Ya Allah... apa dia nak buat ni? Cuti-cuti ni kalau asyik duduk rumah confirm memang join kempen 'Mari Menambah Lemak di Badan'. Nak pergi joging malaslah pula.
Nafisya duduk di atas katil. Bertapa sekejap. Fikir nak buat apa.
"Senang-senang pergi makan icecream kat baskin robbin ah. Aloooo... semalam baru makan icecream. Makan donat. Hmm.. sedap." kata taknak gemuk. Tapi makan donat. Adoyaii... Nafisya Amani oii...
Dia cepat-cepat bersiap. Kalau lambat-lambat, takut pula kalau dia ubah fikiran dan akhirnya berakhir di atas katil. Berdengkur je kerja. Aip! First of all, Nafisya Amani tak pernah berdengkur. Cehh.. macam dia control diri sendiri masa tidur. Hahaha..
Selepas puas dengan penampilan dirinya, dia turun ke bawah mencari ibu bapanya. Rasanya abah cuti hari ni. Takkan kerja kut hari Ahad.
"Abah, Fisya nak keluar boleh? Boring duk rumah. Pleasee..." dia memeluk Encik Nazhan. Cara-cara melembutkan hati abah. Kah kah kah!
Encik Nazhan menaikkan kening. Puan Hasnah tersengih melihat anak bongsunya. Beliau hanya mempunyai 2 orang anak. Seorang lagi lelaki bernama Nazihan Asyraf. Berkerja sebagai manager di kilang pembuatan tangki.
"Nak pergi mana?" tu tanda abah nak beri kebenaran. Hahaha...
"Nak makan donut pula. Sambil tu boleh jalan-jalan. Jumpa kawan ke? Boleh tak?" Nafisya tersengih suka bila Encik Nazhan menganggukkan kepala. Dia menyalam
ibu bapanya dan masuk ke dalam kereta.
???
Buk! Terkebelakang Nafisya apabila seorang lelaki merempuhnya. Angin satu badan dia. Gila ke apa mamat ni? Dekat shopping mall tengah jalan boleh telek handphone. Sekali aku debik. Baru dia tahu langit ni tinggi ke rendah.
"Hei! Kau ni kenapa? Jalan tak pandang depan. Habis kasut aku kau pijak. Kau ingat kasut ni jenis beli kat kedai tepi jalan ke, minah?" Firash membuntangkan biji matanya. Dia tak sedar kesalahan sendiri pula tu. Ada sahaja mata-mata memandang mereka. Nasib baik lelaki ini tidak menjerit. Tetapi hanya bercakap dengan nada yang menunjukkan dia bengang.
"Hei mangkuk! Yang kau meroyan tak tentu pasal ni kenapa? Macamlah kasut tu tak boleh basuh. Lagipun kau yang tak berhati-hati. Padan muka!" Nafisya tersenyum sinis ke arah lelaki yang baru dikenalinya.
Muka Firash merah padam. Grrr.. minah ni kenapa? "Nama aku sedap-sedap kau boleh panggil mangkuk je? Hei! Aku tak kira siapa yang bersalah tapi kau mesti kena ganti kasut aku ni semula. No matter what." ewah, ewah. Sedap sahaja dia mengarah.
"Oh! Tak kira siapa bersalah ea? Tu ayat paling bangang pernah aku dengar. Not fair langsung. Dah ah. Malas nak layan budak BENGAP macam kau." Nafisya terus menjeling tajam Firash dan berlalu pergi.
"Grrr... selamba je minah tu. Yelah kata aku bengap. Bengong betul." gerutu Firash perlahan. Hahaha... aku yakin sangat kita akan terserempak lagi. So be ready girl.
Nafisya pula puas apabila dapat melawan lelaki itu. Padan muka! Muka je harap boleh tahan tapi hampas... ceh takdelah handsome mana. Dia pernah jumpa lelaki lagi handsome dari mamat tadi. Cuma bezanya, mamat tadi muka baby face aje. Ish! Takde kerja buat analisis mengarut ni.
Share this novel
shiw
shiw