Aku dengan tidak rasa jemu atau bosan hanya membalas mesej dia iaitu Khairul. Lelaki yang membuatkan hatiku tertarik dengan setiap patah perkataan yang dibalas. Sehingga kini , aku sudah berumur 17 tahun . Bermakna aku sudah di tingkatan lima. Sungguh cepat masa berlalu dan hampir sepanjang hari aku membuka aplikasi SMS atau Whatsapp. Aku tidak tahu mengapa... sama ada aku yang syok dengan dia atau hanya permainan mindaku sahaja... Aku rasa sekarang ni aku masih belum mengenali Khairul lebih dekat walaupun kami hanya dapat berbual di SMS dan biasanya di Whatsapp... Aku dah nekad untuk bersemuka dengan dia. Lagipun mak dia dan ibuku rapat seperti belangkas tidak boleh dipisahkan. Dan sekarang , aku dah pandai taip ayat panjang - panjang hihi...
Dan...
Sampailah Suatu Ketika Cuti Hari minggu~ Empat bulan sebelum SPM
(Assalamualaikum, buat apa tu?) K
(Waalaikummusalam , tak buat apa - apa. Kenapa?) S
(Saja tanya. Kenapa salah?)K
(Tak.. ni kenapa mesej?) S
(Nak bagi tahu nanti saya kena ikut makcik saya pergi langkawi..) K
(Yeke!! Wah! mesti bestkan dapat melancong)S
(Tak best langsung... saya dah jemu naik kapal terbang. ) K
(Awak ni kenalah bersyukur . Orang dah ajak pergi jelah..) S
(Ye saya tahu. Awak nak oleh - oleh tak?)K
(Tak apalah saya tak nak menyusahkan awak..) S
(Ok.. kalau macam tu bye - bye.. nak kena kemas baju ni.. Assalamualaikum ) K
(Waalaikummusalam) S
Sekarang... Aku perasan sangat yang mesej Khairul mula lain... Bukan lain ke arah negatif tapi... suatu mesej yang membuat dia selesa dengan aku... Ada sekali aku bertanya dia...
(Kenapa mesej awak dah lain sekarang ni?)
(Lain yang macam mana?)
(Em... lainlah)
(Sebenarnya saya dah lama tahu cuma...
Maaf saya... Sejujurnya saya kena juga bermesej dengan cara saya sendiri untuk menunjukkan diri saya yang sebenarnya... maaf... Tapi mesej sebelum ni bukan fake tau tu original dari hati saya ^-^)
(Oh macam tu okey...;)
Dan itulah jawapan dia walaupun tak berapa nak romantik...
Dan... Selama seminggu dia tidak bermesej dengan aku... Dan selama seminggu aku menunggu dia dalam kesepian... Sebab dia selalu luahkan perasaan yang marah , suka dan duka dia dekat aku. Tapi sekarang tiada tempat untuk aku berbual... Hanya ibu dan ayah je peneman aku... dan juga Ain. Perasaan aku kosong... Kami tidak pernah bersemuka dan aku tidak pernah mendengar suara dia dan apalagi dengan sikap dia... Takkan selama ni dia hanya mempermainkan aku... Tak aku pasti dia tak sejahat itu. Sebab selama 2 tahun dia mesej bersamaku.
"Mungkin dia sibuk tolong mak cik dia.." aku hanya memandang kosong ke arah tingkap sambil mendengar lagu 'Because it's you' - ASTRO. Ye... sama seperti diriku kerana dialah aku masih lagi menunggu dan kerana dialah aku hanya diam tidak bersuara... Aku rasa tak patut aku jadi macam ni.. Kesian Ain yang hari - hari layan aku tapi aku tak layan dia.
Okay! Give me a more energy so I can be happy tomorrow...
Share this novel