BAB 10

Romance Completed 12108

Kesemua enam buah bas selamat tiba di resort.

Setiap orang dikehendaki berkongsi bilik.

Nur, Ila dan Isma berkongsi bilik bersama-sama.

"Nur Batrisya," panggil Puan Rokiah.

"Ya Puan, jangan lupa malam ni awak dah kena start hias dewan tu, kalau tak tak sempat nanti,"

"Baiklah," Nur hanya mengangguk lemah.

"Nur ada membawa beberapa barang untuk hiasan,"

"Bagus, jangan kecewakan saya,"

Nur mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Apa mak cik tu nak dari akak?" tanya Ila.

Nur berbisik kepada Ila.

"Haaaaa? Beratus ribu orang ada kat sini akak kena hias sorang? Gila ke apa?" kuat sekali Ila berkata-kata.

Isma dan Nur menekup mulut Ila dan mengheretnya keluar dari lobi hotel.

"Abis tu akak nak buat sorang-sorang?"

"Korang kan ada?"

"Korang kan baik?"

"Ila memang nak tolong akak, tapi bos Ila cakap kitaorang ada perjumpaan malam ni,"

"Ila ponteng demi akak,"

Hanya Isma harapan Nur sekarang.

"Jarang risau aku tolong kau apa yang termampu,"

"Thank you kak," mahu sahaja Nur mencium Isma sekarang.

"Dah lah jom kita naik rehat,"

"Kejap lagi nak turun deco bagai,"

Mereka semua masuk bilik dan turun semula untuk makan tengahari.

Selepas itu adalah aktiviti bebas.

Nur, Ila dan Isma berjalan-jalan disekitar pantai.

"Panas tapi berangin,"

"Seronoknya kalau mandi ni," kata Ila.

Ila menarik Nur ke tengah laut.

Nur menjerit.

"Kenapa akak?"

"Akak takut lemas," cepat-cepat Nur lari menjauhi pantai.

Sakit kepalanya.

"Dah lah akak nak naik bilik," Nur benar-benar sakit kepala.

Dunia ini berpusing 360 darjah.

"Akak janganlah marah, Ila mintak maaf,"

Nur menyemburkan air ke arah Ila,"

"Tak lah akak tak marah,"

"Lagi satu akak tak suka pantai,"

"Akak cepat gelap,"

"Hahahaha, ada-ada je akak,"

"Jalan baik-baik kak, nanti kami balik,"

Isma dan Ila memutuskan untuk berendam.

Nur berjalan ke biliknya seorang diri.

Dari jauh dia nampak kelibat Redza sedang berbual dengan seseorang di lobi.

Nur hanya berjalan melepasi mereka.

Dia mahu baring secepat mungkin.

Sedang dia menunggu lif, Redza datang menyapanya.

"Kenapa?"

"Saya sakit kepalalah awak,"

"Ada panadol?" tanya Redza.

"Ada kat bilik,"

"Naiklah berehat,"

"OK, bye Redza,"

Bila mereka berdua, Nur menyingkirkan gelaran kehormat bosnya.

Nur tertidur sehingga Maghrib.

Cepat-cepat dia bangun dan mandi, menunaikan solat sebelum terlepas waktu.

Ila dan Isma juga sedang terbongkang tidur.

Entah bila mereka balik.

Nur benar-benar tidak sedarkan diri.

Nur mengejutkan mereka berdua.

"Korang bangun mandi,"

"Dah nak habis Maghrib,"

"Terkocoh-kocoh dua orang itu bangun dan mengambil wuduk,"

Siap mereka membersihkan diri, Ila, Nur dan Isma turun ke bawah untuk makan malam.

Nur tidak terus ke dewan makan, dia singgah ke receptionist dan bertanya arah ke Grand Ballroom.

"Jalan terus, ke kiri, pintu sebelah selatan,"

"Terima kasih," kata Nur.

"Aku dah la tengah pening kepala, siap pintu ada utara selatan pulak,"

"Nur tidak kuasa mengingati ilmu geografinya,"

"Eh, kak Isma mana kak Nur?"

"Tadi ada,"

"Entah, laparnya lepas berendam,"

"Tapi kak Nur,"

"Kejap lagi datanglah dia tu,"

Isma menarik tangan Ila dan menuju ke meja bufet.

**********************
Nur membuka pintu Grand Ballroom.

Terlopong mulutnya.

"Bapak besar dewan ni,"

"Aku nak hias macam mana?"

Nur memandang kertas hiasan ditangannya.

"Mana cukup ni,"

Nur terduduk di atas karpet.

Dia ingin menangis.

"Hah, jumpa pun awak, so awak dah start decorate ke?"

Nur menoleh dan mendapati Puan Rokiah berada dibelakangnya.

"Belum, saya baru datang tengok,"

"Mana bahan awak?"

Nur menunjukkan plastiknya.

"Awak tau kan tak cukup?"

"Pandai-pandai awaklah," Puan Rokiah menepuk bahunya sebelum berlalu pergi.

Nur melangkah lemah.

Kalau tak salah Nur, dia terlihat kedai menjual alat tulis sewaktu bas melepasi selekoh sebelum sampai ke hotel ini. Jam sudah menunjukkan
pukul 8.30 malam.

Nur perlu cepat sebelum kedai tutup.

Nur terfikirkan Ila dan Isma.

"Mesti dorang tengah makan sekarang,"

"Takpelah aku pergi sorang-sorang,"

Nur menyakinkan diri.

Dia mula berjalan menuruni bukit resort seorang diri.

"Mana kak Nur ni?" Ila mula risau.

"Kak Isma ni asyik makan je,"

Ila dapat mengesan Redza dari jauh.

Laju sahaja dia menyusun langkah mendapatkan Redza.

"Abang," panggil Ila.

"Eh salah abang bos," tersasul-sasul Ila bercakap.

"Ya, ada apa?" Redza teringat peristiwa di kafeteria tempoh hari.

"Abang...eiii...salah lagi, bos nampak kak Nur tak? Tadi kami turun sama-sama, nak makan, pastu dia tak datang-datang,"

"Lama Ila tunggu dia,"

"Mak cik bermuka bengis tu suruh kak Nur hias dewan sorang-sorang," Ila menunjukkan jarinya ke arah Puan Rokiah.

"Kesian Kak Nur,"

"Ila tak boleh tolong dia, ada perjumpaan jabatan malam ni,"

Redza sendiri tidak tahu Nur diberi tugas begitu.

Dia mengeluarkan telefon dan mendail nombor Nur.

Panggilan tidak dapat bersambung.

Line telefon di resort ini agak nazak.

Redza meninggalkan dewan makan.

Dia mempercepatkan langah menuju meja receptionist dan mendail nombor bilik Nur.

Hampa. Tidak berjawab.

Kali ini dia menuju ke Grand Ballroom.

Yang ada hanya plastik yang dipenuhi bahan hiasan.

Kali ini Redza berlari menuju ke lobi.

Dia bertanya joki sama ada mereka nampak kelibat Nur.

Menurut mereka ada seorang gadis berjalan kaki ke bawah resort.

Redza tidak percaya Nur seberani itu.

Dia mendapatkan sebuah kereta dan turun mencari Nur.

Redza kelihatan cemas.

Matanya mencari-cari Nur.

Dadanya berdebar-debar.

Peluh jantan mula membasahi dahinya.

Tapak tangannya sejuk.

Sudah dua kali dia berpusing.

Nur masih juga tidak kelihatan.

Tiba-tiba dia ternampak sekumpulan budak lelaki berkumpul.

Dia memberhentikan kereta.

Dan berjalan mendekati kumpulan itu.

Dia dapat mendengar suara Nur.

"Tepilah,"

"Jalanlah, siapa halang?"

"Macam mana aku nak lalu kalau korang penuh macam ni?"

Redza melihat kereta peronda di belakangnya.

Dia tiada pilihan dan terpaksa menahan peronda tersebut.

Setelah menerangkan keadaan, pegawai peronda tersebut memberikan kerjasama.

Sebaik sahaja siren dibunyikan, lintang pukang semua yang berkumpul lari.

Tinggal Nur seorang diri.

Lemah lutut Nur.

Dia terduduk di kaki lima.

Nur mula menangis.

"Nur," Redza memegang bahunya.

Nur mengangkat kepala dan terus berdiri memeluk Redza.

Hilang sudah malunya.

Nur menangis teresak-esak.

Redza berterima kasih kepada pegawai peronda yang telah membantu mereka.

"Apa awak buat ni?"

"Awak tahu tak bahaya keluar malam sorang-sorang macam ni?"

"Kalau saya tak jumpa awak tadi macam mana?"

Lembut tutur kata Redza.

Walaupun tadi hatinya bagai mahu merekah kerana terlalu marah.

Melihat Nur menangis begitu, hilang marahnya.

"Say...saya pergi beli barang hiasan," dalam teresak-esak Nur menyusun ayat.

"Lepas tu rempit-rempit bodoh tu datang,"

"Saya nak lalu tapi dorang halang,"

"Saya takut,"

"Tahu pun awak takut,"

"Dah jom masuk kereta,"

Redza memimpin tangan Nur ke kereta.

Dapat dia rasa betapa mengigilnya Nur.

Redza menguatkan gengagaman.

"Nur, awak dah selamat,"

"Jangan takut,"

Nur masih lagi menangis.

"Saya tak tahu apa salah saya, dari saya masuk sampai sekarang Puan Rokiah tu ada je benda tak kena dengan saya,"

Nur meluahkan isi hatinya.

"Tadi dia datang tengok dewan lepas tu suruh saya pandai-pandai siapkan dewan,"

"Saya dah la tak kreatif,"

"Macam mana saya nak hias dewan bsar tu sorang-sorang,"

Nur masih lagi menangis.

Redza hanya mendengar luahan pembantunya.

"Kenapa awak tak bagitahu saya dia suruh awak buat semua tu,"

"Saya tak nak lah sikit-sikit nak mengadu kat awak Redza,"

"Awak tak tahu, saya dapat surat amaran,"

Dalam tersedu-sedan, Nur menerangkan keadaan.

"Terlalu rapat dengan pegawai atasan,"

Redza betul-betul terkejut.

Dia sama sekali tidak menyangka hal ini seserius yang dikatakan Nur.

Dia meraup muka.

"Bila awak dapat surat tu?"

"Semalam,"

Nur tersedar yang dia telah terlepas cakap.

"Awak jangan bagitahu sesiapa eh,"

Nur memegang tangan Redza.

"Janji,"

Patutlah Nur cuba mengelak darinya sewaktu dia mencari tempat duduk tadi.

Redza masih lagi berfikir.

"Siapa yag sign surat tu?"

"Dah lah," Nur cuba menghentikan Redza.

"This is an order,"

"I'll asked you again,"

Nur telan air liur.

Dia tidak suka kalau Redza serius begitu.

"Puan Rokiah," jawab Nur.

"Awak tahu tak perempuan tu di bawah saya?"

Nur angguk.

"Macam mana dia boleh keluarkan surat amaran tanpa kelulusan saya,"

Redza menghidupkan enjin kereta.

Dia memandu laju.

Nur takut.

"Awak saya takut," perlahan-lahan Nur memegang peha Redza.

Redza tahu Nur takut melihat dia marah begitu.

Redza memberhentikan kereta di bahu jalan.

Dia melihat muka Nur.

Pucat.

"Awak dah makan?"

Nur hanya menggelengkan kepala.

Redza membawa Nur ke sebuah restoran.

Dia yang membuat pesanan.

Nur hanya diam membisu.

"Awak tahu apa yang buat saya marah?"

Air mata Nur mengalir.

"Saya marah bila awak tak percayakan saya,"

"Awak tak share problem awak dengan saya,"

"Saya ni apa Nur?"

"Saya ni tak layak untuk jadi pendengar awak ke?"

Redza mula meluahkan perasaannya.

Dia melemparkan pandangannya jauh ke depan.

Makanan sampai.

"Makanlah,"

Nur masih kaku.

"Kenapa awak tak boleh makan kalau saya kat sini?"

"Fine saya bangun,"

Cepat-cepat Nur menarik tangan Redza.

"Mana boleh awak bangun, banyak awak order ni,"

"Kita makan sama-sama eh?" pujuk Nur.

Redza masih lagi berkeras.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience