BAB 15

Romance Completed 12108

Nur bangun dan menyedari Redza masih di sisinya.

Dia hanya tersenyum.

Tangannya perlahan-lahan menyentuh wajah Redza.

Redza terjaga.

"Sorry saya kejutkan awak,"

"Takpe," Redza bangun dan meluruskan pinggang.

Tidak sangka dia terlelap hingga pagi.

Cepat-cepat Redza bangun, dia perlu ke pejabat.

Dia berpatah balik dan memegang dahi Nur.

Panasnya sudah hilang, wajah buah hatinya juga sudah tampak segar.

"Saya pergi kerja dulu ya," Redza meminta diri.

"Sayang," panggil Nur.

"Ya,"

Nur melutut di atas katil dan memeluk Redza.

"Baik-baik pergi kerja,"

"Sorry saya tak dapat masuk kerja arini,"

"It's OK,"

"Jangan lupa makan ubat,"

***********************************************

"Luqman!" jerit Nur.

"Kakakkkkkkkk," gembira bukan kepalang Luqman menerima tetamu paling dinanti-nantikan.

Berlari-lari Luqman mendapatkan Nur.

"Kenapa lambat sangat akak datang?"

"Luqman sikit lagi nak merajuk," kata anak kecil itu berterus-terang.

Belum sempat Nur menjawab.

"Ni mesti abang ni yang tak nak bawak kak Nur datang kan?"

"Haah, dia yang tak nak bawak akak,"

Redza pula dipersalahkan.

"Taklah Luqman, nasib baik abang Redza yang bawakkan, kalau tak kita tak boleh jumpa tau,"

"Tengok ni, semua mainan ni, abang Redza yang belikan tau,"

"Luqman tau, Luqman lawak je,"

"Abang jangan ambil hati ya,"

Sekejap sahaja hilang marah Luqman.

Nur dan Redza bukan sahaja datang untuk melawat Luqman, mereka juga ingin menyerahkan walimatulurus mereka yang akan diadakan
dua minggu dari tarikh itu.

"Wah, alhamdulillah," kata Ustazah Salmi.

"Sekali pandang pun dah tahu kamu berdua mempunyai jodoh yang kuat,"

"Yeke ustazah?" kata Nur

"Alaaaaa, kenapa tak bagitahu Nur dari dulu,"

"Kenapa?" tanya Ustazah.

"Mesti Nur cepat-cepat masuk meminang Redza," jawab Nur lancar.

Semua yang ada di situ ketawa.

Redza senyum dan terasa dirinya begitu bertuah.

Nur perasan Redza asyik melihatnya.

"Saya tahu apa yang awak fikir,"

"No Redza, bukan awak yang bertuah, saya yang bertuah dapat bakal imam sempurna macam awak,"

"I love you so much sayang," Nur mengenyitkan mata.

Luqman menarik tangan Redza dan Nur masuk untuk makan bersama-sama.

"Abang dengan kakak nak kahwin ke?" tanya Luqman.

"Haah," jawab Redza.

"Luqman suka tak akak kahwin dengan abang?" tanya Nur.

"Sebenarnya Luqman nak kahwin dengan akak, tapi nanti kesian akak dah tua nak tunggu Luqman besar," jujur betul jawapan Luqman.

Semua yang ada disitu ketawa terbahak-bahak.

"Luqman ni malu akak," Nur memegang pipinya yang merah.

Redza mengenggam tangan Nur sekemas-kenasnya di bawah meja.

Dia bahagia dengan cinta pandang pertamanya.

"Terima kasih Tuhan kerana menghantar cinta tatkala aku sepi dan merana," kata Luqman di dalam hati.

- TAMAT -

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience