BAB 6

Romance Completed 12108

Selesai bersalam-salaman dengan semua, Redza dan Nur meminta diri untuk pulang.

Pemandu juga sudah bersedia untuk membawa mereka pulang ke pejabat.

Redza membukakan pintu untuk Nur.

Dia patuh dan duduk di dalam kereta.

"Awak penat?" tanya Redza.

"Taklah sangat," jawab Nur.

Kedua-duanya hanya mendiamkan diri sehinggalah mereka tiba diperkarangan parking syarikat.

"Mana awak parking?"

"Sana," tunjuk Nur.

"Terima kasih pak cik," Redza berterima kasih kepada pemandu tadi.

"Minggu depan saya pulangkan baju Encik Redza, terima kasih pinjamkan saya,"

"Jumpa minggu depan," Nur benar-benar letih.

"Awak boleh memandu ke?"

"Boleh," jawab Nur.

"Naiklah, saya hantar awak balik,"

Sebenarnya Nur silau cahaya.

Dah tentu-tentu waktu malam ni banyak kereta ditambah dengan keletihannya.

Dihantar pulang adalah option yang terbaik.

"Takpelah, Encik Redza pun mesti dah penat,"

Nur berjalan menuju ke keretanya.

Tangannya dipegang.

"Nur,"

"Awak nampak letih dan dah lewat ni, biar saya je yang hantar awak,"

"Abis tu nanti kereta saya?"

"Esok atau lusa awak boleh datang amek kereta,"

"Kalau awak nak tinggalkan kat sini pun takpe, selamat je,"

Nur hanya mengangguk.

Dia terlalu letih untuk bertekak.

Redza masih lagi memegang tangannya.

"Lepaslah nanti orang nampak,"

"Dah takde orang dah kat sini, yang ada hantu je,"

Redza mula mengusik.

Muka Nur berubah.

"OK...OK... saya main-main," sambil mengangkat dua-dua tangannya keatas.

Selepas menyatakan alamatnya Nur dan Redza memulakan perjalanan pulang.

"Nah, patung ni untuk awak,"

"Kenapa Encik Redza tak bagi je dekat Aimi tadi?"

"Sebab saya nampak ada orang tu macam nak patung ni tpi dia jual mahal,"

"Pandai-pandai je,"

"Nur, boleh saya mintak tolong?"

"Apa?"

"Berhenti berencik dengan saya,"

"Kita dah sampai," Redza memberhentikan kenderaannya di hadapan gate rumah Nur.

"Terima kasih hantar saya balik,"

Mahu tidak mahu tepaksalah Nur amek juga patung tu.

"Malam nanti jangan lupa baca doa and cuba jangan ingat benda-benda menakutkan,"

"Siapa entah yang kuat mengusik tadi?" Nur menjeling.

"Saya salah. OK lepas ni saya dah tahu awak takut apa,"

"Maafkan saya ya,"

Nur mengangguk.

"Thanks Encik Redza,"

"Haih,"

"Thanks Redza, saya happy dapat buat semua tu hari ni, minus the drowning and that creepy snakes,"

"Baguslah awak suka, I have a good time too and thanks to you,"

"Bye, baik-baik jalan,"

"Nur, bagi saya nombor telefon awak,"

"019 - 7665423"

"OK, good night,"

Nur menghantar Redza sehingga dia hilang dari pandangan.

********************
"Siapa hantar kamu balik Nur?"

"Baju siapa kamu pakai ni?"

"Mana kereta kamu?"

Banyak betul soalan yang ditujukan pada Nur.

Walaupun letih terpaksa Nur menerangkan satu persatu kepada Mak Munah yang nampak cemas.

"Owh macam tu, baik orangnya bos kamu sanggup dia hantar kamu,"

"Yelah-yelah,"

Malas Nur mahu melayan.

Kalaulah ibunya tahu dia hampir mati kerana takut diusik dengan makhluk yang satu tu.

"Mak, Nur nak naik mandi pastu tidur, esok kita sambung ya mak,"

"Ha, yalah,"

"Naiklah rehat-rehat,"

Selesai membersihkan diri dan solat Isyak Nur merebahkan badannya.

Dia mengambil patung pemberian Redza dan membeleknya.

Ada sesuatu yang terselit di telinga patung itu.

"Sorry sebab ketawakan awak takut ular,"

"Tau pun benda tu tak lawak," dengus Nur.

Malam itu dia tidur sambil memeluk patung.

****************************
Redza juga sudah bersedia untuk tidur.

Sebelum terlelap, dia asyik terkenang bagaimana takutnya Nur tadi.

Bersungguh-sungguh Nur menolak apabila didekatkan dengan ular.

Redza menggelengkan kepala.

"Haish, apa benda yang aku teringat ni,"

Tidak lama kemudian dia juga lena kerana keletihan.

***************************************
Nur bangun dengan muka yang sembap.

"Uishhh, terkejut mak," Mak Munah mengucap.

"Apa yang mak terkejut sangat ni?"

"Kamu dah tengok muka kamu belum?"

"Tak tengok pun," selamba Nur membalas.

"Macam Hantu Kak Limah Sembelit," terus Mak Munah ketawa.

Nur malas mahu melayan.

"Lapar tak?"

"Lapar,"

"Bukak tudung saji tu makan,"

"Gigi dah gosok belum?"

"Mak ni Nur dah mandi lah,"

"Rambut ni yang tak kering, sebab tu tak sikat,"

"Yelah-yelah. Nanti aunty kamu ada buat makan-makan,"

"Mak pergilah malas,"

"Haih belum ajak lagi dah cakap malas,"

"Bukannya Nur tak kenal mak,"

"Nanti Nur hantar mak,"

"Papppp," Nur menepuk dahinya.

Dia baru sahaja teringat yang keretanya berada di office.

"Kringggg....Kringggg...telefon berbunyi.

Nur memerhatikan skrin telefon.

Pemanggil tidak bernama.

Private Number.

Nur malas betul mahu menjawab.

"Hello,"

"Hello,"

"Nur,"

"Ya Nur,"

"Redza,"

"Bos, ada apa telefon pagi-pagi ni?"

Redza tengok jam, sudah pukul 10.30 pagi.

"Dah nak tengahari ni, awak masih rasa pagi,"

"HEHEHEHEHE,"

"Alamak kantoi pulak, ya ada apa bos?"

"Awak nak pergi amek kereta tak?"

"Eh takpelah nanti saya pergi naik teksi je,"

"Buat apa, saya nak ke sana,"

"I'll be there in one hours,"

"Bos...bos...Redza...Redza..."

"Ish dia ni kan, suka-suka hati dia je," geram pulak Nur.

"Siapa?" tanya Mak Munah.

"Bos Nur, dia nak amek Nur lagi sejam,"

"Bukan ke hari ni cuti?"

"Cuti. Dia nak hantar Nur amek kereta,"

"Kalau maacam tu mak ikut sekali ya, tak payah la kamu patah balik,"

"Yelah mak, tapi ingat Nur tak nak ikut,"

"Suka hati kamulah anak bertuah oii,"

Seperti yang dijanjikan Redza muncul dihadapan rumah Nur.

Redza turun selepas melihat Mak Munah.

"Ini bos Nur ya,"

"Ya saya mak cik, saya Redza " Redza menghulurkan tangan bersalam.

Mak Munah menyambutnya.

"Minta maaf lah mak cik menyibuk ikut sama,"

"Mak cik ada jamuan ni, jadi tak payah lah si Nur ni dua tiga kali patah balik,"

"Owh yeke kat mana? Biar saya hantarkan," Redza menawarkan diri.

"Eh tak payah nanti saya hantar mak saya," bantah Nur.

"Biarlah dah dia nak hantar, kamu bukannya nak pergi," balas Mak Munah.

"Makkkkk," protes Nur.

"Takpe ke tak susahkan Redza?" tanya Mak Munah.

"Apa pulak tak susahkan, dia datang amek ni pun dah kira menyusahkan," Nur masih lagi enggan kalah.

"Nur," Redza memandang Nur.

"Tak susah pun mak cik bagitahu saya alamatnya," Redza tetap mahu menghantar.

Selepas seketika mereka memasuki taman perumahan elit dan Mak Munah meminta Redza menghentikan kereta.

"Dah sampai pun kita," kata Mak Munah.

"Redza tak nak turun dulu?" jemput Mak Munah.

"Lain kali ya mak cik,"

Nur menyalami ibunya.

"Nanti mak balik dengan sesiapa,"

"Kamu makan siap-siap, mak cuti masak arini," pesan Mak Munah.

"Yelah," jawab Nur.

"Mak cik," panggil Redza.

"Saya keluar makan dengan Nur boleh?" Redza meminta izin.

Mak Munah senyum.

"Ha eloklah tu, baik-baik keluar sesama, balik sebelum lewat," pesan wanita separuh abad tu.

Nur memandang Redza.

"Tadi kata nak pergi office amek kereta, pastu awak ada dokumen tertinggal," kata Nur.

"Sekarang kita pergi makan dulu ya," cadang Redza.

"Awak nak makan apa?"

"Saya apa-apa pun saya makan," balas Nur.

"Awak pilihlah,"

"Kita makan sushi nak?" cadang Redza.

"Wahhhh, dah lama tak makan sushi sebab kat sini takde siapa yang tekaknya boleh terima sushi," terang dan jelas Nur memberitahu.

"Sushi then," putus Redza.

Mereka sampai di sebuah pusat beli-belah.

Restoran Sushi hanya terletak tidak jauh dari eskelator tingkat 1.

Selepas membuat pesanan, mereka berdua hanya berdiam diri.

"Boleh saya tanya?" Redza cuba memecah kesunyian.

"Tanyalah," Nur menatap muka bosnya.

"Kenapa awak tak nak ikut mak awak?"

"Bukan saya tak nak ikut, tapi saya malaslah,"

"Nanti mulalah semua conversation ke arah kahwin, kahwin, anak, suami and the list go on,"

Redza mengangguk faham.

"Mengelaklah ni?"

"Bolehlah"

"Ha sushi kita dah sampai," kata Nur.

"Kedua-dua mereka memesan makanan yang sama,"

"Awak pun suka unagi?" tanya Nur.

"My fave," balas Redza.

Selepas seketika, mereka habis menjamu selera.

"Waiter," panggil Redza.

Dia mengeluarkan kad kredit untuk membayar.

"Eh takpe kali ni Nur belanja,"

"Sebab Redza dah banyak tolong, rasa berhutang pulak kalau semua benda Redza yang bayarkan,"

"Awak ni memang berterus-terang kan?" kata Redza.

"Mesti, dalam hidup ni kita kena jujur amanah,"

"Saya yang ajak awak makan, mestilah saya yang bayar," Redza merampas bil dan menuju ke kaunter.

"Awakkkk," Nur hanya mampu melihat.

Setelah itu mereka menuju ke kereta.

"Lepas amek kereta awak buat apa?"

"Takde apa,"

"Balik rumah,"

"OK," kata Redza.

Redza menghantar Nur ke kereta.

"Thanks,"

"Sebenarnya anggaplah ni sebagai tanda saya membalas balik budi awak," kata Redza.

"Haa?"

"Awak pun pernah hantar saya ke kereta,"

Nur masih tidak boleh mengingatinya.

"Awak hantar saya masa hari hujan,"

"Baru je berapa hari lepas awak dah tak ingat,"

"Owhhhhhh, saya ingat. Awaklah mamat poyo yang sanggup basah tak nak amek payung saya?"

Nur sedar dia terlepas cakap dan segera menekup mulutnya.

"Ops sorry,"

"OK lah saya balik dulu,"

"Bye Redza, jangan lama-lama kat ofis sebab kak Isma kata ada hantu,"

Redza hanya senyum.

"Baik-baik bawak kereta," pesan Redza.

"Awak pun,"

Ada sepasang mata yang memerhatikan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience