6.15 pagi
Usai solat Subuh , aku terus bersiap untuk ke sekolah. Aku akan kuatkan diri untuk tidak takut dengan peristiwa semalam. Dalam sibuk - sibuk susun buku tiba - tiba aku terpandang payung semalam. Dalam fikiranku masih berfikir betul ke tindakan aku ni? Tanpa mendengar apa yang dia nak bagitahu? Salah ke kalau aku tak dengar penjelasan dia? Haih ~
Huh... Rasa bersalah pula. Apa yang patut aku lakukan. Sungguh keliru. Khairul? Lelaki yang bantu aku? Lelaki kedai kek? Rusing!!!
Aku berjalan kaki ke sekolah. Aku tidak tahu pagi ni kenapa macam tak ada mood. Hm... aku tarik nafas panjang dan fuhh!!
" Ha!! legapun..." aku menghembus nafas lega.
" Oi! kau senam ke!" kata lelaki di belakang ku. Aku pun secara automatik memusingkan badanku ke belakang untuk melihat empunya suara.
'Ah... Dia ni- lelaki yang tolong aku semalam '. Aku terus tatap lelaki yang datang dari mana ni. Aku tak tahu nak sambut dia macam mana... Senyum? Gembira? Say hai? Hm... tapi aku tak semesra itu. Kenapa dengan lelaki ni ceria sangat nampaknya... Siap lambai - lambai serta berikan senyuman manis lagi. Hari ni anugerah apa sampai lelaki ni senyum sampai ke telinga . Lelaki itu pula mula mendekati aku dengan senyuman yang belum pudar di bibir.
'Seram pula dengan dia ni... Buang tabiat apa? Pagi - pagi dah hadiahkan senyuman manis? Apa nak goda aku ke? Meh sinilah kalau boleh *tunjuk berani*'
Lelaki tu berhenti betul - betul di hadapanku. Aku terus tertunduk ke bawah tak boleh bertentangan mata dengan lelaki ni lama - lama tergugat iman... *rasa macam dah kalah je*
"Asal tak balas senyuman aku tadi?" haziq mula memandangku.
.....
"Arr... kau tak bersedia lagi nak cakap dengan aku? Alah... kalau macam ni lambatlah aku nak jadi kawan kau " Haziq mula bernada hampa.
'Kawan... tak terlintas dalam otak aku pun? Tetiba je lelaki ni? Wayar putus apa?'
Aku terus memandang tepat ke arah mata dia. Lalu , terus aku memulakan langkah untuk masuk ke sekolah... Aku merasakan ada makhluk jalan seiring dengan aku ...
Haih dia ni tak reti ke jalan sendiri..? Aku rasa janggal betul bila lelaki jalan sebelah aku... Rasa tak selesalah ~
" Hm... aku nak tanya... Sape yang belasah kau semalam? Sorry kalau aku tak dapat tolong... Er... bukan aku tak nak tolong tapi aku baru sampai masa tu..." Pertanyaan dia membuatkan aku terhenti seketika.
'Perlu ke aku bagi tahu dia? Penting ke dia sampai aku kena bagi tahu dekat dia? Tapi, masalah aku dengan gengster girl tu pun aku tak bagi tahu Ain... Harus ke Makruh...'
" Oi.. Oi... kau mengelamun apa?Aku tanya sikit je taknyahlah sampai Bangkok.. Lambatlah kau ni... Dahlah baik aku jalan.."
Haziq terus pergi meninggalkan aku yang masih rusing di buatnya...
Rehat~
"Ain... saya nak pergi perpustakaan kejap... nanti baru pergi kantin. Awak nak ikut tak? " Sya terus memecahkan lamunan aku yang dari tadi asyik memandang Haziq yang tak keluar rehat... (tapi pandangan aku lain ... bukan macam pandang crush tapi macam pandang musuh)
"Ah.. tak apa awak pergi dulu. Saya nak salin soalan matematik kejap." aku terus menulis soalan itu dengan tergesa - gesa.
" Ar.. okey" tanpa membuang masa Sya keluar dari kelas...
"Asal lah mamat ni tak keluar rehat? Nak tangkap basah dengan aku ke apa?" aku dalam dengan ada yang mengumpat. Dalam dia je...
" Kau mengumpat aku ye... Ingat aku tak dengar? " Haziq terus palingkan badan dia ke arah aku. Haih mamat ni... buat aku terkejut je...
" Sanalah aku tak nampaklah..." Aku terus memandang dia tak puas hati.
"Tak nak... Kau minta maaf dulu dekat aku sebab tadi kau mengumpat aku..." Haziq mula menjongketkan sebelah kanan keningnya.
"Kalau aku tak nak?" aku lawan dia balik.
" Hm... kalau tak nak... kau kena bagi tahu aku pasal budak yang ganggu kawan kau tu..?" Haziq terus senyum sengit.
"Budak? Oh..gengster girls tu.. Buat apa aku bagi tahu kau wajib ke?"
"Oi kau ni... Tak wajiblah... kalau wajib awal - awal lagi aku tanya. Ni Harus... tahu?" Haziq mula bernada tak puas hati.
" Kau kenapa tak puas ha-" baru je aku nak habiskan ayat pengawas bertugas kacau.
"Korang kenapa tak keluar dari kelas? Kan waktu rehat ni? Kalau korang tak keluar aku tulis nama korang?!"
"Aduh nak cakap, cakap jelah tak payah nak jerit - jerit... Alah.. soalan belum habis tulis lagi..." aku terus merungut tak tentu pasal bila keluar dari kelas. Kalau tak keluar nanti kena panggil dengan cikgu pula. Habis jatuh populariti aku nanti...
"Oi yang kau merungut tak tentu pasal kenapa? Nah ambiklah ni..." Haziq mula menghulu buku nota math.
"Buat apa?" aku tengok dia pelik. Entah dari mana datang.
"Makan... Salin lah aku punya soalan... Lagi pun esok tak ada math lusa baru ada.."
"Jadual mana yang kau tengok? Hari , esok lusa kan ada math? " aku mula pandangan lelaki ni tak puas hati... Kan aku cekik ada juga murid baru kena cekik dengan murid lama... lama sangat ke?
"Ar.. esok cikgu ada mesyuarat... Ar.. ambik jelah ni kau jangan banyak tanya.. nama kau Ain kan?" Haziq mula memberhentikan langkah dan beri buku tu ke tangan ku.
" Macam mana kau tahu?"
" Masa aku mula - mula nak pergi tempat duduk tu... nama kau yang paling pertama aku nampak sebab ada nur dekat situ and baru aku tahu nama kawan kau tu.." haziq mula memulakan perjalanan dia ke kantin.
"Aku nak jadi kawan korang boleh.." pertanyaan dia terus memberhentikan langkahku.
"Hah?!"
" Asal tak boleh ker?" Haziq terus memandang aku...
"Hm.. tak payah lah..."
"Alah bolehlah... please" Dia buat muka berharap.
"Hm... di sebabkan nama aku yang paling pertama kau nampak... Aku terima kau jadi kawan aku-"
"Yeah!!!" dia mula jerit macam orang gila.
"Oi sabolah tapi Sya aku tak tahu dia nak tak kawan dengan kau...?"
"Kau pujuklah dia..." Dia terus pandang aku dengan mata bersinar...
"Tengoklah nanti.." aku terus jalan tak menghiraukan dia.
"Pujuk tau... tau" Haziq mula kejar aku dari belakang...
(Dia memang minta peyepak tau...)
Share this novel