BAB 2

Romance Completed 12108

"Okay malam ni kau jangan gatal-gatal nak tidur lambar Nur, kau dah lah tergolong dalam spesis susah nak bangun," Nur membuat
pakatan dengan dirinya.

Dia perlukan tenaga untuk mengharungi hari esok yang penuh cabaran

Yelah esok adalah hari pertama dia meninggalkan status penganggur.

Alarm dikunci sebelum dia memejamkan mata.

Mungkin kerana terlalu nervous Nur terbangun setiap sejam.

"Brain, why you no sleep?"

"Masaklah macam ni,"

"Mau mata panda aku kejap lagi,"

Jam baru sahaja menunjukkan pukul 4.30 pagi.

Nur memujuk matanya untuk lelap semula.

Tepat jam 6.00 pagi alarm berbunyi.

Seperti yang dijangka, Nur bangun dengan mata panda dan kelihatan serabut.

Dia bingkas bangun menuju ke bilik air.

Selesai membersihkan diri, dia menunaikan solat Subuh.

Kemudian Nur bersiap-siap untuk ke pejabat.

"Wah macam tak percaya anak mak dah bangun sebelum mak yang kejutkan,"

"Mak ni, pagi-pagi cuba jangan merosakkan mood,"

"Hah, dah kenapa pulak muka tu macam cekodok lembik?"

"Tak dapat tidurlah mak,"

"Apa yang kamu buat sampai tak dapat tidur?"

"Tak buat apa pun, tapi mata ni ha dia tak nak pejam,"

"Kamu takut ke nak masuk kerja?"

"Taklah sangat, tapi takutlah jugak,"

"Tempat baru kan mak?"

"Kamu kenalah belajar sesuaikan diri,"

"Hormat orang, buat kerja elok-elok,"

"Dah meh duduk ni sini makan sarapan,"

"Takpelah mak, Nur takde selera,"

"Kalau macam tu biar mak bungkuskan,"

"Nanti kalau lapar bolehlah kamu jamah,"

"OKlah kalau macam tu,"

Selesai bersalam dan mengambil bekal, Nur terus ke pejabat.

************************************

Mengikut surat panggilan, dia dikehendaki berkumpul di ruang menunggu lobi syarikat.

Jadi Nur hanya menunggu di situ.

Mungkin kerana waktu masih awal, hanya dia satu-satunya calon yang tercegat di situ.

Selepas sekekita baru ada manusia lain yang tiba.

Semua mata melihatnya yang terconggok di situ seorang diri.

Ada yang memandang sinis.

Ada yang menghadiahkan senyuman.

Ada yang pandang pun tidak.

"Nur Batrisya Binti Mohamad?" tiba-tiba namanya dipanggil.

"Ya,"

"Jom ikut saya,"

"Baik,"

"Awak tunggu dekat sini sementara kawan-kawan awak yang lain sampai,"

"Nanti kita adakan sesi orentasi ya,"

"Mengantuknya," Nur cuba sedaya upaya untuk kelihatan segar.

Tidak lama kemudian, ada seorang budak lelaki dan perempuan masuk.

"Akak dah lama sampai?" tanya budak perempuan.

"Takdelah lama sangat," jawab Nur.

"Saya Naila," panggil Ila je.

"Akak Nur Batrisya, panggil Nur pun takpe,"

"Nasib ada akak, saya ingatkan saya sorang-sorang perempuan,"

Nur hanya menguntum senyum.

Sesi orientasi bermula dan mereka dibawa melawat sekitar syarikat.

"Boleh tahan besar kan tempat ni kak?"

"Boleh kurus kita nanti," ujar Ila.

"Kalau boleh macam tu, aminnnnn," balas Nur.

"Eh kenapa? Akak rasa akak gemuk ke?" tepat betul soalan itu ke muka Nur.

"Mestilah Ila, tak nampak ke lebihan lemak yang tergantung di serata buana ni,"

"Hahahaha, kelakarlah akak ni,"

Mereka berdua ketawa.

Setelah selesai mengadakan lawatan, mereka akhirnya di hantar ke jabatan masing-masing.

Nur ke bahagian Perhubungan Awam dan Ila ke bahagian Latihan.

"Kak nanti kita rehat sama-sama ya,"

"OK,"

"Nanti kita jumpa dekat pintu masuk ya,"

******************************
Berdebar-debar Nur menyusun langkah kaki ke jabatannya.

"Awak tunggu sini, nanti bos awak nak jumpa,"

"Baik,"

Kali ini dia terpaksa menunggu lagi.

Selepas 30 minit muncul seorang lelaki, dia yakin ini adalah bosnya.

"Assalamualaikum,"

"Waalaikumussalam," jawab Nur.

"Dah lama awak tunggu?"

"Taklah, baru je naik lepas orentasi,"

"So awak Nur Batrisya akan bertugas di bawah saya,"

"Di sini awak akan banyak dengan saya sebagai pembantu saya,"

"Owh lupa nak kenalkan diri,"

"Saya Encik Redza,"

"Selamat bertugas Cik Nur Batrisya,"

"Panggil Nur pun takpe,"

"Nanti dorang akan tunjukkan tempat awak,"

"Baik,"

Belum sempat Nur menutup pintu bilik bosnya, namanya telah diseru.

"Nur Batrisya budak baru,"

"Ya saya," Nur menoleh dan mencari-cari kelibat orang yang bersuara itu.

"Ni ha, kat sini,"

"Owh sorry saya tak nampak,"

"Tempat kau kat sini,"

"Terima kasih,"

"Saya Nur," dia mula mengenalkan diri.

"Isma,"

"Jangan terkejut kalau kau mula kerja dah banyak kerja sebab kau memang datang tepat pada masanya jabatan kita tengah banyak kerja,"

"OK kak,"

"Mula-mula study dulu fail ni,"

"Kalau ada benda tak faham atau nak tahu dengan lebih lanjut nanti boleh tanya akak,"

Nur mula membaca setiap helai dokumen di hadapannya.

Ada yang dia faham, ada yang dia tak faham.

Berdenyut-denyut kepalanya.

"Nur, kau OK tak?" tanya kak Isma.

"Saya OK kak, cuma pening kepala sikit,"

"Tu baru sikit, nanti kau akan lebih pening lepas tengok fail yang akak bagi kau lepas ni,"

"Err sebenarnya saya sakit kepala dari rumah bukan sebab baca dokumen ni,"

"Kalau macam tu tentu kau takde masalah nak survive dekat sini,"

"Harap-harapnya begitulah kak,"

"Nanti nak lunch sama-sama tak?" tanya kak Isma.

"Boleh saya ajak kawan saya? Tadi lepas oreintasi kami dah janji nak makan sama-sama,"

"Boleh je,"

"Ila.....Ila....panggil Nur,"

"Kak, saya ingat akak dah lupakan saya,"

"Lama saya tunggu,"

"Sorrylah, akak kat tingkat 8, memang lama sikit tunggu lif tadi,"

"Hehehe, takpelah, jom kita pergi makan kak,"

"Eh jap, kenalkan ni kak Isma, dia satu bahagian dengan akak,"

"Kak, saya Naila, panggil Ila je,"

"Korang nak makan apa? tanya Isma.

"Kat sini selalunya orang lunch kat mana?" Ila memulakan bicara.

"Ada yang makan kat kafeteria, ada yang makan dekat luar,"

"Bergantunglah pada anak tekak dan poket masing-masing,"

"Hari ni kita cuba makan kat kafeteria dulu ye kak," cadang Ila.

"Akak on je," jawab Nur.

"Wah ramainya orang," Ila kagum dengan kafeteria yang luas dan interior designnya.

"Tutup mulut tu Ila nanti lalat masuk," usik Nur.

"Akak nak makan apa?"

"Nak try soto kot,"

"Ila pun nak makan sotolah, macam sedap,"

"Kak Isma nak makan apa?"

"Akak nak makan mee kari,"

Sampai sahaja giliran mereka, Nur mula menyebut makanan yang hendak dipesan.

"Nak bihun soto dua, mee kari satu,"

"Terima kasih,"

"Orang baru ya, mak cik tak pernah nampak pun," tanya mak cik yang menyerahkan makanan.

"Haah, arini baru lapor diri,"

"Kita nak duduk mana ni?" tanya Nur sambil berhati-hati membawa dulang makanannya.

"Sana ada kosong," tunjuk Ila.

"OK, jom makan,"

"Kak Isma dah lama kerja sini?" tanya Ila.

"Bolehlah, dah 3 tahun akak kat sini,"

"Lama jugak,"

"Korang memang dah kenal ke?"

"Taklah, kami baru jumpa pagi tadi masa orentasi,"

"Ingatkan korang memang dah lama kenal,"

Ila dan Nur hanya tersenyum.

Selesai menjamu selera mereka bertiga berbual-bual bercerita untuk saling mengenali.

"Kak mulai hari ni akak jangan lupakan Ila ya setiap kali waktu makan,"

"Yelah-yelah,"

"Kat bahagian kamu semua orang puasa ke?" tanya Isma.

"Takdelah kak, tapi semuanya lelaki, Ila je satu-satunya perempuan," Ila mengeluh.

"Takpelah, nanti waktu rehat je kita jumpa OK,"

"Chaiyok, jangan mengeluh hari pertama kerja," pujuk Nur.

"Dah lah jom kita naik,"

Ramai orang menunggu lif, semuanya takut lambat.

Nur bernasib baik kerana dia adalah orang paling hadapan, jadi dia dapat masuk tanpa masalah.

Cuma masalah bila orang di luar menolak-nolak untuk masuk.

Memang tersepitlah dia di belakang.

"Awak," lemah sekali Nur bersuara.

Manusia di hadapannya sedar yang dia sedang menghimpit orang dibelakangnya.

"Saya minta maaf tapi saya dah tak boleh berganjak,"

"Saya tak boleh bernafas,"

Mendengar sahaja ayat itu, terus manusia di hadapan Nur berpusing dan menghadap Nur.

"Encik Redza,"

"Dalam banyak-banyak manusia kenapa pulak lah bos aku," Nur menyumpah di dalam hati.

"Sorry, kita terpaksa macam ni sampai naik atas,"

Encik Redza menahan tangannya di dinding untuk melindungi Nur dari terus terhimpit.

Orang sudah beransur-ansur kurang apabila lif menuju ke tingkat atas.

"Awak OK?"

"Saya OK Encik Redza,"

"Nanti dalam 15 minit datang bilik saya,"

Nur hanya menganggukkan kepala.

"Tok...tok.." pintu bilik Encik Redza diketuk.

"Masuk,"

Encik Redza sedang menjawab panggilan dan hanya mengisyaratkan Nur untuk masuk dan duduk.

Selesai sahaja berbual dia meletakkan gagang telefon dan merenung Nur.

"Ini job description awak, kalau awak tak faham apa-apa boleh tanya saya,"

Nur menyambutnya lalu membaca satu demi satu ayat.

"Ada apa-apa yang awak tak faham?"

"Setakat ni apa yang saya baca saya faham,"

"Bagus,"

"Esok awak dan saya kita akan pergi melawat client,"

"Wear something casual,"

"Ok bos,"

"Perghhhh baru masuk kerja dah kena keluar dengan bos," usik kak Isma.

"Uish akak ni membela ke? Mana akak tahu?"

"Mestilah akak tahu, akka dah lama kerja kat sini,"

"Dia bagitahu tak nak pergi mana?"

"Jumpa client kak,"

Isma hanya tersenyum.

"Kenapa kak? Ada apa-apa ke akak nak cakap?"

"Takde,"

"Kakak kenapa ofis kita ni macam takde orang?"

"Owh dorang semua ni pergi kursus, lusa baru balik,"

"Tinggal akak, kau dengan bos je kat sini,"

"Owh patutlah, pelik jugak saya, kalau satu jabatan ni ada tiga orang je,"

"Memang keje tak balik-balik lah kita Nur oii kalau kita kerja bertiga je,"

"Nur ni nanti baca OK, ni second document penting yang Nur kena amek tahu,"

"Baik kak,"

Setelah menteliti semuanya Nur mula mencatatkan isi-isi yang penting.

Maklumlah dokumen syarikat tak boleh bawak balik rumah.

Nur berjaya menamatkan hari pertama dengan jayanya.

"Macam mana Nur? Ok ke tempat kerja kamu?"

"OK je mak,"

"Bos kamu lelaki ke perempuan,"

"Dua-dua. Selalunya kalau bos lelaki senang sikit kerja kamu,"

"Mak, dunia sekarang ni sama je. Lelaki ke perempuan ke bila datang nak meroyan dia, datang jugak,"

"Doakan bos Nur bukan dari golongan sakit jiwa ye mak,"

"Hahaha, ada-ada je kamu ni, pergilah naik mandi, nanti turun makan,"

"OK mak, Nur naik dulu,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience