah Sya. Khai terus membuka beg dia dan mengambil topi serta penutup mulut dan tanpa ragu - ragu dia keluar dari semak tu dan tidak peduli kan Iman.
"Oi kau nak pergi mana!?" (no respon)

Sya hanya boleh redha dengan yang apa yang akan berlaku sekejap lagi. Mungkin dia akan mati dan hidup... nak tunggu polis sampai? Naknya aku tidur lantai dengan semua dia ambik... Jadi berserah kepada Allah je... Tiba - tiba datang pula seorang lelaki yang tidak dikenali memakai topi, penutup mulut dan memakai baju kemaja biru laut. Tinggi dan tidak terlalu putih memang seperti artis korea jika lihat dia dari depan ... Dia menolak lelaki itu dari belakang ke depan jadi lelaki itu jatuh tersungkur ke tanah dan pisau yang berada di genggaman kini jatuh. Lelaki itu mahu mengambil semula pisau yang berada di hadapan. Tetapi aku menghalang menggunakan kaki haha!! (dah macam filem pula) Siaplah kau! Lelaki yang tidak dikenali itu mahu menumbuk muka lelaki jahat itu. Tetapi , kawan perompak tadi memukul belakang lelaki tu menggunakan kayu besar dan lelaki itu jatuh kelihatan lemah. Aku tidak puas hati aku belasah dia orang. Taklah teruk sangat.... Ada juga aku kena tumbuk tadi di pipi tapi tidaklah teruk seperti lelaki tadi. Dua orang perompak itu terus rebah ke tanah dan aku juga hanya berdiri di situ dengan nafas yang tidak teratur. Kemudian, barulah polis datang dan menangkap perompak tu dan mengambil sebilah pisau sebagai bukti .

Aku terus mendekati lelaki yang tidak dikenali itu. Macam sakit je aku tengok lelaki tu.
"Awak tak apa - apa? Macam sakit je? Kalau betul - betul sakit saya boleh hantar awak pergi klinik tapi guna basikal lah... ataupun nanti saya panggil jiran... macam mana?" aku merenung wajah lelaki itu dengan cemas dalam keadaan mencangkung untuk melihat lelaki itu.
' Handsome juga lelaki depan aku ni.. Ya Allah indahnya ciptaan dikau. Sehingga tidak akan aku lepaskan pandangan dari wajah lelaki itu ^^.' bisik hatiku (Dalam cemas ada nafsunya)... Aku baru sedar yang aku telah melihat wajah lelaki itu berlebihan dan aku terus istighfar. Dan terus berdiri melihat ada tak sesiapa yang aku bantu aku. Tiba - tiba keluar seorang lelaki dari semak samun. Aku terkejut dan menjerit (tapi tidaklah kuat) . Lelaki itu melihat aku lalu menundukkan kepala dan terus membantu lelaki yang lemah tidak dikenali itu aku terus takutlah....
" Awak ni sape?"
"Oh saya Iman ni kawan saya maaflah~"
"Oh yeke, jikalau begitu saya nak minta maaf sangat - sangat sebeb tak dapat tolong awak ... em awak nak saya panggil jiran supaya dapat hantar awak berdua balik?" aku hanya melihat lelaki yang di lemah tu dengan sayu...
" Saya harap agar awak cepat sembuh.. Hmm sape nama awak? Kenapa awak sanggup bantu saya sedangkan bahaya?" kata aku lagi dengan nada ingin tahu.
Aku bertanya kepada lelaki itu tapi tiada balasan hanya lemah.. dan pernafasan di pun tidak teratur.
" Oh nama dia...." belum sempat Iman mahu memberi tahu nama sahabat dia tetapi sahabat dia membuat ragam supaya menghantar dia balik. Iman terpaksa angkur dan berkata mahu balik. Aku mengangguk dan hanya melihat mereka dari jauh.
"Semoga kita bertemu lagi. Supaya saya dapat balas jasa awak~" aku terus sorong basikal ke rumah dan masuk dalam rumah untuk membuat yang sepatut kerana mungkin lebam aku punya pipi ni....

" Khai... Khai kenapalah kau ni berlagak hero sangat sekarang dah terima padah... Kita pergi klinik lah sebab aku tengok kau ni macam teruk sangatlah... Aku telefon teksi ah biar cepat sikit tau.." Iman mula membebel kerana apa? Sebab sayanglah dengan kawan dia ni... Sahabat dari sekolah... Khairul hanya mengangguk. Iman terus menelefon teksi supaya sempat sampai ke klinik....

Aku hanya melihat keindahan alam pada waktu malam melalui tingkap. Dan berfikir bagaimana dengan keadaan lelaki yang selamatkan dia... Dia juga berfikirkan tentang mamat yang selalu mesej dia...
"Kenapa mamat tu tak mesej ha? Sibuk sangat ke? Selama ni okey je... Aku tak balas pun... dia tetap mesej aku. Takkan lah merajuk? Sakit ke? Ada apa-apa berlaku dekat dia... Nak aku mesej dia... Nak mesej apa? Pasal kejadian tadi? Nanti dia ingat aku rindu dia? Ahh!! Bedallah sebagai kawan.. aku mesej dia tanya khabar.."

(Assalamualaikum)
.....
(Hm.. saya mesej ni sebab saya terima jadi kawan... tak lebih dari tu..)
.....
(Sebab saya tak kenal awak lebih dekat lagilah perangai awak... Tapi mungkin saya akan balas mesej awak. Insyallah)

"Kenapa dia tak balas? Hmm... macam mana ni.. aku rasa bersalahlah pula... Tak apa mungkin dia penatkut? sibuk? Tidur..? pukul 10 ? Mungkinlah..." Aku hanya buat andain supaya tidak rasa bersalah. Aku terus mematikan telefon dan mengurut kaki dan tangan ku yang sakit tiba- tiba. Tapi peliklah jiran risau tentang aku? Kenapa sekarang baru aku rasa di sayangi? Mungkin sebab petang tadi kut?

Flashback ~
Aku tengah mengangkat kain waktu itu. Tiba - tiba ada seorang makcik mendekati diriku dan bertanya khabar serta bertanya tentang kesihatanku. Aku berasa pelik tidak pernah pun jadi begini? Mungkin sebab kes tu berat dan aku dapat mempertahankan diri daripada di bunuh...
Dan makin lama.. makin ramai yang datang menanyakan benda yang sama... Aku hanya layan je.. Tak kisah pun. Lagipun rumah pun tak ada orang. Bosan~

End flashback.

Aku terus membaringkan tubuhku ke katil dan melelapkan mata. Namun tidak boleh tidur... Pelik? Selama ni okey je ada apa - apa ke? Aku cuba lagi untuk tidur tetapi tidak boleh. Dan tiba - tiba aku teringat lelaki yang jatuhkan kek... tu dia pakai topi dan penutup mulut juga... mata dia , kulit dia... sama dengan lelaki yang tolong aku pagi tadi... Kembar ke? Tak kanlah. Mungkin pelanduk dua serupa. Hm tapi... aku pula rasa tak sedap hati. Rasa lelaki yang tolong aku tu okey ke tak? Tanpa aku sedari aku terlelap.

Iman risau akan kawannya yang terlentang di katil hospital dari petang tadi hingga malam. Dia sudah memberi tahu Makcik Ina tentang kesakitan Khairul. Khairul tak mengetahui yang dia menelefon ibu dia , kalau dia tahu.. Habis berkecai aku punya muka yang macho ni.
"Nasib kaulah yang memandai kan dah terimalah nasib tidur sampai tak sedar dari petang tadi... Tapi aku yang terima padah kena jaga dia dekat hospital sampai esok... dahlah esok ada kelas Mat." Iman mula membebel di hadapan kawannya yang pengsan tak bermaya. Dan baru je dia mula menguap... Khairul mula sedar dia berada di hospital. Dan dia melihat kiri dan kanan .
"Kau dah sedar? " Iman mula mendekati rakannya.
"Asal kau ada dekat sini? Mana mak aku?" Khairul mula buat muka.
"Mak kau tak dapat datang dia suruh aku jaga kau... Kau ni kira bersyukurlah aku ni ada untuk jaga kau kalau tak.. Kau terlentang kat sini sampai esok pagilah macam orang mati tau tak?"
"Yelah kau memang sahabat aku... eh telefon aku mana? Beg.."
"Sebelah kau... Kalau tak ada apa - apa aku balik dulu..." Iman terus kemas barangnya dan memasukkan semua dalam beg...
"Kata jaga aku...?"
"Kau ingat aku kena jaga kau sampai sembuh... Sampai kau dah sedarlah sekarang aku tengok dah okey aku cau dulu ar bro. Take care " Ima terus keluar macam tu je.
"His dia ni.. hmm mesti sebab esok ada kelas tambahan Matematik ni..." Khairul terus mengambil telefon dan melihat mesej baru yang dihantar oleh Sya. Dengan senyuman dia membaca... Tetapi dia tidak balas hanya mematikan telefon dan terus melelapkan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience