BAB 12

Romance Completed 12108

Usai menunaikan solat Subuh, Nur, Ila dan Isma berkampung di dalam Grand Ballroom.

Walaupun tidak kreatif mereka cuba membantu sedaya yang mungkin.

Tapi Nur cuma akan dibantu sehingga pukul 9 pagi kerana mereka berdua perlu menghadiri aktiviti jabatan.

Dari tadi Redza cuba menghubungi Nur tapi tidak berjaya.

Malas menunggu dia turun ke lobi.

"Abang bos hensem, kak Nur ada dalam sana," Ila menunjukkan arah Grand Ballroom.

Nur sedang memanjat tangga menggantung perhiasan.

Perlahan-lahan Redza menghampiri Nur.

Pintu masuk Grand Ballroom telah disekat supaya tidak ada orang yang boleh keluar dan masuk.

Nur terlalu sibuk untuk menyedari apa yang berlaku.

"Nur," panggil Redza.

Mendengar namanya dipanggil, Nur melihat ke bawah.

"Awak," cepat-cepat Nur turun.

Kerana tergopoh-gapah, dia hampir terjatuh tapi sempat disambut Redza.

"Awak ni,"

"Sorry,"

"Apa awak buat kat sini?" tanya Nur.

"Saya yang patut tanya apa awak buat kat sini,"

"Bukan ke kita dah janji..."

Nur memegang tangan Redza.

"Redza, saya tahu awak tak nak saya buat semua ni, tapi please biar saya cuba buat dulu,"

"Saya tak nak mengalah sebelum mencuba,"

"Apalah sangat kena hias dewan ni," Nur cuba membela diri.

"Dari pukul berapa awak kat sini?" tanya Redza.

"Lepas Subuh,"

"Dah makan?"

"Belum,"

Redza memesan makanan dan minta di hantar ke sana.

Redza diam.

"Awak, cakaplah dengan saya," pujuk Nur.

"Tak nak, awak tak cakap pun dengan saya awak nak buat ni,"

"Saya nak, tapi saya tak nak ganggu awak,"

"Saya tersangatlah nak,"

"Macam semalam, masa saya kena kacau, saya asyik doakan awak datang and tolong saya,"

"Such a miracle, awak datang and selamatkan saya,"

"Tq Redza," satu kucupan dihadiahkan ke pipi Redza.

Redza senyum.

"Awak tahu, awak paling hensem masa senyum," bisik Nur perlahan.

"Jom saya tolong awak hias dewan ni,"

"Eh takpe ke?"

"Kenapa pulak tak boleh, kita satu team kan?"

Nur bahagia.

"Awak nak hias macam mana?" tanya Redza.

"Saya nak buat 3 panel, satu kat stage, satu kat pintu masuk and satu lagi kat photo booth,"

"Awak pandai melukis tak?" tanya Nur.

"Mana boleh bagitahu awak," usik Redza.

"But judging from your jari-jemari saya hanpir pasti awak pandai melukis,"

"Awak tolonglah sayaa lukis ni, saya lukis rumah masa Pendidikan Seni dulu pun pakai pembaris tau," Nur merayu.

Redza mencapai pensil dan mula melukis.

Dia sangat fokus.

Nur hanya menemaninya.

2 sandwich dan air telah dihantar seperti dipesan.

Nur mengambil dan meletakkannya di hujung stage.

"Awak makanlah dulu," kata Redza.

"Tak nak, nak tunggu awak,"

"Sikit lagi, nanti kita makan ya,"

Selepas 40 minit, Redza telah siap melakar panel di atas stage.

Nur hanya memerhatikan tingkah lakunya.

Redza sedar dirinya sedang diperhatikan.

"Dah-dah la tu tengok saya,"

"Seganlah,"

Nur hanya tersengih.

Dia memeluk Redza dari belakang.

"Nasib ada awak, kalau tak saya macam mana,"

"Awak jangan jemu ya datang selamatkan saya,"

"Maksudnya awak nak cari masalah lagi?"

"Tengoklah dulu macam mana,"

"Tsk...sampai hati,"

Nur pura-pura merajuk dan melepaskan pelukan.

"Hey, ye saya janji saya takkan jemu selamatkan awak,"

Redza menarik Nur rapat di dalam pelukannya.

Dia mencium dahi Nur.

Nur memejamkan mata.

"Sayang, tolong jangan berubah,"

"Saya nak awak sentiasa jadi orang yang boleh menenangkan dan menyenangkan saya," pinta Redza.

"InsyaAllah," balas Nur.

Mereka menghabiskan sarapan dan meneruskan kerja sehingga lewat tengahari.

Setelah bertungkus lumus semuanya telah siap bagaikan dirancang.

Boleh dikatakan 70% kerja disudahkan Redza.

Nur hanya membantu apa yang perlu sahaja.

Siap mendekorasi, Redza terbaring letih di atas lantai.

Nur mengampu kepala Redza dan meletakkan di atas pahanya.

"Thanks awak tolong saya,"

"Nak upah,"

"Upah apa?"

"Keluar tengok wayang dengan saya,"

"Tapi sebelum tu, saya nak upah ni," Redza menunjukkan pipinya.

Nur faham permintaan Redza.

Sebuah kucupan diberikan di pipi hadiah pertolongan Redza.

"Nur, lepas ni saya akan ambil tindakan atas penyalahgunaan kuasa Puan Rokiah,"

"Am telling you in advance so that you don't feel bad,"

"Tapi,"

"Takde tapi-tapi sayang, saya tak nak benda-benda macam ni berlaku lagi,"

"Lebih-lebih lagi dia buli buah hati saya,"

"Berani dia,"

"Nanti dia kata saya manja,"

"Biarlah awak memang manja saya,"

"Eii gelilah,"

"Redza awak jangan marah, saya nak tanya something,"

Redza bangun dan duduk menghadap Nur.

"Awak ingat tak, dulu masa kita tengah ada discussion ada sorang perempuan ni masuk, lepas tu awak terus bad mood,"

"Boleh Nur tahu siapa dia,"

"Nur tak nak jadi orang ketiga,"

"Sayang awak bukan orang kedua, ketiga, keempat,"

"No,"

"Selamat saya hidup ni, awaklah orang pertama yang ada dalam hati saya,"

"Yang buat hidup saya tak keruan,"

"Actually perempuan tu dulu adalah staf kita, saya kenal dia masa mula-mula masuk sini,"

"Dia uruskan CSR,"

"Maksudnya, dia pun pergi Sunway Lagoon dengan awak?" Nur memotong cakap Redza.

"Tak,"

"Kalau awak nak tahu, itulah kali pertama saya jejak Sunway Lagoon, selamatkan orang hampir lemas, gelakkan orang yang geli dengan ular,
kongsikan baju, belikan towel and selendang,"

Nur hanya senyum.

"Semua detail awak ingat eh,"

"Lelaki takkan ingat perkara-perkara yang tak penting, so bila dia ingat tu, tandanya orang tu mesti special,"

"Saya harap awak tak salah faham pasal perempuan tu,"

"Saya serius dengan awak,"

"Apa pun jadi lepas ni, saya mintak awak percayakan saya Nur,"

Nur mengangguk.

"Redza, awak jangan serik yakinkan saya kalau saya salah faham or menjauh dari awak,"

"Saya takut jatuh cinta,"

"Saya takut saya kecewa,"

"Saya tak sanggup nak lalui episod luka lagi,"

"InsyaAllah Nur,"

"Balik nanti, saya nak jumpa mak awak,"

"Saya nak bagitahu dia, saya nak jadi anak lelaki dia,"

"Saya nak jaga dia and anak dara dia,"

"Kalau mak tak bagi macam mana?"

"Saya culik awak, simpan dalam beg,"

"Muat ke beg tu?"

Mereka ketawa.

"Jom kita naik mandi, lepas tu turun makan tengahari sama-sama ya,"

Nur dan Redza berpegangan tangan menuju ke lif.

Redza enggan melepaskan Nur.

"Saya dah sampai ni,"

"Awak tak nak lepaskan tangan ke?"

"Tak nak,"

"Janganlah macam tu,"

"Jom mandi,"

"Jom," Redza mula mengusik.

"Redzaaaaa,"

"Maksud saya, awak mandi kat bilik awak, saya mandi kat bilik saya," Nur menjelaskan.

"Nanti jumpa kat bawah ya,"

"Janji dengan saya,"

"Ye, saya janji,"

"Bye sayang,"

"Bye love,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience