BAB 7

Romance Completed 12108

Akhirnya Isnin menjelma.

"Good morning kak Nur," tegur Ila.

"Morning Ila,"

"Rindu akak, macam lama sangat tak jumpa,"

"Eleh, baru tiga hari,"

"Hehehehe, tak seronoklah takde akak,"

"Kenapa pulak?"

"Ila lagi suka dengan akak," Ila memeluk pinggang Nur.

Pintu lif terbuka.

"Bye akak naik dulu ya,"

"Bye kak, nanti kita lunch sama-sama ya,"

"Okay,"

Tergesa-gesa Nur masuk dan terlanggar beg tangan salah seorang mereka yang sudah pun berada di dalamnya.

"Hey watch it, don't scratch my Prada!"

"Sorry miss, it's my mistake," Nur meminta maaf.

Semua mata melihat pada Nur.

Nur hanya pandang bawah.

Pintu lif terbuka di tingkat 8.

Nur keluar.

Tiba-tiba kak Isma menyilang tangannya dan melakonkan aksi tadi semula.

"Hey, watch it my Prada!" jeritnya.

Nur ketawa.

"Akak, ada jugak,"

"Adalah, kau yang tak nampak,"

"Garangnya orang tu, terperanjat Nur. Ni semua Ila punya pasal,"

Puas mereka ketawa, kemudian mereka menjenguk ke belakang.

Nampak gayanya Redza juga di dalam lif yang sama.

"Good morning bos," kedua-dua Isma dan Nur memberi ucapan selamat pagi.

"Morning," balas Redza.

"Akak lain kali jangan lah berlakon lagi, kalau Miss Prada tu yang kat belakang tadi, naya kita,"

"Ha yelah, tak jadi akak nak berlakon lama-lama," Isma juga setuju.

Redza hanya ketawa.

"Lucu jugak staf aku ni," katanya di dalam hati.

Nur memulakannya harinya dengan membaca akhbar supaya dia tahu apa yang terjadi di sekelilingnya.

Tidak lama kemudian semakin lama staf masuk.

Semua orang memandang ke arah Nur.

"Budak baru ke?"

Nur terdengar mereka bertanya sesama sendiri.

"Yelah tu budak baru,"

"Ha semua mari aku kenalkan," kak Isma bersuara.

"Ini Nur Batrisya, dia adalah assistant kepada Encik Redza.

Nur bangun dan bersalaman dengan semua seniornya di jabatan itu.

"Bila awak interview?" tanya salah seorang staf.

"Minggu lepas kak," jawab Nur.

"Amek course apa?" tanya kakak di belakang.

"MassComm majoring in Public Relations," balas Nur.

"Owh, padanlah," jawab yang lain pulak.

"Hai cik adik, nama abang Azlan,"

"Am one of the exec here,"

"Saya Nur," dia memperkenalkan diri.

"Nanti kalau ada apa-apa tak faham boleh tanya ya," Azlan cuba memancing.

"And kalau tak faham apa mamat ni cakap awak boleh tanya saya,"

"Saya Izwan," graphic designer.

"Saya Nur,"

"Nur jom akak ikut ko jumpa second boss," kak Isma menarik tangan Nur menuju ke bilik Puan Rokiah.

"Knock...Knock.." pintu bilik diketuk.

"Assalamualaikum puan, ni saya bawakkan staf baru jumpa puan,"

"Waalaikumussalam Isma,"

"Ya, ya saya ada dengar,"

"Duduklah dulu staf baru,"

"You may go now Isma,"

"Saya Nur Batrisya puan," Nur menghulurkan tangan bersalam.

Puan Rokiah menyambutnya tapi dengan acuh tidak acuh.

"So you dibawah Redza, hopefully you kerja bersungguh-sungguh dan tak main-main,"

"Ya puan, InsyaAllah,"

"Di sini kita mementingkan disiplin dan ketekunan dalam membina syarikat,"

"Prove yourself,"

"I will,"

"You can leave now,"

"Owh Batrisya before that, boleh tak you turun kafeteria belikan air Hot Choc, tak sempat breakfast tadi,"

"OK boleh,"

Nur hanya mengikut arhan dan turun ke kafeteria.

Dia datang semula dengan Hot Choc ditangan.

Redza hanya memerhatikan dari jauh.

Nur dapat menangkap riak wajah Redza sebelum memasuki pintu Puan Rokiah.

"Puan ini Hot Choc nya,"

"Nah amek duit ni and keep the change,"

"Takpe puan,"

"Amek, simpan, nanti kalau saya suruh lagi dah ada duit,"

"Haaaa, suruh lagi?" Nur mula bertanya-tanya.

"Takpe, nanti bila Puan nak mintak tolong lagi saya mintak ya,"

Puan Rokiah hanya memandang Nur.

"Saya mintak diri dulu ya Puan,"

Keluar sahaja dari situ, dia terus ke bilik Redza.

"Knock...Knock.." pintu diketuk.

"Masuk," kata Redza.

"Encik Redza cari saya,"

"Yup, seronok tak jadi tea lady?" sempat Nur diperli.

Nur hanya buat muka selamba.

"Nur, awak datang sini nak kerja. Kerja as my assistant, lepas ni kalau ada yang berani suruh awak pergi kafe beli apa-apa sebab awak
budak baru, awak bagitahu saya," panjang lebar ayat Redza.

Nur hanya mengangguk.

"Amek fail dalam almari tu, tiga dari kanan,"

Nur berjalan ke almari yang menempatkan dokumen rahsia dan membawa keluar fail yang diminta.

"Nah Encik Radzi,"

"Tutup pintu tu and duduk sini,"

Nur menutup pintu dan duduk di hadapan Redza.

"OK, depan awak ni fail memgenai aktiviti lepas kita untuk syarikat,"

"Awak boleh teliti fail ni and share your thoughts about it withh me,"

"I'll give you 30 minutes,"

Nur mula membaca dan mengkaji fail tersebut.

Redza hanya memandang Nur.

Baru 15 minit berlalu, Redza melihat Nur sudah memandangnya.

"Done?" tanya Redza.

"Yeah," jawab Nur.

"So be honest, what do you think of it,"

"Saya tahu awak orang yang jujur, cakap jelah,"

"Ya Allah bosannya,"

"Takde orang complaint ke?" Nur mula berkongsi pendapatnya.

Redza sudah menjangkakan jawapan dari Nur.

"So apa yang awak cadangkan?"

"Disebabkan syarikat kita more to goods and services apa kata kita libatkan society,"

"Disamping memperkenalkan jenama kita, kita jugak boleh study customer needs,"

"We don't have to spend a lot of money,"

"Cukup dengan promotion dari media social, dari situ kita tengok sambutan dia macam mana,"

Redza mengangguk.

"Boleh kita blast out latest product in media social boss?"

"We don't have one,"

"Then I'll go and make it,"

"Good. Kalau awak perlukan apa-apa tanya Isma dan yang lain,"

"I'll see you after lunch," kata Redza.

"OK Encik Redza,"

"Nur,"

Belum sempat Redza berkata-kata.

"Encik Redza, kalau kita kat pejabat saya panggil Encik Redza ya, saya takutlah nak panggil nama je," senafas sahaja Nur berkata-kata.

"Saya nak pesan, jangan lupa apa yang saya cakap tadi, jangan nak jadi tea lady orang,"

"Awak cuma boleh jadi tea lady, coffee lady untuk saya,"

"Faham?"

"Faham bos," Nur mengangguk.

"Nur,"

"Ya bos,"

"Phone extension saya 001,"

"Macam James Bond,"

"OK Jamess, agent 002 better go now and setup our new social media," sempat Nur tabik hormat kepada Redza.

Redza hanya tersenyum.

Nur kembali dan menyiapkan tugasnya.

Habis semua fail syarikat dibuka.

Dia mencari logo syarikat dan produk terkini.

Begitu tekun Nur berkerja sehingga tidak menyedari masa berlalu.

"Hoih, jom makan," kak Isma menepuk bahu Nur.

"Ya Allah kak terperanjat saya,"

"Jomlah keluar makan, akak lapar ni,"

"Jom,"

Nur dan Isma perlu melintasi bilik Redza untuk ke lif.

Bilik Redza tidak berpenghuni.

Jadi Nur rasa dia sudah pun turun makan.

"Kak, lamanya kalau tunggu lif ni," kata Nur.

"Haah," jawab Isma.

"Jomlah kita turun tangga,"

"Exercise sikit, tadi asyik duduk je,"

"Hah? Turun dari tingkat 8 ni?"

"Yelah," Nur memegang tangan Kak Isma.

"Tak nak lah akak, kalau ko nak ko boleh turun sorang-sorang,"

"Kalau macam tu jom kita lumba siapa yang sampai bawah dulu,"

"Jom, siapa kalah belanja lunch," kata Nur.

"OK," Isma bersetuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience