Bab 2 `Budak Baru ?'

Romance Series 3086

Aku memandang lama dekat kertas yang tentera nombor telefon tu. Lalu aku memandang telefon sambil berfikir nak masuk nombor ni dalam kenalan ke tak nak... Hanya itu yang berputar - putar di minda. Akhirnya nombor tu adalah nombor pertama dalam kenalan aku (tak termasuk nombor ibu dan ayahku) . Aku memikirkan lagi tentang si mamat yang sesat dari mana ni.

`` Pelik... budak tu nak pindah sekolah? Tiba - tiba je.. kenapa ? Takkan lah dia selalu kena buli lepas tu pindah sekolah, ke sebab dia... kena buang sekolah.. haih dahlah dari aku tuduh macam - macam dekat mamat tu baik aku tak payah fikir kan senang..'' kata ku yang membuat andaian sendiri.

`` Tapi dia sebaya dengan aku ke? Kalau bawah aku... best lah aku ada adik angkat hihi.(suka hati je nak jadi kakak angkat ) Tapi kalau budak tu sombonglah kata kan sama je.. tak payah layan. Kalau dia atas aku nak kena panggil a..bang hmm macam pelik aku mana ada abang sungguh janggal . Sebaya...? okeylah kut lagi pun belum tentu dia masuk kelas aku. ( kelas kedua dari lima kelas.Kira pandai kan ;)
Hmm sudahlah tu malas nak fikir ,'' Kata dan terus melelapkan mata di atas katil ku yang tak berapa nak empuk...

Esok~
Aku berjalan sendiri dari rumah ke sekolah. Beginilah hidup harianku.. Memang tadi pagi ayah ku ajak tumpang naik kereta tetapi aku tak nak sebab aku tak nak menyusahkan ayahku yang penat bekerja. Lagipun best apa dapat jalan kaki pagi-pagi buta ni... nak kata ada peragut mana ada orang nak ragut pagi - pagi macam ni. Sampai di sekolah macam biasa duduk di pondok dalam sekolah sambil menunggu loceng perhimpunan bunyi memang keadaan masa tu sudah ramai pelajar . Aku mengerling jam

``Baru pukul 6: 30 loceng pukul 7:00 '' kata ku sambil melihat kearah sebuah kereta yang tidak pernah ternampak sebelum ni ?

Kereta tu dipandu laju masuk ke dalam sekolah . Aku melihat kosong ` mungkin kereta cikgu kut.. ' aku membuat andaian di dalam hati.

(Dalam Kelas)
Semua bising dengan gosip - gosip yang tiada faedah. Aku melihat ke luar tingkap dengan fikiran kosong seolah - olah tiada apa berlaku . Tiba - tiba ada satu khabar angin yang jelas kedengaran di telinga ku.

"Dengar kata ada budak baru masuk..." kata Nina. ( seorang yang mengetahui semua gosip sekolah )

"Lelaki ke perempuan? '' Unni ( Suka lelaki hensem )

"Entah tak pasti tapi kata nya nak di masukkan dekat kelas kita '' Sambung Nina .

Aku dengar semua tu dan selepas apa yang telah di jelaskan oleh Nina... Aku merasakan sesuatu yang pelik .

"Kenapa diorang senyap ~'' kata ku perlahan. Tiba - tiba diorang datang ke arah mejaku.

"Hey ! orang gila aku tahu kau dengar semuanya... kan!'' Tanya Unni dengan nada yang tinggi.

Aku tidak mampu untuk memandang ke mata dia dan suara aku seolah - olah hilang. Aku hanya menggeleng.

"Huh... Tipu '' Kata salah seorang daripada mereka. Aku hanya diamkan diri .

Dia orang nilah geng gengster girls tu. Ketua dia tak ada kalau tidak naknya terbang aku dibuatnya.

"Hey ! Tak ada suara ke?!?'' Kata Nina pula. Aku hanya menelan air liur. Walaupun aku sudah jemu dengan perbuatan diorang ... perasaan gementar tu ada habis diorang sentak - sentak aku nasib baik aku tak sakit jantung kalau tak ananya . Bila cikgu nak masuk ni...

"Korang buat apa tu haa!!'' jerit cikgu Ain.

"Pergi duduk tempat masing -masing"
Sambung cikgu lagi. Semua kembali ke tempat biasa . Sekarang aku boleh menghela nafas lega.

"Baik, sekarang cikgu hendak memperkenalkan seorang murid baru..'' Belum sempat cikgu menghabiskan ayat aku sudah memikirkan tentang mamat yang bernama Khairul tu...

"Mari masuk Nur..'' Sambung cikgu lagi.

"Nur ?'' Kata ku perlahan tidak percaya. Khairul tu perempuan ke? ke orang lain?.

"Hai! Nama saya Nur Ain Syuhada. Salam kenalan saya hara korang boleh terima saya sebagai murid di sini.. okey'' Kata dia dengan ceria...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience