BAB 11

Romance Completed 12108

"Awak please," mata Nur mula berkaca.

Nur mula menyenduk nasi ke dalam pinggan.

Satu untuk dia, satu untuk Redza.

Dia melihat lauk di atas meja.

Semua lauk kegemarannya.

"Awak nak lauk apa?"

"Saya tak tahu awak suka apa,"

Nur seperti orang gila hanya bercakap sendirian.

Redza masih lagi diam.

"Redza," panggil Nur perlahan.

Redza menghela nafas panjang.

Nur mula menangis.

"Sorry Nur tak bagitahu Redza, lepas ni Nur share semua,"

"Sumpah Nur share,"

"Tak baik sumpah-sumpah,"

Redza menyeka air mata Nur.

"Dah jom makan,"

Nur senyum.

Dia bangun dan memeluk Redza dari belakang.

Redza kaget.

Nur mula makan.

Redza hanya memandang Nur.

"Perlahan-lahan tercekik nanti,"

Habis sahaja ayat keramat itu, Nur betul-betul tercekik.

"Cepat-cepat Redza menyuakan air kepada Nur,"

"Nur, awak ni jangan buat saya risau boleh tak?"

Nur terbatuk-batuk.

Dia hanya mengangguk.

"Boleh, saya boleh buat awak tak risaukan saya,"

"Macam mana?"

"Tutup mata macam ni,"

Nur mengambil dua tangan Redza dan menutup matanya.

"Main-mainlah awak ni," Redza memegang tangan Nur.

"Sorry Redza,"

"It's OK,"

Redza mengambil lauk ikan masak 3 rasa di depan Nur dan mula mengasingkan isinya.

"Nah," Redza menyendukkan isi ikan ke dalam pinggan Nur.

"Awak jangan lah asyik suruh saya je makan,"

"Let's grow stronger together," Nur menunjukkan otot lengannya.

Redza tersenyum.

Ada sahaja modal Nur untuk membuat dia ketawa.

"Awak tak makan pun," rungut Nur.

"Saya... saya..." entah kenapa Redza bersikap begitu.

"Nah bukak mulut, saya suap,"

"Aaaaa," sudu Nur sudah berada di depan mulut Redza.

"Awak tak nak pakai sudu saya?"

"OK kita tukar sudu awak,"

Belum sempat Nur menukar sudu, cepat-cepat Redza membawa tangan Nur ke mulutnya.

Mereka berkongsi sudu yang sama.

"Redza, awak nak tomyam tak?"

Nur meniup kuah tomyam yang berasap-asap tu.

Dia merasa dahulu.

Sepantas kilat dia mengibas-gibas mulutnya.

"Arghhhhh pedasnya,"

"Mak cik yang masak ni bergaduh dengan husband dia ke sebelum masak,"

Redza tersenyum lagi.

Nur memang seorang yang periang.

Dengan tomyam pun boleh jadi kerja.

Dia meniup tomyam itu sehingga dia yakin telah sejuk sebelum menyuapkannya kepada Redza.

"Jangan risau takde bakteria memberhaya,"

Redza mengelak.

"Awak takut pedas ke?"

"OK lah kalau awak tak nak,"

"Sini saya makan sendiri," Redza merampas sudu dari tangan Nur,"

Mereka menjamu selera sehingga kenyang.

Selesai makan Nur menyusun semua pinggan mangkuk dan mengasingkan sisa makanan.

Redza hanya melihat.

Dia berjalan ke arah pemilik restoran dan menjelaskan harga makanan.

Nur menunggu Redza di kaki lima restoran.

"Awak, lepas ni saya janji saya yang akan belanja awak makan OK,"

"Asyik awak je yang belanja,"

"Tak bestlah,"

"Or awak nak saya masak untuk awak?"

"Saya takdelah pandai sangat, tapi InsyaAllah tak beracun,"

"OK...deal," Redza setuju.

Mereka pulang semula ke resort.

Sebelum turun, sempat Redza berpesan supaya Nur terus naik dan tidur dan tidak perlu runsing dengan dekorasi.

"Awak, kita baru lepas makan berat, mana boleh tidur,"

"Habis tu awak nak buat apa?"

"Kita jalan-jalan nak?" cadang Nur.

"Awak tak takut?" tanya Redza.

"Tak, awak ada,"

Redza dan Nur berjalan menuju ke pantai.

Ramai lagi yang tidak tidur.

Mereka berjalan berdua-duaan.

"Kalau ramai macam ni, kita tak payah takut kena tangkap khalwat,"

Nur tersengih.

"Kalau awak kena tangkap dengan saya, awak tak sudi?" Redza menyakat Nur.

"Tak nak lah jadi macam tu,"

"Habis tu nak jadi macam mana?"

"Jadi secara normal,"

"Ja..." belum sempat Nur menghabiskan ayat Redza memegang erat tangan Nur.

Nur cuba melepaskan genggaman.

Semakin kuat Redza memegang tangannya.

"Nur saya tak tahu apa awak dah buat pada saya,"

"Bila dengan awak, saya happy, saya selalu senyum,"

"Bila saya balik rumah, saya tersengih sorang-sorang bila teringat lawak-lawak awak,"

"Bila awak hilang macam tadi, saya panik,"

"Otak saya blank,"

"Kenapa dengan saya Nur?"

Nur berhenti melangkah.

"I've lost control when it's come to you,"

Dada Nur berdebar-debar.

"Apa awak cakap ni Redza,"

"Saya dah cakap apa saya nak cakap,"

"Terpulang pada awak macam mana awak nak faham,"

"Kejap-kejap," Nur seperti biasa blurr.

Nur memandang tepat anak mata Redza.

Kemudian memegang pipinya.

Dia mula merasakan mukanya panas walaupun sebenarnya angin bayu laut menghempas lembut wajahnya.

"Boleh saya jadi imam awak untuk selamanya Nur?"

Nur menelan air liur.

Dia hanya mengangguk.

"Bye," kata Nur.

"Ehhhh," Redza pelik.

Nur berlari balik ke bilik.

"Saya malu nak tengok awak Redza,"

Redza tersenyum.

Malam ini adalah malam terindah dalam hidupnya.

Nur sampai di bilik.

Satu pesanan masuk.

"I really mean it, I love you Nur,"

Nur membalasnya dengan emoticon smiley pengsan.

"Redza thanks for everything, sweet dream SAYANG,"

Sengaja Nur membesarkan tulisan sayang.

Redza hampir melompat menerima mesej dari Nur.

Dia tidur sambil memegang erat telefonnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience