$ Keesokan harinya $
Dalam kelas ~
* Waktu Math *
"Bagus... jawapan kamu bertiga betul. Jadi , selama ni yang sio - sio den ajar kamu bertiga. So... murid - murid contohi pelajar yini..." Cikgu Aznil dan memberi pujian kepada kami.
Aku dan Ain pandang sesama sendiri tak sangka... Selama ni kita orang tak pernah riak tahap ni... *gurau* Aku dengan Ain senyum hingga ke telinga. Gembira bukan kepalang . Siapa tak gembira cikgu paling garang ajar korang lepas tu dia puji pula... Memang kembang habis...
Aku terus melihat Haziq yang dari tadi diam seribu bahasa dan tiada sebarang perasaan pun muncul di muka dia... Masih sama dengan Haziq yang baru masuk sekolah. Sakit ke? Dia tak terkesan langsung ke dengan pujian cikgu Aznil tadi. Aku terus memandang Ain disebelah dia pun sama macam aku merasai benda yang sama.
Waktu Rehat **
"Ain... Saya nak... pergi... T.A.N.D.A.S" Sya terus lari seribu langkah yang tak terkira. Belum sempat aku nak pandang dah lari. Tak tahan lah tu.
"Haih Sya... sya... tak tahan nak membuang pun... sempat eja lagi? Comel~" kataku yang baru sahaja mahu bangun dari duduk.
"Sebab tu aku suka dia~" haziq terus bangun dari duduknya.
"Hari ni aku tak ikut korang..." katanya dengan suara yang mendatar.
"Kau nak pergi mana?" kataku pelik... selama ni bukan main dia duduk dalam kelas.
" Jangan masuk campur hal aku" gedus dia sambil memandang ku dengan riak wajah yang dingin. Tindakan Haziq membuatkan aku terdiam dan menunduk ke bawah... Tanpa menunggu apa-apa soalan dari aku. Dia terus hendak melangkah keluar dari kelas.
" Haziq ~ gomawo.." kata ku dan memandang ke arahnya. Tiba - tiba langkahnya terhenti. Dia memandang ke arah wajaku sambil tersenyum.
" Kau ni... haih ~ Ar... gom..?" dia terus berfikir apa maksud aku tadi... Dengan gelagat dia membuatkan aku tersenyum.
" Terima kasih... sebab kau ajarkan kita orang math semalam..." aku mulakan bicara dengan senyuman nipis... sekurang - kurangnya dapat kurangkan dingin dia.
" Sama - sama. Aku pergi dulu... kalau ada apa - apa... jumpa aku dekat... bilik pengetua..." dengan nada yang teragak - agak dia terus keluar dari kelas.
"Bilik pengetua? Buat apa pergi sana? Haih tak payahlah masuk campur hal dia..." aku terus bangun dan hendak melangkah keluar...
"Kenapa dengan Haziq??" Sya yang keluar dari mana. Tiba - tiba menanyakan tentang keadaan haziq. Membuatkan aku terkejut.
" OI MAK KAU TERBALIK !" aku terus tutup mulut dan terus memandang Sya dengan perasaan marah. Sya ketawa terbahak - bahak nampaknya...
"His, Sya ni... selalu macam ni kan! Terkejut tau tak... Oh! Haziq dia... ah... dia ada hallah tu dengan pengetua. Biasalah budak baru...." aku terus mereka alasan yang aku sendiri tak tahu benda tu betul ke tidak... Sya yang masih di sisi hanya mengangguk tanda faham.
" Dahlah jom...." aku terus heret Sya ke kantin.
Bilik Pengetua :
" Haziq... nampaknya keputusan yang saya dapat... kamu negatif dadah. Tahniah!" Pengetua terus salam tanganku dengan senyuman. Aku sekadar senyum nipis sahaja.Tadi, memang aku gemuruh dapat tahu keputusan ujian darah tu hari ni... Tapi, buat apa aku nak takut memang aku kata tak ambil benda tu... jadi tak ambilah.
"Jadi... Haziq nama kamu telah dibersihkan di sekolah lama kamu dari terjebak dadah dengan keputusan darah kamu. Kamu nak pindah sekolah lama kamu balik ke?" Kata pengetua selepas merenggangkan salaman...
Soalan pengetua membuatkan aku terdiam. Mata ku tidak berkedip dan hatiku berasa tak tentu arah.
'Perlu ke aku pindah sekolah yang dah buang aku dengan mentah dan tak dengar langsung penjelasan aku. Heh, mimpi jelah aku nak balik dekat sekolah tu... Cukup dengan mimpi ngeri je..'
" Tak... saya tak akan pindah sana balik pengetua. Kalau tak ada apa - apa saya pergi rehat dulu" aku terus melangkah keluar dari bilik pengetua tanpa mendengar sebarang suara pun.
" Huh~~" aku menghela nafas panjang selepas tutup pintu bilik pengetua.
'Ha! Akhirnya, aku lepas dari masalah yang terbeban tu~ '
Haziq sebenarnya seorang budak yang baik dan aktif dalam bidang sukan. Bila dia di masukkan ke sekolah menengah, cikgu di sekolah tu masih ragu - ragu dengan kedatangan dan latar belakangnya. Bapa Haziq seorang banduan. Dan telah dilepaskan disebabkan dia masih berkawan dengan orang yang salah. Kehidupan keluarga Haziq kembali seperti dulu.
Bila bapanya ada di rumah membuatkan dia rasa rimas dengan benda bodoh tu. Dia terpaksa menebalkan mukanya untuk menanggung rasa malu dan terseksa. Sampailah maknya meninggalkan dia untuk selama dan abangnya semua berkerja. Di saat itu, rasa hormat dan sayang dah tak ada dalam hatinya untuk bapanya.
Di sekolah menengah, masa tu Haziq berumur 15 tahun. Dan cikgu semua bangga dengan sebab aktif sukan tetapi bukan dalam pelajaran yang selalu dia tinggalkan. Budak lelaki yang tak berapa nak matang tidak suka akan Haziq dan mereka membuar rancangan untuk cuba membuat kotor dekat Haziq sampai Cikgu tidak percayakannya.
Dan naik sekolah... Tiba - tiba Haziq dikhabarkan penghisap yang sama macam bapanya. Tetapi ketika itu, dia masih boleh lagi bertahan. Naik je tingkatan 5 budak semua jadi matang dan rancangan semakin matanglah. Mereka membeli beberapa paket dadah dan memasukkan ke dalam beg Haziq. (Orang kalau dah tak suka dia akan buat kita sampai dia puas hati...). Dan Haziq kena tangkap di sebabkan beberapa paket dadah yang mahal nilainya... Kerana latar belakang Haziq membuatkan cikgu semua percaya yang Haziq hisap dadah dan membawa dadah ke sekolah. Tanpa teragak - agak dia dibuang sekolah.
Dia memohon untuk memberi penjelasan dan dia suruh test sendiri... Dia nak membuat uji air kencing. Dan ye negatif... Tetapi , dengan masalah orang atasan tidak percaya. Dia terpaksa di tukar sekolah sambil menunggu ujian darah dibuat.
Memang sungguh sadis kisah dia....
Share this novel