BAB 13

Romance Completed 12108

Nur menanti Redza bersama dua bodyguardnya, Ila dan Isma.

"Mana abang hensem ni," rungut Ila.

"Dah hensem tu tak payah la siap lama-lama orang lapar ni,"

Nur hanya tersenyum.

"Sabar jap Ila, kata Isma.

"Kak Isma pun lapar kan?"

"Sorry-sorry saya lambat,"

Redza datang terkocoh-kocoh.

"Lambatnya awak," kata Nur.

"Awak dengar tak?"

"Dengar apa?" Redza cuba fokus.

"Anak-anak cacing dalam perut saya cakap, feed me, feed me chubby," Nur mula menjadi badut.

Redza, Ila dan Isma pecah perut ketawa.

"Adui sempat lagi lapar-lapar ni dia buat lawak,"

"Jomlah kita pergi makan," ajak Redza.

Dia memimpin tangan Nur dan menuju ke tempat parking kereta sambil mengajak Ila dan Isma.

Ila menggosok-gosok matanya.

"Eh tu abang hensem tengah pegang tangan kak Nur ke?"

"Ke mata Ila salah tengok?" tanya Ila kepada kak Isma.

"Ye betul, takde salahnya kuasa mata kau tu Ila,"

"Wahhhh, merpati dua sejoli akhirnya bersama,"

"Tahniah kak Nur and abang hensem, cepat-cepatlah kahwin,"

"Nanti Ila nak jadi pengapit tau,"

"Shhhhhh,"

"Ila tolong kantoikan kami,"

Nur juga terperanjat Redza memegang tangannya di hadapan semua orang.

Seperti dia mahu mengumumkan perhubungan mereka yang terkini.

"Awak," Nur memanggil Redza.

"Kenapa sayang?"

"Ni," Nur mengoyangkan tangan.

"Biarlah kita kat luar pejabat,"

"Kenapa awak tak bagi saya pegang?"

Redza mula melepaskan tangan.

Cepat-cepat Nur mendapatkan tangan Redza dan mencantumkan dua tangan mereka semula.

"Saya nak orang tahu, awak saya punya," tegas Redza.

"Saya tak nak budak-budak tu kacau awak,"

Baru Nur faham kenapa Redza bersikap pelik setiap kali Azlan and the geng cuba rapat dengannya.

"Awak jealous ke? Maksudnya dah lama lah awak jatuh hati dekat saya ye?"

Nur cuba memancing Redza.

"Mana ada, saya baru....."

"Baru?"

Nur memuncungkan mulut.

"Saya dah lama sukakan awak,"

"Sejak awak marah saya dekat Sunway Lagoon dulu,"

"Hurmmm," Nur mengeluh.

Redza tersenyum bangga.

Ternyata selama ini dia tidak bertepuk sebelah tangan.

Hatinya ada pada Nur dan hati Nur pula ada padanya.

"Betul awak suka saya selama itu?" tanya Redza.

Nur mengangguk.

"Haah, sebab tu saya jeling awak masa awak nak bagi anak patung tu dekat Aimi,"

"Ya Allah, mujur saya tak bagi,"

"Kalau saya bagi, makin merajuklah awak,"

"Tau pun,"

"Tapi kalau awak bagi jugak saya tak kisah,"

"Saya nak hati awak bukannya anak patung,"

Redza bahagia.

"Nur," cair saya dengar awak cakap macam tu.

"Errrr, abang kakak hello, kita nak pergi makan ke tidak?" getus Ila yang sudah tidak tahan melihat drama di depannya.

"Owh lupa-lupa, jom. Abang belanja makan ikan bakar terbaik kat sini,"

Keempat-empat mereka meninggalkan resort dan menuju ke medan selera ikan bakar yang terletak di pekan Port Dickson.

*************************
Malam menjelma.

Puan Rokiah memeriksa dekorasi Grand Ballroom.

Dia melihat keseluruhan dewan dan seperti tidak percaya Nur berjaya melaksanakan tugasnya.

Dia geram.

Fikirnya, dia mahu memalukan Nur.

Rancangannya kali ini tidak berjaya.

Malam ini adalah malam istimewa untuk semua kakitangan syarikat.

Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk game.

Redza dan Nur terpisah.

Nur bersama Azlan dan Idham.

Mereka perlu membentuk bulatan dan berdiri di atas sekeping kertas bagi mengelakkan dari kalah.

Azlan dan Idham berebut-rebut mahu berdiri sedekat yang mungkin dengan Nur.

Nur penat mengelak.

Akhirnya dia mengeluarkan diri.

Redza yang dari tadi memerhatikan Nur berasa lega.

Dia juga mengeluarkan diri.

Nur keluar untuk mengambil angin di luar.

Malas betul dia terlibat dalam permainan kanak-kanak.

Redza yang melihat keadaan itu juga sengaja mengeluarkan diri dari permainan.

Dia keluar dan mendapatkan Nur.

"Kenapa awak keluar?" bisik Redza dari belakang Nur.

"Saya tak selesalah Redza,"

"Rimas pulak saya,"

"Baguslah, saya sakit mata tengok awak dengan dorang,"

Nur menoleh dan melihat wajah Redza.

"Jangan risau saya tahu jaga diri,"

"Mestilah risau, semua macam naga, tak menyempat-yempat semua tarik-tarik awak,"

"Actually saya forever tak suka main benda-benda tu,"

"Tapi tulah semua company saya masuk gerenti ada benda ni,"

"Nanti kita bukak company sendiri and kita halang benda-benda macam ni berlaku ya sayang,"

"Awak nak ke ambil saya keje dengan awak,"

"Mestilah,

"Kalau tak amek awak siapa nak belikan saya ice lemon tea pastu ingatkan saya minum air kosong lepas tu bila saya tengah serabut,"

Nur senyum.

Tidak lama kemudian mereka masuk semula ke dalam dewan.

Kali ini mereka berdepan dengan game baharu.

Couple games.

Setiap nama yang disebut perlu ke atas pentas dan memilih pasangan masing-masing.

Nama Nur dan Redza tidak terlepas.

Selepas semua nama diumumkan, Nur hanya berdiri statik.

Dia tidak tahu mahu berpasangan dengan siapa.

Redza sudah mempunyai aim nya yang tersendiri.

Walau apa pun terjadi dia harus berpasangan dengan Nur.

Tanpa membuang masa, dia berjalan dan menarik Nur menjadi pasangannya.

Lelaki lain hanya berputih mata.

"You're mine," bisik Redza.

Nur lega.

Dia tidak perlu pening kepala memikirkan cara untuk mengelak orang lain.

"Thank you Redza,"

Tiba-tiba sahaja tangan Redza ditarik.

"I nak dengan you,"

Nur tergamam.

Perempuan yang sama di ofis hari tu.

"Sorry miss, you kena cari partner lain, Redza's is mine,"

Nur enggan mengaku kalah.

Dia memegang tangan Redza kuat-kuat.

"Okey semua pasangan kena duduk dalam bulatan,"

"Kalau terkeluar kira kalah," kata MC.

"OMG game ni lagi?" kata Nur.

Dia dan Redza hanya tersenyum.

Kertas putih bulatan itu semkain lama semakin kecil.

"Saya dukung awak ya Nur," kata Redza.

"Nanti sakit pinggang awak, dah la semalam saya susahkan awak, pagi tadi buat awak letih, pastu malam ni awak kena dukung saya pulak,"

"Saya OK,"

"Biar jelah orang lain menang,"

"Seganlah,"

"Apa nak segan," Redza terus mendukung Nur.

Melihat perlakuan itu, semua yang berada di bawah bersorak gembira.

"Phewittttt," jerit Ila.

"Go bos!" sokong Isma.

Mereka bersaing dengan dua orang lagi pasangan.

Ujian terakhir adalah ujian IQ.

Nur dan Redza diuji berasingan.

Setelah tamat permainan, mereka turun ke bawah semula.

Selepas seketika tibalah upacara penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.

"Pemenang Couple Games jatuh kepada........." MC cuba membuat suspen.

"Nur Batrisya dan bosnya Redza"

"Tinggi betul IQ dua orang ni,"

Nur dan Redza segan.

"Macam-mana kita boleh menang ni?"

"Ntah, saya main jawab je tadi,"

"Nampaknya jodoh kita kuat,"

Mereka menuju ke pentas utama untuk menerima hadiah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience