BAB 14

Romance Completed 12108

Selesai sahaja family day, semua orang kembali menjalankan tugas masing-masing.

Redza mula sibuk dengan kempen terbaru untuk syarikat.

Nur juga mula sibuk membangunkan media social syarikat.

Kali ini Nur diuji lagi.

Dia mendapat surat untuk bertukar ke jabatan Promosi di bawah Puan Rokiah.

Sewaktu makan tengahri Nur hanya menguis-guis makanan di dalam pinggannya.

"Akak kenapa?"

"Tak makan pun?" tanya Ila.

"Akak takde selera," balas Nur.

"Jap Ila belikan akak buah,"

Ila bangun dan meninggalkan Nur sendirian.

Isma tiada kerana dia pulang ke kampung.

Habis waktu rehat, Nur menunggu lif untuk naik ke atas.

Dia mengetuk pintu bilik Redza.

Tidak berjawab.

Lalu dia masuk.

"Redzaaaaa," alangkah terkejutnya Nur mendapati perempuan itu berada di atas meja Redza.

Tangan Redza sedang memegang tangan perempuan itu.

"Nur," cepat-cepat Redza menolak perempuan tersebut.

"Sorry saya masuk macam tu je,"

"Nanti bila awak dah habis panggil saya ya,"

"Saya ada benda nak cakap,"

Nur mengesat air mata.

Dia berlari keluar dan menangis dalam tandas seorang diri.

"Sampai hati awak,"

"Saya benci awak,"

Setelah reda tangisannya, Nur kembali ke tempatnya.

Redza datang dan menarik Nur masuk ke dalam pejabatnya.

"Nur, dengar cakap saya,"

"Apa yang awak nampak bukan macam apa yang awak bayangkan,"

"Demi Allah Nur, saya tak buat apa-apa dengan dia,"

Nur menangis.

Dia mengeluarkan surat pertukaran jabatan dan menunjukkannya kepada Redza.

Redza mengambil surat itu dan membacanya.

"Nur rasa surat ni sampai tepat pada masanya,"

"Mungkin saya tak sesuai berkhidmat dengan Encik Redza,"

"Nur, please," Redza tahu Nur sedang marah.

Redza melutut dan memegang wajah Nur.

"Awak tak boleh pergi, awak kena ada di sisi saya,"

"Apa yang awak nampak tu bukan salah saya Nur,"

"Look at me sayang,"

"Sayang," pujuk Redza.

"Kita dekat pejabat,"

"Lepaskan Nur,"

Nur bangun dan cuba keluar.

Redza lebih tangkas.

Dia memeluk Nur dan enggan melepaskannya.

"Awak, saya nak amek half day, kepala saya, hati saya semuanya sakit," Nur meminta kebenaran.

"Nur, jangan buat saya macam ni,"

"Awak ada meeting in 30 minutes,"

"Let me go Encik Redza,"

Nur melangkah lemah.

Badannya rasa seram sejuk.

Dia mahu pulang ke rumah dan berehat.

"Kenapa dengan kamu Nur?" tanya Mak Munah sebaik sahaja dia nampak Nur masuk.

"Mak, Nur nak naik atas,"

"Nur tak sihat,"

Mak Munah memegang kepala Nur.

Panas sungguh kepalanya.

"Ha, naiklah rehat,"

Mak Munah dapat meneka pasti ada sesuatu yang terjadi, jika tidak Nur tidak mungkin akan pulang sebelum tamat waktu berkerja.

Redza menghadiri mesyuarat dengan hati yang berat.

Dia hilang fokus.

Bayangan wajah Nur menangis bermain-main di benak fikirannya.

Dia perlu membuktikan diri tak bersalah.

Redza bercadang singgah ke rumah Nur selepas habis waktu pejabat.

"Assalamualaikum..." Redza memberi salam.

"Waalaikumusalam..." jawab Mak Munah selepas dia mengintai dari tingkap.

Mak Munah membuka pintu.

"Mak cik mintak maaf ganggu, Nur ada,"

"Takpe, tak ganggu apa pun,"

"Jemputlah masuk,"

"Nur dekat atas, katanya tak sihat,"

"Dari tadi balikm tak turun-turun pun dia,"

"Ada apa-apa yang tak kena ke Redza,"

Redza mengeluh.

Mak Munah dapat menangkap air muka Redza yang berubah.

"Kamu naiklah, tengok Nur,"

Redza menyusun langkah ke atas, dia tidak tahu di mana letaknya bilik Nur.

Dia hanya mengikut firasatnya.

Pintu bilik diketuk.

"Kenapa mak? Masuklah, Nur tak kunci pun," Nur bersuara lemah.

Pintu bilik dikuak.

"Nur," Redza memanggilnya lembut.

"Apa awak buat kat sini," tanya Nur.

Melihat Redza, Nur sekali lagi berendam air mata.

"Saya tak tahu kenapa setiap kali saya fikirkan awak, saya jadi mudah menangis,"

"Saya dah gila agaknya,"

Nur menutup wajahnya dengan selimut.

"Nur, jangan macam ni,"

"Ingat tak janji awak pada saya,"

"You have to believe me,"

"No, I won't,"

Redza mengeluarkan sesuatu dari begnya.

Dia menarik selimut Nur.

Kini dia nampak jelas wajah Nur.

Nur dibangunkan dan dia menarik Nur di dalam pelukannya.

Lama mereka berpelukan.

Setelah tangisan Nur hampir reda.

Redza menunjukkan sesuatu.

Nur melihat rakaman CCTV di dalam bilik pejabat Redza.

Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana perempuan itu cuba memeluk Redza.

Redza menepis sedaya mungkin sehinggalah Nur melangkah masuk.

Nur terdiam.

Dia salah faham.

Redza tidak bersalah.

Nur tunduk dan menangis.

"Saya bukan lelaki macam tu," bisik Redza lembut.

"Saya ikhlas sayangkan awak Nur,"

"Saya cintakan awak,"

"Tak mungkin saya akan buat awak macam tu,"

Redza memegang kepala Nur.

Panas.

Nur juga kelihatan lemah.

"Awak dah makan?"

Nur geleng kepala.

Reza bangun, dia mahu keluar membeli makanan untuk Nur.

Redza tutun dari katil.

"Redza," panggil Nur.

"Ya," Redza menoleh dan melihat Nur sudah mendepangkan tangan minta dipeluk.

Redza mendapatkan buah hatinya.

Dia merangkul tubuh lemah itu sekemas-kemasnya.

"Maafkan saya ya,"

"Nur,"

"Nur salah menilai awak,"

"Awak satu-satunya lelaki paling baik Allah hantar pada saya,"

"Tetap saya buta,"

Nur mula meluahkan isi hatinya.

"Sayang, jangan cakap macam tu,"

"Salah saya jugak sebab gagal mengelak benda-benda macam ni dari berlaku,"

Nur memeluk Redza lama.

Dia rasa selamat apabila bersama Redza.

Mak Munah lega kerana Nur dan Redza sudah berdamai.

Redza telah dianggap sebagai anak sendiri selepas dia menyatakan hasrat mahu memperisterikan Nur selepas mereka pulang dari
Port Dickson.

"Mak cik, Redza bawak Nur pergi klinik kejap ya,"

"Ha eloklah tu, tapi mak cik rasa klinik pun takde ubat nak baikkan sakit budak bertuah ni,"

"Dia nak Redza je tu," Mak Munah berseloroh.

"Mak ni," Nur malu.

"Itulah kamu, suka sangat jump to conclusion,"

"Last-last kamu yang sakit,"

"Mujur Redza ni datang pujuk,"

"Kalau orang lain mau dibiarkannya kamu,"

"Mana boleh dia biarkan Nur, dia dah janji nak jaga Nur dengan mak,"

Nur mencubit pipi Redza.

"Dicubitnya pulak orang tu,"

"Dah la cepat pergi klinik tu, perut kamu tu pun mesti dah masuk angin," Mak Munah menggesa mereka.

Selesai urusan di klinik, Redza membawa Nur ke Mc Donalds, hanya itu yang terdekat.

"Saya belikan awak bubur ya," ucap Redza.

"Saya nak ais krim," minta Nur.

"OK, makan sikit je tau,"

Redza membawa dulang berisi bubur dan ais krim, dia meletakkan bekas tu di hadapan Nur.

Nur mengigil kesejukan.

Redza kembali ke kereta dan mengambil jaketnya.

Nur sudah merebahkan kepalanya ke atas meja.

Redza memakaikan Nur jaket yang dibawanya.

"Sayang, makanlah sikit," pujuk Redza.

Dia menyudu bubur dan cuba menyuap Nur.

Nur melihat Redza penuh simpati.

"Kesian awak, dah balik kerja penat-penat kena melayan saya,"

Nur bangun dan mula makan.

Dia makan hingga habis.

Kemudian dia menjamah sundae strawberry yang dibeli Redza.

"Sayang, kejap saya ambilkan air,"

Redza mahu Nur makan ubat di depannya.

Satu lagi kelemahan Nur adalah dia sukar menelan ubat biji.

"Alaaaaa, malasnya," Nur trauma apabila melihat pelbagai jenis dan bentuk ubat di hadapannya.

"Awak sayangkan saya tak?" tanya Redza.

Nur angguk.

"Kalau macam tu makan ubat ni sekarang,"

Nur cuba beberapa kali.

Ada yang lepas, dan ada yang keluar balik.

"Perlahan-lahan sayang,"

Redza tetap sabar memujuk Nur untuk menghabiskan ubatnya.

Akhirnya Nur berjaya menelan semua ubat yang dibekalkan doktor.

Mereka menuju ke kereta.

Nur memegang tangan Redza.

"Awak, saya rindu Luqman,"

"Jom kita pergi melawat dia," ajak Nur.

"Lepas awak baik demam, kita pergi ya," janji Redza.

"Saya janji esok bangun tidur saya dah baik,"

"Cepatnya,"

"Sebab saya demam bukan sebab sakit, saya demam sebab awak,"

Redza rasa bersalah.

Dia hanya tunduk memandang kasut kerjanya yang berkilat.

Nur rasa dia tersalah cakap.

"Awakkkk, saya bukan salahkan awak,"

"Sorry, saya rasa ubat tadi dah mula berjoget dalam perut saya,"

"Sorry eh, sorry," Redza sengaja membiarkan Nur bersungguh-sungguh memujuknya.

"Redzaaaa," bagaikan anak kecil Nur merengek.

"Awak ni comellah," Redza mencuit dagu Nur.

Nur melepaskan keluhan.

Dia menyandarkan kepalanya ke bahu Redza.

"Saya mengantuk,"

"Tidurlah,"

Lama Redza membiarkan Nur tidur berbantalkan bahunya.

Sayang sekali dia perlu menhantar Nur pulang ke rumah.

Tiba di hadapan pintu, Redza cuba mengejutkan Nur.

Namun tidak berhasil.

Nur benar-benar lena.

Redza mengangkat Nur dari kereta dan membaringkannya di atas katil dengan bantuan Mak Munah.

Selesai menyelimutkan Nur, Redza ingin pulang.

Nur menarik tangannya.

"Temankan Nur,"

Dia meletakkan tangan Redza di atas dahinya.

"Kamu duduklah kejap temankan budak bertuah ni,"

"Dia kalau demam memang begini peelnya Redza,"

"Esok lusa dah jadi bini kamu barulah kamu tahu,"

Mak Munah turun.

Redza baring di sisi Nur.

Dia melihat Nur tidur dengan tenang.

Tidak sabar rasanya mahu mendakap erat tubuh itu sehingga mereka berdua terlena bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience