Bab 11 Aku Haziq

Romance Series 3086

"Nama ak... nama saya Ha.. ziq"

"Nama penuh? nama penuh?" Cikgu Rohaya mula menanya dengan ceria.

"Huh , em.. nama penuh Muhammad Haziq bin Zahid " dia mula menjawab dengan malas.

"Ok kelas dia ni murid baharu kelas ni.Dia ada masalah di sekolah lama tulah dia terpaksa pindah ke sini. Haziq... kamu boleh duduk di meja kedua dari belakang." Cikgu Rohaya mula bernada manja apabila menyebut nama lelaki tersebut.

Aku dengan Ain mula memandang sesama sendiri. Dan mula berfikir 'meja kedua dari belakang? ' Kami berada di meja pertama dari belakang... dan depan Ain meja kosong . Maknanya meja yang di maksudkan tu... meja depan Ainlah!!

"Sya dia duduk depan saya...!" Ain mula bernada tidak puas hati.

Aku pun sebenarnya takut juga dengan lelaki baru ni. Dia memang semakin hampir dengan meja tu. Perangainya pun kami boleh nampak dari balik riak wajahnya yang muram dan sedikit bengis. Walaupun dia sedikit kacak...

"Sabar Ain... tinggal beberapa bulan nak start exam..." aku mula gosok belakang dia dengan perlahan.

Selesai waktu pelajaran ~

Aku dengan Ain masih mengemas barang yang berselerak di meja. Aku tekun mengemas dan Ain sibuk memandang lelaki baru tu. Entah kenapa? Lelaki itu tidak keluar rehat seperti pelajar lelaki lain. Aku perasan sangat yang dia ni pendiam. Dia memang unfriendly...

"Sya.. saya keluar dulu eh?" Ain mula mengambil sebuah buku dan mula meninggalkan aku.

"Nak pergi mana?" aku menghentikan langkahnya.

"Library. Pulang buku " Ain mengangkat buku yang berada di tangan kanannya. Dan terus berlalu.

Aku hanya menelan air liur sahaja. Harap - harap cepat sikit aku kemas dan terus pergi dari kelas ni. Aku cepat - cepat kemas dan tiba - tiba buku ku jatuh ke bawah iaitu di tempat sebelah lelaki tu. Tanpa teragak - agak aku terus ke
tempat tu. Tapi... belum sempat untuk aku mengambil buku tu...

"Nah.. buku kau" Lelaki tadi yang diam seribu kata terus berada di depan ku.

"Ah , hem... te..ri..ma kasih" aku mula berasa gagap.

"Kau ada penyakit gagap ke?" dia mula bermesra dengan aku.

Tiada jawapan aku hanya terdiam selepas menyambut buku tu dari lelaki di hadapan ku.

"Em... aku Haziq. Kau?" dia mula bertanya nama pula...

Aku masih diam tidak menjawab pertanyaan dia. Aku hanya melihat bawah. Tidak sanggup untuk memandang dia. Takut.... Dia mula melihat tanda nama ku yang berada di tudung.

"Oh.. Syafiqah... Salam perkenalan" dia mula menghulur tangan.

Aku memandang dia seribu persoalan. Apa ni? Nak berjabat tangan? Tolonglah...

"Hm... Tak apalah. Ah , kawan kau tadi kan pergi perpustakaan kau tak nak ikut?" Lelaki tu mula menyedari ku.

"Oh.. ye. Saya pergi dulu... Haziq" aku bernada perlahan apabila menyebut nama dia... Dan terus berlalu pergi.

Tanpa Sya sedari dia iaitu Haziq sedang tersenyum apabila pelajar perempuan pertama dalam kelas ni menyebut nama dia. Dan dia rasa mahu mendengarnya lagi...

Perpustakaan ~

"Kenapa lambat?" Ain mula bercekak pinggang di depan pintu perpustakaan.

"Sorry... ada masalah sikit" aku mula mencari alasan.

"Yelah... Jom ada novel baru! Cepatlah jom..."

"Ye..."

Waktu balik ~

Aku berjalan dengan Ain seperti biasa... Dan Ain mula nyanyi sebuah lagu yang belum ku dengarnya. Lagunya sedap... Ain mula memperkenalkan lagu tu kepadaku...

"Sya lagu ni sedapkan?" Ain mula memperlahankan jalan .

"Sedap! Sedap sangat lagu tu... Lagu Korea kan.." Aku mula meneka .

"Of course, lagu Korea. Tapi ni lagu favourite saya... sejak Sanha Astro pernah cover lagu ni... Sedap lagu ni... dan suara dia.."

"Tajuk lagu ni apa?"

"Every day, Every moment... Ah Sya saya nak kena cepat.. Sebab saya dah lambat ni" Ain terus berlari tanpa menghiraukan aku.

"Oh.. bye" aku melambai dari belakang.

Aku teruskan perjalanan aku. Tadi bukan separuh jalan. Tadi baru jalan baru nak keluar sekolah. Haih terpaksa bersendiri seperti dulu.. Heh nak ingat balik ke peristiwa lalu?

"Hoi!"

Tiba - tiba terdapat satu suara dari belakang... Aku tidak dapat meneka si pemilik suara itu.. Aku dengan berani memandang ke belakang.

Jeng Jeng Jeng...

"Hai... dah lama tak jumpa apa khabar?"
Kata Unni .

"Yelah.. sejak dapat kawan baru ni dah tak ingat kita orang kan?" Ketua gengster girls tu mula berbicara...

Ya Allah.. Apa dah berlaku? Apa lagi dia orang nak? Aku kadang - kadang tak faham dengan dia orang.

"Oi! bisu ke kak?" Salah seorang dari dia orang mula bicara.

"Korang nak apa sebenarnya? " Aku mula memberanikan diri untuk bicara.

"Oh dah pandai menjawap?" Ketua diaorang gelak sakan.

Aku hanya senyum sinis je. Lawak kadang - kadang dengan perangai dia orang..

"Kita orang nak kau berambus dari sekolah tu... Tau tak kita orang tak suka tengok kau.. bukan setakat muka... bayang - bayang kau pun kita orang tak nak tengok " Ketua geng tu menjelaskan.

"Apa yang korang benci sangat dengan aku? Sampai bayang - bayang aku pun tak suka?" Aku mula melihat dia orang satu persatu .

"Aku benci kau! Aku seorang sahaja yang tak suka kau! Sebab semua orang suka dekat kau!" Ketua geng tu mula menjawab persoalan aku tadi...

"Dah lah aku balik dulu.."

Aku mula melangkah balik tapi di halang oleh orang gengster tu... Dia tiba - tiba merampas beg ku dan campak di dalam semak.

"Kau kenapa..?" Belum sempat aku habis kan ayat ... Satu tumbukan hinggap di pipi kananku...

Dan tiba - tiba hujan mula turun dengan lebat. Perbuatan dia orang terbatas. Dia orang terus meninggalkan aku seorang diri. Tubuh ku basah dan air mata ku mula mengalir.

"Oi... nah beg kau... jangan nangis lagi. Dia orang dah tak ada..."

Tiba - tiba aku rasa badan ku dah tidak di basahi oleh hujan... Aku mula melihat ke atas...

"Ha.. ziq.." Aku mula menyebut nama lelaki yang sanggup kebasahan demi memayungkan ku. Dengan payunglah...

"Ye.. aku ni dah lah. Jom.." Haziq mula menghadiahkan senyuman manis.

"Terima kasih..." aku bangun dan rasa kesejukan. Telah membuat badan ku menggigil.

"Kau okey tak? Aku ada baju ni.." Haziq mula membuka baju..

"Er.. tak payahlah.."

"Kau ni... bukan baju ni... Tapi ni dalam beg aku ada baju kemeja. Ambillah.." Haziq mula menghulu baju tersebut kepadaku.

"Terima kasih..."

Dan tiba - tiba jarak antara kami terasa rapat... Sebab kami mahu kongsi payung jadi... Terpaksa....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience