BAB 3

Romance Completed 12108

Seperti yang diarahkan Encik Redza, Nur mengenakan pakaian kasual ke pejabat hari ini.

"Amboi macam nak pergi tengok wayang akak tengok," tegur kak Isma.

"Erk, saya cuma menurut arahan je kak," balas Nur.

"OK lah tu bos dah sampai,"

"OK kak gerak dulu,"

"Eh kak, lupa pulak nak bagitahu Ila hari ni saya keje luar, nanti akak makan dengan dia ya,"

"Yelah-yelah, kau ni Nur, budak tu bukannya budak kecik,"

"Janji mesti ditepati kak, jangan dicapati,"

"Good morning Encik Redza,"

"Morning, awak dah ready?"

"Dah,"

"Lagi 10 minit kita gerak,"

"Ada apa-apa yang saya kena bawak?"

"Bawak diri je," jawab Encik Redza sebelum menghilang ke dalam bilik.

"Nur, tu Encik Redza dah keluar," kata kak Isma.

"OK kak, bye,"

"Jumpa esok, keje je tau jangan buat bukan-bukan,"

"Merepek la akak ni,"

Nur hanya mengikut bosnya dari belakang.

"Hari ni client kita adalah anak-anak yatim dari Rumah Perlindungan Darul Iman,"

"Company kita akan datang sini 3 bulan sekali untuk CSR (Corporate Social Responsibility)"

"So hari ni aktiviti kita adalah bawak budak-budak ke Sunway Lagoon,"

Nur hanya mengangguk.

Perjalanan ke destinasi sedikit awkward kerana Nur dan Encik Redza hanya mendiamkan diri.

Dia nampak Encik Redza banyak meneliti dokumen sepanjang perjalanan.

Jadi Nur memutuskan untuk diam sahaja.

Setiap kali dia mahu bercakap dia mencubit dirinya.

"Jangan Nur jangan orang tu tengah fokus, dia takde masa nak berbual-bual kosong dengan kau," matera yang diulang dalam kepalanya.

"Encik Redza kita dah sampai," kata pemandu.

"OK terima kasih pak cik," balas Encik Redza.

Nur turun.

"Abangggggg," jerit sekumpulan kanak-kanak apabila mereka melihat Encik Redza.

Nur hanya memandang bosnya.

Mereka semua berpusu-pusu menyalami Encik Redza sebelum semua mata tertumpu pada Nur.

"Siapa ni abang?"

"Ni kak Nur Batrisya,"

"Girlfriend abang ke?" ada bunyi tak puas hati di situ.

"Mana ada, Aimi lah girlfriend abang," kemudian budak perempuan itu didukung Redza.

"Dah ready ke nak have fun dekat Sunway Lagoon?"

"Dah," budak kecik tadi menjawab.

Walaupun Encik Redza nampak dingin pada mulanya, dia sebenarnya seorang yang penyayang.

Encik Redza memperkenalkan Nur kepada staf Rumah Perlindungan Darul Iman.

"Kak, kenalkan staf baru kita Nur Batrisya,"

Nur menghulurkan tangan bersalam.

"Nur Batrisya, cantik nama,"

"Terima kasih,"

"Panggil akak Ustazah Salmi ya Nur,"

"Baik kak,"

"Yang lain-lain semua dah menunggu dalam bas, kalau Redza dan Nur dah ready kita boleh gerak sekarang,"

"Tak lena tidur budak-budak tu seronok sangat nak pergi Sunway Lagoon,"

"Ye ke kak?" Nur tersenyum.

Dia dapat membayangkan betapa seronoknya perasaan budak-budak itu.

"Jomlah kita," ajak Ustazah Salmi.

Dalam perjalanan menuju ke bas persiaran yang telah sedia menanti, tangan Nur dipegang erat seorang budak lelaki.

"Nak duduk dengan kakak,"

"Jom, Nur mengeratkan genggaman,"

"Nama adik siapa?"

"Luqman,"

"Owh nama akak Nur Batrisya,"

Luqman hanya tersenyum memandang Nur.

Kasihan, mungkin sahaja anak itu merindui keluarganya.

"Redza dengan Nur duduk sekali ya," kata Ustazah Salmi.

Luqman akur dan mengambil tempatnya di belakang.

Belum sempat bas bergerak, Luqman sudah berada di tepi tempat duduk Nur.

"Luqman nak duduk dengan kakak,"

"OK meh sini," Nur menepuk pahanya.

Luqman terus mempamerkan gigi putihnya.

Gembira.

"Manja betul Luqman ni," tegur Ustazah Salmi.

"Kesian kak Nur,"

"Kena meriba kamu,"

"Takpe ustazah, sekali-sekala, lagipun dekat je,"

"Kakak, nanti dah sampai sana, jangan tinggalkan Luqman ya,"

"Tak, kita satu team nak?"

"Nak,"

"High 5,"

Redza hanya memerhatikan Nur dan budak lelaki itu.

Boleh tahan banyak mulut si Luqman ni.

Habis disoal-siasatnya Nur.

Tapi Nur seperti biasa hanya melayan.

Dia teringat pesanan ustazah di sekolahnya.

"Kalau kamu direzekikan menjaga atau berada di kalangan anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal, maka jagalah mereka. Jika tidak mampu
dengan wang ringgit, gunakan tenaga, kongsikan kasih sayang, kerana sesungguhnya mereka adalah penghuni syurga,"

"Shhh Luqman, kita cakap perlahan-lahan ya, abang ni tengah tidur, Luqman good boy kan?" Nur resah apabila bosnya seperti terganggu.

"OK kakak," bisik Luqman.

"Kenapa kakak datang dengan abang ni?"

"Abang ni bos tempat kerja kakak,"

"Luqman tidurlah dulu, nanti dah sampai sana akak kejutkan,"

"Jalan jem ni nak pergi sana,"

Ternya ta Luqman budak yang baik, sebaik sahaja disuruh dia terus menutup mata.

"Awak pakai magik apa?" tanya Encik Redza.

"Hah?" Nur pelik.

"Awak suruh dia tidur, terus dia tidur,"

"Owh, takde magik pun,"

"Banyak mulut betul,"

"Sorry Encik Redza,"

"Maybe dia rindu family dia,"

Encik Redza sekadar mengangguk.

Perjalanan yang memakan masa melebihi 1 jam 30 minit itu akhirnya berakhir.

"Anak-anak kita semua dah sampai, pakai topi dan bawak beg masing-masing ya,"

"Jangan hilangkan topi sebab nanti kat dalam ramai orang, susah kita nak kenal pasti nanti,"

"Ustaz dan Ustazah akan bahagikan awak semua kepada kumpulan kecil,"

"Dengar nama kamu dipanggil ya,"

Setelah selesai urusan mendapatkan wrist band, semua kumpulan bergerak.

Seperti biasa Nur dan Encik Redza dalam satu kumpulan dan mereka perlu menjaga sepuluh orang budak.

Maksudnya sorang lima budak.

"Kak, Luqman nak satu kumpulan dengan akak,"

"OK meh sini dengan akak,"

Ustazah Salmi hanya mengelengkan kepala.

Terpaksa mereka mengeluarkan seorang budak dari kumpulan Nur dan ditukarkan dengan Ustazah Salmi.

"Okay mula-mula kita nak pergi mana dulu?" tanya Encik Redza.

"Masuk rumah hantuuuuuuu," jerit sebahagian budak lelaki.

"Tak nak lah takut," kata budak-budak perempuan.

"Apa nak takut, hantu tu tak wujud," bukan main berlagak jawab seorang budak lelaki.

"OK kita mulakan dengan masuk rumah hantu ya,"

Kami semua berbaris sementara menanti giliran untuk masuk.

"OK semua pegang tangan ya,"

"Ingat kalau kena usik dengan hantu jangan pegang or pukul dorang,"

"Kalau tak nanti dorang balas balik," pesan penjaga pintu kepada budak-budak.

"Awak takut tak?" tanya Encik Redza.

"InsyaAllah tak, cuma saya tak suka lalu jambatan yang berpusing tu, pening kepala nanti," jawab Nur.

"We will see," balas bos.

"Amboih mamat ni, dia ingat aku penakut ke?" kata Nur di dalam hati.

"Ladies first," Encik Redza mempersilakan Nur untuk jalan dahulu.

"OK,"

"Kakak, Luqman takut,"

"Jangan takut, kak Nur kan ada,"

Luqman memeluk pinggang Nur, matanya ditutup rapat, diikuti budak-budak lain dibelakang.

Keadaan di dalam Scream Park sangat gelap dan berkabus.

Nur hati-hati melangkah.

Kalau dia sorang-sorang gerenti laju dia jalan untuk melepasi halangan hantu ni semua.

Tp dibelakangnya ada 5 orang kanak-kanak yang perlu dilindungi.

Dinding ditepuk kuat dan muncul zombi di tengah-tengah laluan.

Semua budak menjerit dan Luqman mula menangis.

"Takde apa, takde apa, tak payah tengok dia,"

"Jalan rapat-rapat dengan akak ya,"

"Huhuhu," tangisan Luqman semakin kuat.

Dia kaku dan tidak bergerak.

"Meh sini akak dukung,"

Nur memutuskan untuk mendukung Luqman.

Tangisan Luqman berhenti serta merta.

Akhirnya mereka berenam berjaya melepasi semua halangan.

Kumpulan Nur sudah selesai, sekarang mereka menunggu kumpulan Encik Redza.

Nampak gayanya, kumpulan Encik Redza juga tidak terlepas dari diganggu hantu.

Dia juga keluar sambil mendukung dua orang budak perempuan di kanan dan kiri.

Nur hanya tersenyum memandangnya.

Encik Redza membalas senyuman Nur.

"Luqman, akak letak kat bawah ya,"

"Kita dah selamat, dah takde hantu lagi,"

"Jom tukar baju, kita nak mandi kolam,"

"Yeayyyy," sekejap sahaja Luqman pulih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience