BAB 5

Romance Completed 12108

Disebabkan tiada pilihan, Nur hanya menurut dan sama-sama berbaris.

"Akak nanti duduk kat belakang Luqman tau,"

"OK," jawab Nur.

"Awak masuk dulu," suruh Redza kepada Nur.

Selesai semua orang mengambil tempat. roller coaster mula bergerak perlahan meninggalkan stesen.

Lama-kelamaan makin laju, dan laju sehingga nak tercabut selendang Nur.

Benar telahan Nur, selendangnya pasti tertanggal kerana ditiup angin.

Sekali lagi Redza menyelamatkan keadaan.

Sempat dia menyambar selendang Nur sebelum terbang dan hilang.

Sekarang rambut Nur terdedah dan dia tidak dapat berbuat apa-apa.

Hanya redha.

Setelah beberapa kali pusingan, roller coaster akhirnya berhenti.

"Nah selendang awak," hulur Redza.

"Thanks,"

Redza memandang Nur tidak berkedip.

"Janganlah pandang, aurat saya,"

"Sorry," terus Redza mengalihkan pandangan dan membelakangkan Nur.

"Hahahaha, tudung akak tercabut ke?" Luqman memang pandai bab-bab mengantoikan orang.

"Kita pergi tengok binatang nak?" ajak Aimi budak perempuan yang dari tadi hanya memerhatikan Nur dengan muka tak puas hati.

Mungkin sahaja marah kerana Nur dan Redza bersama-sama menaiki roller coaster.

"Ok jom," Redza setuju.

Semua kumpulan bergerak dan melawat Wildflife Park.

Nur tidak begitu mengemari melihat ular dan serangga-serangga kecil.

Terasa seperti makhluk-makhluk itu sedang menanti untuk melata diatas dirinya.

Memikirkannya sahaja sudah cukup untuk membuat bulu roma Nur berdiri.

Nur menemani kumpulannya berjalan-jalan.

Tidak jauh dari situ adalah kumpulan Redza.

Kini dia terpaksa berhadapan dengan ketakutannya.

"Budak-budak ni relax je sentuh ular tu, tak geli ke?" Nur hanya bermonolog dalaman.

Makin lama dia makin menjauhkan diri.

Angin tiada ribut tiada, Nur makin ke belakang.

Menjauhi kumpulannya.

Tiba-tiba dia rasa ada sesuatu diletakkan ke bahunya.

Bunyi berdesir yang selama ini dia paling takut makin lama makin jelas.

"Tak nak...tak nakkkk...." jerit Nur sambil menepis-nepis bahunya.

Sungguh dia ingin menangis.

Dia makin berundur ke belakang dan melanggar Redza yang berada di belakangnya.

Tanpa membuang masa Nur mencari perlindungan di belakang Redza.

"Awak saya tak nak, saya takut," kuat sekali cengkaman Nur.

Makin takut Nur, makin galak orang itu mengusik Nur dengan ular.

Redza hanya mengenyitkan mata pada penjaga ular itu.

Seronok gamaknya mereka melihat Nur takut begitu.

"Dah-dah lah tu kan dia takut tu," tegur ustazah Salmi yang perasan Nur hampir menangis.

Redza hanya ketawa.

Nur geram.

Patutnya Redza melindunginya.

Tapi dia ikut sekali mempermainkan Nur.

Nur terduduk, dia menekup mukanya.

Dia mahu menangis.

Redza rasa serba salah.

Dia berhenti ketawa.

Puas hatinya, akhirnya dia jumpa apa yang paling ditakuti Nur.

Nur berlalu dan memasuki tandas.

"Abang ni jahatlah, kan kak Nur takut, apalah abang ni," kali ini giliran Luqman memarahinya.

Selepas mencuci muka dan tangan, Nur keluar.

"Jom Luqman," cepat sahaja dia mencapai tangan Luqman.

Sedikit pun dia tidak memandang Redza.

Budak-budak lain masih lagi leka melihat semua haiwan.

"Jom Luqman belanja akak aiskrim," kata Luqman cuba menceriakan suasana.

"Abang jom beli aiskrim, Luqman belanja, tapi abang yang bayar,"

"Tak payahlah suruh dia, akak pun ada duit,"

"Mana boleh, dia yang buat akak menangis,"

Redza garu kepala yang tidak gatal.

Patutnya dia tidak mengusik Nur begitu.

Luqman dan Nur sedang memilih aiskrim.

Nur baru menghulurkan not RM 10 tapi ditarik Redza.

Dia mahu menebus kesalahannya dengan membayarnya.

Malas mahu melayan, Nur hanya berlalu pergi dengan Luqman.

"Cepatlah abang," panggil Luqman.

Redza hanya menunjuk jarinya ke arah Nur yang mungkin sahaja merajuk.

Luqman berhenti berjalan dan menunggu Redza.

Dia berpegangan tangan dengan Redza dan Nur.

Mereka bertiga berjalan bagaikan sebuah keluarga.

Nur yang menyedari Redza di hujung sana mahu melepaskan tangan.

"Janganlah kak, dah lama Luqman tak jalan macam ni,"

Tidak sampai hati pula Nur mengecewakan anak tidak berdosa itu.

Jadi dia tetap memegang tangan Luqman.

Mereka beralih ke arah permainan lain.

"Abang pandai tembak tak?"

"Mestilah,"

"Jom kita main ni eh,"

Redza memang handal bab-bab menembak tepat ni.

Luqman beria-ria melompat-lompat setiap kali dia berjaya menjatuhkan pin dan mendapatkan mata.

Hadiahnya adalah alat permainan dan patung yang comel.

Luqman hanya mengambil alat mainan dan enggan mengambil patung.

"Nah ni untuk awak," Redza memberikan patung itu kepada Nur.

"Takpe terima kasih Encik Redza,"

Rajuknya masih belum reda.

Malas dia mahu melayan.

Nur membuat keputusan untuk ke kumpulan Ustazah Salmi.

"Abang nak patung tu," tunjuk Aimi kepada patung yang dipegang Redza.

Nur menoleh.

Redza berat hati mahu menyerahkannya.

"Tapi patung ni bukan abang punya," dia memutuskan untuk memberikan patung itu kepada Nur dan memberikan benda lain kepada Aimi.

Puas bermain seharian, semua budak-budak dikumpulkan untuk makan malam sebelum bertolak balik.

"Seronok tak hari ni?" tanya Redza kepada semua.

"Seronok sangat," jawab semuanya.

"Cakap terima kasih pada abang Redza dan kak Nur semua," suruh Ustazah Salmi.

"Terima kasih abang dan kakak," patuh semuanya.

"Sama-sama" jawab Nur.

Walaupun dia letih, tapi dia gembira.

Rasanya ini adalah saat paling gembira hidupnya.

Dapat membuat sesuatu yang bermakna.

Lawatan ini akhirnya berakhir.

Setelah semua anak-anak mengambil tempat masing-masing, Nur juga turut mencari tempat kosong.

Semuanya telah penuh dan hanya tinggal satu kerusi kosong.

Disebelah Encik Redza semestinya.

Dia hanya duduk dan memandang depan.

Tidak sampai 5 minit Nur terlelap.

Mana tidaknya, seharian dia melayani Luqman dan kumpulannya, hampir lemas dan menangis kerana takutkan ular.

Bas membelok dan kepala Nur tanpa sokongan terhoyong-hayang.

Redza melihat situasi itu dan mengambil kepala Nur dan direhatkan dibahunya.

Sekejap-sekejap dia melihat muka Nur berkerut seperti menahan sedih.

"Mesti sebab aku usik dia dengan ular tadi," katanya perlahan dalam hati.

Nur terkejut.

Dia bangun dan mendapati dia di dalam bas.

Kemudian dia tidur semula.

Nur lena dari mula perjalanan sehingga selamat sampai Rumah Perlindungan Darul Iman.

Suasana bas yang hinggar binggar sewaktu mula-mula berlepas tadi tidak langsung sama dengan perjalanan pulang ini.

Semua anak-anak tertidur keletihan.

"Nur...Nur...bangun, kita dah sampai," Redza mengejutkan Nur.

Nur bangun dalam keadaan kepalanya masih diatas bahu Redza.

"Kenapa awak tak tolak je kepala saya?" Nur membetulkan tengkuknya.

"Terima kasihlah Nur, Redza, bawak anak-anak ini semua,"

"Semoga Allah yang membalas jasa baik kamu,"

"Takde apa kak, kami hanya menjalankan tugas yang diamanahkan syarikat.

"Kakak," panggil Luqman.

Dia berlari dan memeluk Nur erat.

"Nanti kakak datang lagi ya," dengan esakkan dan air mata.

"InsyaAllah, Luqman belajar rajin-rajin ya,"

"Dengar cakap Ustazah and cikgu-cikgu kat sini,"

"Nanti bila ada masa akak datang melawat," sebak hati Nur.

Walaupun perkenalan mereka tidak lama tapi Nur terasa sedih mahu berpisah selepas meluangkan masa seharian bersama.

"Ibu-bapa Luqman terkorban dalam kemalangann jalan raya, dialah satu-satunya yang terselamat," kata Ustazah Salmi.

"Sebab tu dia manja sikit,"

"Takpe ustazah saya tak kisah,"

"Berkenan betul dia dekat kamu,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience