BAB 4

Romance Completed 12108

Setelah siap semuanya menukar baju mandi, Nur dan Encik Redza membawa semua anak-anak ke kolam mandi terdekat.

"Luqman nak mandi kat sana,"

"Luqman pandai berenang ke?"

"Pandai,"

"Kak Nur pandai berenang tak?"

"Kak Nur tak pandai,"

"Kita mandi dekat-dekat sini jelah ya Luqman,"

"Akak jangan risau Luqman pandai berenang. Dulu mak dengan abah selalu bawak Luqman pergi berenang,"

Kemudian dia berenang ke tengah tanpa masalah.

Mujur budak-budak yang lain hanya bermain di gigi air dan tidak menuju ke tengah.

Tidak berkedip mata Nur memerhatikan Luqman.

Risaunya bukan kepalang.

"Apa yang awak tenung tu,"

Nur kenal suara itu.

Suara Encik Redza.

"Saya nak pastikan Luqman selamat,"

"InsyaAllah dia selamat,"

"Luqman....Luqman..." baru dua saat dia mengalihkan pandangan kerana berbual dengan Encik Redza Luqman hilang dari pandangan.

Nur berjalan menuju ke tengah kolam walaupun dia sendiri tidak pandai berenang.

Kini Nur pula terkapai-kapai dan hampir lemas.

Encik Redza yang melihat keadaan itu segera berenang dan menarik Nur.

Kaki Luqman kejang dan dia telah diselamatkan oleh penyelamat yang sentiasa berjaga di tepi kolam.

"Nur...Nur... awak OK? tanya Encik Redza.

Nur tidak segera menjawab.

Dia dalam keadaan terkejut.

Nur hanya mengangguk.

"Awak tak boleh berenang tapi awak pergi sampai ke tengah,"

"Awak nak bunuh diri ke?" keras nada Encik Redza.

Jatuh air mata Nur.

"Maafkan saya,"

Nur bangun dan mendapatkan Luqman.

"Luqman...kan akak dah cakap jangan pergi jauh-jauh, kalau Luqman lemas tadi akak macam mana?"

Nur memeluk Luqman lama.

"Kaki Luqman kejang akak,"

"Kenapa akak jalan ke tengah," soalan cepu emas dari Luqman.

"Nak selamatkan Luqman lah kenapa lagi?"

Teresak-esak Nur menangis.

Luqman bangun dan menyapu air mata Nur.

"Akak janganlah menangis, Luqman salah. Akak berhenti menangis ya," kali ini giliran Luqman memujuk Nur.

Habis basah baju Nur.

Sudahlah dia tidak membawa baju spare.

Manalah dia tahu yang mereka akan ke Sunway Lagoon.

"Nah, tukar baju tu," Encik Redza menyuakan beg yang berisi baju bersih.

Nur tiada pilihan dia hanya menyambut pemberian bosnya walaupun dia masih berkecil hati ditengking.

"Kejap saya belikan awak towel,"

"Takpe saya beli sendiri,"

"Jangan degil, tunggu sini saya belikan,"

Tidak lama kemudian Encik Redza muncul dengan towel dan sehelai selendang.

"Nah, pergi mandi sekarang,"

Nur selesai membersihkan diri.

Terpaksa dia mengeringkan rambut yang juga basah.

Dia memakai seluar dan kemeja lengan panjang bosnya.

Mujur muat kalau tak, malu lagi.

"Apalah yang malang sangat ni?"

"Baru 1st time outing dengan bos aku dah pakai baju bos, kena jerit, siap nak lemas bagai," Nur mengetuk-ngetuk kepalanya.

Selepas rambutnya sedikit kering Nur mengenakan selendang yang diberikan Encik Redza.

Dia melangkah keluar dan tercari-cari kumpulannya.

Bahu Nur diketuk.

"Budak-budak semua tengah makan bawah khemah,"

Nur mengangguk.

Nur mahu berjalan ke khemah tapi langkahnya terhenti.

Tali beg Nur ditarik.

Nur menoleh ke arah Encik Redza.

"Kenapa?"

"Awak marah?" tanya Encik Redza.

"Taklah," jawab Nur.

"Mana mungkin awak tak marah, awak tak pandang muka saya pun,"

Nur hanya memandang lantai.

"Saya mintak maaf, saya terkejut,"

"Saya tak patut tengking awak tadi,"

"Saya tak tahu awak nampak Luqman lemas,"

"Takpelah, salah saya jugak. Terima kasih selamatkan saya,"

Nur senyum.

Lega hati Redza melihat Nur kembali ceria.

"Kakak, abang cepatlah. Jom kita makan,"

"Lamanya akak mandi,"

"Luqman penat tunggu akak sampai lapar, abang je yang sanggup,"

"Siapa ntah punca akak kena mandi," Nur menyakat Luqman.

"Jomlah kita makan," Luqman cuba mengubah topik.

"Encik Redza tak makan lagi?" Nur serba salah.

Encik Redza hanya menggelengkan kepala.

"Saya tunggu tuan puteri kayangan habis bersiram," dia cuba berjenaka.

"Sorry saya kalau mandi memang lama, nak keringkan rambut lagi," Nur membuat penjelasan.

"Takpe, saya usik awak je,"

"Nur, panggil saya Redza je, tak payah lah berencik-encik bagai,"

"Tapi, encik bos saya,"

"So what?"

"Okay Encik,"

Encik Redza angkat kening.

"Ops sorry dah terbiasa,"

"Lain kali sebelum nak lemas bagitahu saya ya, jangan buat saya terkejut macam tu lagi,"

Nur memuncungkan mulutnya.

"Yelah-yelah lepas ni saya main kat pasir je,"

Mereka menuju ke khemah untuk makan tenghari.

"Nur tak apa-apa? Ya Allah ustazah mintak maaf sangat," Ustazah Salmi mendapatkan Nur.

"Nur OK,"

"Mujur ada Redza,"

"Luqman cepat minta maaf dengan abang dengan kakak,"

Luqman datang dan bersalam dengan Nur dan Redza.

"Luqman minta maaf ya kakak, abang,"

"Takpe, lain kali jangan mandi jauh-jauh ya, akak tak boleh selamatkan Luqman kalau jadi apa-apa,"

"Takpe lain kali kalau nak mandi ajak abang OK,"

"Abang boleh berenang," kata Redza sambil mengenyit mata kepada Luqman.

"Akak suap," Luqman kembali bermanja dengan Nur.

"Nah," Nur menyuapkan KFC ke mulut Luqman.

"Kakak suaplah abang jugak, kan abang selamatkan akak tadi,"

"Taknaklah dia marah akak tadi," Nur mengungkit.

"Hurm yelah, saya tukar meja,"

"Ehhh, janganlah, saya gurau je," pantas Nur menghalang Redza.

"So mana ayam saya?"

Nur memandang Redza pelik.

Redza mahu disuap seperti yang dicadangkan Luqman.

"Janganlah, malulah saya nanti Ustazah Salmi nampak,"

"Cepatlah dia tak pandang sini," Redza menggesa.

Pantas Nur mencubit ayam dan menyuap Redza.

"Macam budak-budaklah awak ni,"

"Yeayyyyyy, kakak suap abang makan ayam," Luqman bersorak gembira.

Segera Nur memekup mulut Luqman.

"Janganlah kantoikan akak Luqman," Nur berbisik.

Redza dan Luqman ketawa.

"Luqman give me five," pinta Redza.

"Lepas ni kita naik roller coaster nak kak?"

"Tak nak lah,"

"Ala kenapaaaa?" mendayu-dayu bunyinya.

"Nanti selendang akak tercabut,"

"Akak pinlah ketat-ketat,"

"Amboi budak ni,"

"Awat takut ke?"

"Taklah kenapa pulak saya takut, saya cuma tak nak rambut saya bertukar jadi hantu kak Limah je japgi"

"Kalau macam tu jom kita naik,"

"Nanti Luqman duduk dengan kawan ya,"

"Abang nak duduk dengan kakak, boleh?"

"Boleh,"

"Tapi...tapi...saya tak nak,"

"Awak takde pilihan, takkan saya nak ajak Ustazah Salmi pulak?"

"Jomlah,"

Nur tiada pilihan.

Nak dilawan bos.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience