BAB 1

Romance Completed 12108

Dari semalam Nur tidak dapat melelapkan mata.

"Uish kenapa laju semacam jantung aku ni?"

"Macam nak pergi menikah pulak,"

"Padahal nak pergi temuduga je,"

"Nur, apa lagi kamu buat dalam bilik tu? Kang lambat pulak," suara emak mula nyaring.

"Ha yelah mak, Nur dah nak siap ni,"

"Cepat sikit, pakai kemas-kemas, tudung tu tak payah nak lilit sampai tengkorak kamu terbelit,"

Nur ketawa.

"Pandai buat lawak jugak mak aku ni," kata Nur di dalam hati.

Nur turun ke dapur setelah siap.

"Mak tahun depan boleh la pergi ujibakat Maharaja Lawak Mega,"

"Banyaklah kamu,"

"Mak orang lapar,"

"Ambil sandwich ni makan dalam kereta,"

"Tapi mak,"

"Nur tak boleh makan sambil driving,"

"Pandai-pandai kamulah,"

"Cuba jadi kreatif,"

"Tapi mak,"

"Takde tapi-tapi kalau kamu tak gerak sekarang nanti kamu lambat,"

"Menyesal betul bangun lambat,"

"Ha tahu pun menyesal bangun lambat, tapi seingat-ingat mak kamu tak pernahnya bangun cepat,"

"Yelah-yelah orang pergi ni,"

Dia melihat jam, masih lagi berbaki 40 minit sebelum sesi temuduga bermula.

Nur mula berpeluh sejuk.

"Aduhai kenapa jem sangat ni?"

"Masin mulut mak ni,"

Sementara menunggu kereta di hadapan bergerak, dia menjamah sandwich yang dibekalkan.

"Ya Allah kau permudahkanlah perjalanan aku ini,"

"Sesungguhnya aku amat memerlukan kerja dan duit untuk kelangsungan hidup,"

Doa Nur sekuat hati lalu menadah tangan.

Tidak lama kemudian, dia sudah berada di perkarangan bangunan yang mungkin bakal menjadi tempat dia mencari rezeki.

Sebelum keluar dari kereta, Nur sempat membetulkan tudung dan bajunya.

"Bismillah," sebut Nur sewaktu kakinya mencecah jalan tar.

"Baiklah mari kita mencari bangunan yang betul,"

Nur mengamati penanda arah yang berada di atas kepalanya.

"OK tingkat 3,"

"Mujur sahaja dia tidak memakai kasut tumit tinggi,"

"Tingkat 3, tingkat 3, tingkat 3,"

Berulang kali Nur menyebutnya di dalam hati.

Mungkin kerana risau atau mungkin kerana dia sudah tiada benda lain yang hendak dibuat.

Sebaik sahaja dia selamat mendaki bangunan tiga tingkat itu, Nur melihat ramai juga yang datang mencuba nasib.

"Pergh ramainya, takpe-takpe relax kalau ada rezeki adalah,"

"Hai, dah lama sampai?" Nur cuba berbasa basi dengan calon lain.

"Hai, bolehlah tahan, takdelah lama sangat,"

"Baru jugak sampai," jawab orang sebelahnya.

"Awak pun datang interview?"

"Ya saya," balas Nur.

Lama juga mereka menunggu giliran masing-masing dipanggil.

"Mujur aku dah makan, kalau tak confirmed mati kebulur,"

"Hampir tiga jam menunggu akhirnya sampai giliran Nur untuk ditemuduga,"

"Nur Batrisya Binti Mohamad,"

"Ya," Nur bangun penuh bersemangat.

Pintu bilik temuduga dibuka.

Nur memberi salam.

Salam darinya disambut dan Nur dipersilakan duduk.

"Jadi awak datang ni nak kerja?" tanya salah seorang panel.

"Ya saya," jawabnya jujur.

"Tak nampak muka macam orang nak kerja je?" balas penemuduga penuh sinis.

Nur hanya diam.

"Kenapa awak tak menjawab?"

"Saya tak tahu macam mana nak jawab Puan,"

"Jawablah, budak-budak muda sekarang ni kan pandai bab-bab menjawab ni,"

"Puan dah breakfast?" tanya Nur.

"Belum,"

"Patutlah Puan, mak saya kata kita ni tak kira tua muda kecik besar berkerja atau menganggur, breakfast tak boleh skip, kalau tak nanti kita lupa
macam mana nak jadi manusia," senafas sahaja Nur membalas.

"Ini mak saya ada bekalkan sandwich, ameklah puan," pelawa Nur.

"Kan aku dah kata budak-budak sekarang ni memang suka menjawab,"

Panel yang berada di hadapannya hanya mengeleng-gelengkan kepala.

"Maaf kalau saya salah," lalu tersengih.

"OK awak diambil bekerja,"

"Saya suka orang macam awak ni, berterus-terang,"

Nur terkesima. Dia cuba memproses maklumat apa yang baru sahaja singgah di telinganya.

"Maksudnya saya diterima berkerja?"

"Ya, tak nak ke?"

"Eh nak, nak sangat, terima kasih,"

Selesai bersalam dan mengucapkan terima kasih, Nur keluar dari bilik temuduga tersebut.

Masih lagi dalam keadaan terpingga-pingga.

Nur cubit lengannya. Sakit.

Nur cubit pula pipinya. Sakit.

"Wahhhhhhh, aku dah dapat kerja,"

"Terima kasih Ya Allah. Alhamdulillah,"

"Tapi ada ke orang dapat kerja lepas menjawab?"

"Arghhhh sudahlah, janji aku dah dapat kerja,"

"Yahooooooo," Nur sungguh gembira.

"Alamak hari nak hujan,"

"Mujur aku bawak payung kecik ni pergi mana-mana,"

Belum sempat Nur memulakan langkah, tangannya ditarik.

"Owh mak kau terkejut," dia melatah.

"Sorry saya tak berniat nak buat awak terkejut," kata pemuda yang berada di hadapannya.

" Ya encik ada apa boleh saya tolong," sambil mengurut dadanya.

"Pinjam payung," katanya.

"Tapi payung ni ada satu ni je, encik nak pergi kat kereta ke? Apa kata encik tunggu kat sini, saya pergi ambil kereta. Pastu saya datang sini
ambil encik hantar pergi dekat kereta encik," Nur memberikan idea.

"Banyak betul perkataan encik saya guna kan? Tunggu kejap ek, saya pergi sekarang,"

Terus sahaja dia berlari-lari anak menuju ke keretanya.

Tidak lama kemudian Nur sampai dengan keretanya.

"Naiklah encik," pelawa Nur.

"Mana kereta encik?"

"Tu ha kat sebelah sana," tunjuk pemuda itu.

"OK, dah selamat sampai,"

"Terima kasih hantar saya,"

"No problem,"

Lelaki itu mahu membuka pintu.

"Encik ambil lah payung ni, hujan lebat sangat,"

"Takpelah dekat je pun,"

"Okay, suka hati enciklah,"

"Bye,"

Pemuda tadi hanya menganggukkan kepalanya.

***************************************

"Mak......Mak....."

"Ye Nur, apa yang kamu terjerit-jerit ni?"

"Mak, Nur dah dapat kerja!"

"Aii kemain cepat, bukan ke kamu baru pergi interview tadi,"

"Entah lah mak, rezeki kot,"

"Alhamdulillah,"

"Senang hati mak,"

"Hehehehe, mak jom kita keluar makan,"

"Tak makan lagi ke?"

"Belum,"

"Lama Nur tunggu giliran Nur tadi,"

"Tak payahlah buang duit, pergi je makan apa yang ada kat dapur tu,"

"Hehehehe mak ni berjimat betullah,"

"Bila orang tu kata kamu kena mula?"

"Minggu depan,"

"Nanti dorang hantar surat,"

**************************************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience