Bab 1 `Aku'

Romance Series 3086

Hari ni hari Ahad tarikh 25/2 . Aku berada di sekolah menengah , aku berumur 15 tahun dan anak tunggal . Hanya ibu dan ayahku sahaja yang memberi semangat kepada ku. Jikalau tiada dia orang... aku rasa hidup dah tak bermakna kerana hubungan kami dengan saudara mara tidak rapat dan aku merasai bahawa aku tiada saudara mara serta tiada kawan yang hendak bermesra dengan aku.Aku menahan sengsara ni sejak aku sekolah rendah tapi aku masih boleh bertahan hingga sekarang ni. Dan nasib baik dalam fikiran ku tiada jalan pintas untuk meninggalkan dunia ni dengan cara bunuh diri.Aku duduk di meja yang paling belakang dan di sebelah ku tiada orang. Gelaran aku di kelas adalah `orang gila' mungkin sebab aku selalu bercakap sendiri (tapi sebenarnya aku menyanyi apa ingat orang macam aku tak mengikut isu semasa )

Ring....ring.. loceng berbunyi menandakan waktu pembelajaran bermula. Aku hanya keluarkan buku yang hendak dipelajari nanti. Semua orang masih lagi gelak ketawa dan memandang serung terhadap ku , aku tahu di orang bercerita buruk tentang ku. Cikgu masuk dan hanya aku sahaja yang bangun untuk memberi salam dan semua orang tertumpu kepada ku lalu dia orang gelak keji terhadap ku . Ini perkara biasa yang pernah aku alami.

``Dah ! jangan gelak lagi bangun dan beri salam! '' jerit cikgu Jasmin .

Dan semua bangun lalu memberi salam. Aku hanya diam diri dan berdiam diri. Sehingga waktu rehat aku berada di perpustakaan sehingga habis waktu rehat.

Tiba waktu balik aku dengan tabah berkata dalam hati ` Apa agaknya yang akan terjadi nanti...' Aku berjalan seperti biasa dan berasa pelik kebiasaannya ada perkara buruk akan berlaku kepada ku .

Ada orang langgar bahu aku sehingga aku jatuh lah , baling beg aku lah dan macam jadi aku pun dah jemu. Tapi sekarang muka ketua gengster girls tu pun tak nampak . Aku baru sahaja untuk melakar senyuman tiba - tiba dan segerombolan pelajar berbasikal dengan laju sekali . Aku menoleh belakang dan ternampak gengster girld menunggang basikal dan menghampiri satu lopak air yang berdekatan dengan ku . Aku mahu melarikan diri tetapi kakiku bagai di gam tidak boleh bergerak apalagi terima lah kenyataan bahawa aku akan mandi air yang tak berapa nak kotor ni...

`` Assalamualaikum ibu.. Sya dah balik ''

``Anak ibu dah balik... Sya kenapa basah semacam je ni takkan lah peluh sampai basah begini?''

`` Ibu ni kalau nak melawak pun jangan sampai begitu... Tadi hujan '' Tipu ku supaya tidak merisaukan ibu ku..
``Hujan? tak ada gerimis, tak ada angin hujan ? Kamu ni biar betul ,''

``Biar betul tak apa tapi biar salah tak bagus... dahlah ibu sya nak mandi takut demam '' Kata ku sambil tersenyum manis.

``Ada je yang nak di jawab '' Ibu ku yang hendak menonton televisyen... Aku mengambil tuala dan berhenti seketika di hadapan cermin.

``Dah macam kena ribut... '' Aku berkata dan berlalu pergi untuk membersihkan diri.

Yelah bayangkan ada 5 basikal , lima - lima lalu lopak air tu ... memang basah kuyup lah jawabnya...Selesai mandi dan berpakaian biasa sahaja. Aku terus pergi ke meja makan dengan muka yang murung...

``Kenapa ni sya.. ada apa-apa masalah ke dekat sekolah?'' Tanya ibu ku... Ibuku bukan tak nak mengambil tahu tentang diri ku.. ibu ku ada bertanya dengan guru kelas tentang diri ku semasa hari terbuka, tetapi guru kelas ku hanya jawap `dia okey ' itu sahaja.

`` tak ada apa- apa cuma memikirkan tentang TP3 je '' Balas ku dengan senyuman.

`` Tak payah lah nak bohong ibu... apa ni.. TP - TP tu lama lagi..'' Kata ibu lalu duduk sebelah ku..

`` Nah ...'' sambung ibu ku lagi. Beri ku sehelai kertas yang bernombor?

`` Apa ni ibu ? no. telefon sape ni? ''

`` Tulis je nama dia Khairul '' Jawab ibuku
dengan selamba.

`` Khairul ?...''

Aku memandang ibuku dengan penuh rasa pelik... tiba - tiba bagi nombor telefon seseorang yang tidak di kenali? lelaki pula tu ?!!?

``Kenapa tiba - tiba je ni ?''

``Ala saja buat kenal - kenal ,'' jawap ibu ku selamba dengan senyuman mengusik. Buat kenal - kenal ? Macam tak masuk akal je...

`` Tu anak makcik Ina,nanti dia pindah sekolah dekat sekolah sya...'' Sambung ibuku dan aku mengiyakan je...

`` Ibu.. ayah tak balik lagi?'' tanyaku yang baru perasan ketiadaan ayahku...

`` oh.. ayah kamu balik lambat hari ni... katanya bos bagi kerja banyak sejak - semenjak naik pangkat ni..'' jelas ibuku bersama keluhan. Inilah masalah keluargaku lagi. Ayah kadang - kadang balik lambat dan jarang balik cepat... Tapi tidak mengapa janji ayahku balik...^^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience