BAB 9

Romance Completed 12108

"Tak payah saya OK," kata Redza.

Mereka meneruskan perbincangan sehingga tamat.

Tanpa disedari hanya mereka yang tinggal.

Orang lain sudah lama balik.

Nur meminta diri untuk pulang.

Sebelum itu dia singgah di bilik Redza untuk memulangkan baju.

"Ni baju bos, towel dengan selendang saya tak payah pulangkan la eh," Nur menyusun ayat.

"Kalau saya kata awak kena pulangkan macam mana?"

"OK, errr...esok saya bawak ya,"

Nur menjawab takut-takut.

"Mintak diri dulu,"

"Nur, jangan serius sangat boleh? Saya lawak je," tegur Redza.

"Tapi awak nampak serius je, saya takut,"

Redza mengelengkan kepala.

"Baliklah,"

"OK, bye boss jangan lama-lama sangat,"

Nur keluar dan menuju ke vending machine.

Dia membelikan ice lemon tea dan sebotol air mineral untuk bosnya yang kelihatan tertekan.

Nur mengetuk pintu.

"Masuk,"

"Lah, kata nak balik,"

"Tadaaaaa, free delivery,"

"Lepas minum ice lemon tea jangan lupa minum air mineral ya, air tu manis,"

Nur meletakkan kedua-dua air itu dihadapan Redza.

"Thanks,"

"Anieyo,"

"OK apa benda tu?" Redza tidak faham.

"No problem!

"Nur," panggil Redza.

"Saya harap awak kekal berkerja dengan saya untuk satu tempoh yang lama,"

"Mestilah, kalau bos halau pun saya tak nak pergi,"

"Please jangan hantar saya pergi Promotion, saya takut dengan Puan Rokiah," Nur mengangkat tangan dan merayu pada Redza.

Nur tidak pernah gagal membuat dia ketawa.

"Yelah-yelah, pergi balik,"

Nur menutup pintu dan bernyanyi perlahan.

"Lalalalalala dah boleh balik,"

"Lalalalalala kenapa lif ni lembap,"

"Lalalalalala nak turun tangga ke?"

Nur membuka pintu tangga keselamatan.

Sunyi dan gelap.

Sudah 10 minit dia berdiri sampai naik lenguh kaki dia.

"Hukhukhuk, cepatlah lif, letihlah,"

"Dia mana boleh menjawab," sergah Redza dari belakang.

"Oooo mak kau terkejut,"

Nur memegang jantungnya.

"Terkejut Nur,"

Nur seperti mengutip sesuatu dari lantai dan meletakkannya di dada.

"Apa yang awak kutip tu?" tanya Redza.

"Jantung saya, terjatuh sampai ke kaki," jawab Nur sarkastik.

Redza ketawa.

Nur hanya tersenyum.

"Kan bagus awak senyum macam ni, monyok je tadi,"

Nur memujuk Redza.

Redza memegang mukanya.

"Monyok ke?"

"Yelah, macam ni,"

Nur menjulingkan matanya dan menjuihkan bibir.

Redza mencubit pipi Nur.

Itu adalah tindakan spontan.

Nur terkejut.

Redza menarik tangannya.

"Mintak maaf,"

"Aduhhh, sakitnya pipi," Nur menggosok pipinya.

Lif tiba di tingkat 8.

Nur dan Redza sama-sama melangkah masuk.

"Sakit ke?" tanya Redza.

"Bak sini saya balas balik," spontan saja Nur mencubit pipi Redza.

"Ha lebih kurang gitulah rasa dia,"

Tiba-tiba Nur sedar diri.

"Sorry bos, saya rasa saya tak betul sikit hari ni,"

"Mana boleh saya cubit bos, lainlah kalau bos ni teddy bear ke,"

"Ampun, maaf zahir batin,"

Lif sudah sampai ke ground floor.

Cepat sahaja Nur berlari ke kereta.

"Byeeeeeee," sempat lagi dia menjerit kepada Redza yang parking di basement.

Redza masih lagi tersenyum.

*******************************

Sudah sebulan Nur berkhidmat, pelbagai usaha dilakukan Nur untuk menaikkan imej syarikatnya.

Rasanya bukan sahaja Redza yang menyedari hakikat itu.

Malah semua orang di dalam jabatan memuji usahanya.

"Nur, minggu ni kita ada family day dekat Port Dickson tau,"

"Yeke? Boleh bawak family ke kak?"

Isma hanya ketawa.

"Ko ni betul lah Nur,"

"Jujur, lurus bendul betul,"

"Mana boleh, family day ni untuk kita-kita aja,"

"Kita pergi dua hari lah eh kak?"

"Tiga hari. Jumaat, sabtu, ahad,"

"Lamanyaaaaaa," rungut Nur.

"Kenapa awak tak nak pergi ke?" tanya Puan Rokiah yang muncul dibelakang mereka secara tiba-tiba.

"Err, tak lah puan, saya nak pergi. Cuma 3 hari tu mak saya tinggal sorang-sorang,"

Nur cuba menjelaskan situasi.

"Awak in charge of decoration,"

"Saya," Nur menunjukkan dirinya.

"Lagi?" Isma bertanya.

"Dia sorang je," kata Puan Rokiah lalu berlalu pergi.

"Apa yang kau dah buat kat dia Nur, anti betul dia dengan kau?" tanya Isma.

"Ntahlah kak, saya pun tak tau,"

Family Day yang ditunggu semua akhrirnya menjelma.

Semua pekerja berkumpul di lobi syarikat.

Enam buah bas disediakan untuk mengangkut semua staf ke sebuah resort yang terkenal.

"Kak Nur, jom kita duduk sekali," tarik Ila.

"OK jom,"

Tiba-tiba sahaja ada pengumuman, jabatan Ila dan jabatan Nur berlainan bas.

Terpaksalah mereka berpisah.

"Alaaaaaa kak, kita harus terpisah, tapi jangan risau saya akan datang dan menganggu akak dalam masa beberapa jam dari sekarang,"

Tempat di sebelah Nur kosong.

Redza yang baru tiba, tercari-cari kerusi kosong.

"Bos," sini kosong panggil Azlan.

"Tapi saya nak duduk sebelah perempuan, kalau bos perempuan silakan,"

Satu bas ketawa.

"Ada-ada je kau ni bongok!" semua orang menjerit dan mengejek Azlan.

Redza mengambil tempat di sebelah Nur.

Cepat-cepat Nur memejamkan mata.

"Lain kali kalau nak berlakon tidur, tutup dulu langsir ni, nanti silau mata," Redza terus menarik langsir.

"Eh, bos,"

"Saya ingatkan bos pergi naik kereta,"

"Kalau boleh naik kereta, saya dah naik,"

"Motif awak terus pejam mata bila nampak saya?"

"Saya ada buat apa-apa yang tak kena ke?"

"Takdelah, tidur jelah bos, jangan banyak fikir,"

"Saya ada Mars awak nak?" pelawa Redza.

"Apaaaaaaa? bos ada Mars nak jugak,"

"Idham yang duduk di belakang terus membuat kecoh,"

Dalam masa tak sampai dua minit, habis satu plastik coklat Mars.

Nur memandang Redza dengan muka kecewa.

Redza menghulurkan Mars yang sempat diambilnya.

Nur bagaikan penguin gemuk bertepuk tangan.

"Yeayyyy, dapat jugak,"

Nur mengambil Mars tersebut dan mematahkannya kepada dua bahagian.

"Nah, ni bos punya,"

"Takpelah awak makanlah,"

"Noooo, sharing is caring, lagipun biarlah kita sama-sama gemuk ye idok bos?"

"Nah,"

"Cukup ke awak?"

"Koktchong maseyo,"

"Apa Kanchong?"

"Hahahaha, bukanlah Koktchong maseyo. Maksudnya don't worry!"

"Cukuplah, taulah saya gemuk,"

Redza makan bahagiannya, Nur makan bahagiannya.

Lebuhraya penuh dengan sesak dengan kenderaan kerana ini adalah waktu puncak.

Bas yang tersengguk-sengguk membuatkan mata Nur bertambah berat walaupun perutnya lapar.

Menyesal pula dia berkongsi Mars dengan Redza, patutnya dia makan je sorang-sorang.

Redza membaca.

"Ulat buku betul mamat ni," kata Nur di dalam hati.

"Awak nampak ke?"

Nur menarik tirai untuk membenarkan cahaya masuk.

Tidak lama kemudian dia hanyut.

Sedikit demi sedikit Nur makin condong dan mencerobohi kawasan Redza.

Redza melihat Nur.

Dia sudah tertidur.

Berkerut-kerut mukanya melarikan mata dari silau matahari.

Kepalaa Nur sudah diatas bahu Redza.

Perlahan-lahan Redza menarik langsir.

Tiba-tiba sahaja driver bus brek mengejut.

Redza menahan kepala Nur dibahunya.

Nur terkejut dengan bunyi brek.

Sangkanya bas mereka kemalangan.

Dia tersedar dan mendapati tangan Redza memegang kepalanya.

Nur mengangkat kepalanya dan membetulkan duduknya.

Redza mengurut-urut bahunya.

Nur rasa serba salah.

"Awak lain kali kalau saya tertidur atas bahu awak lagi, awak tolak je saya OK,"

"Tskkk, saya ni memang cepat betul tertidur lah,"

Mananya tidak lenguh, sebelah tangan mengampu kepala Nur, sebelah tangan membaca buku.

Nur duduk menghadap Redza.

"Awak sakit kat mana?"

"Sini?" tekan Nur dengan jarinya.

"Auchhh," Redza mengaduh sakit.

"Sini saya betulkan urat awak," bisik Nur.

"Tahan sikit OK,"

Jari Nur mula menari-nari membetulkan urat Redza.

Berkerut muka Redza menahan sakit.

Siap bahunya diurut.

Nur meminta Redza menghulurkan tapak tangannya pula.

Redza hanya mengikut.

"Besarnya tangan awak," Nur mengukur tangan mereka.

Pemenangnya haruslah Redza.

"Mana awak belajar semua ni?"

"Nur kan duduk dengan mak,"

"Mak selalu lenguh-lenguh, so Nur pandailah sikit-sikit,"

Redza hanya mengangguk.

"Dah lega sikit?" tanya Nur.

Redza menggerakkan bahu dan lengannya.

"Better,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience