Bab 2

Romance Series 6828

"Hey beb! I think kau tengah craving donut kan? Aku baca status whatsapp kau. Fortunately, aku pun nak makan donut." Nafisya menunjukkan bekas donut yang dipegangnya. Dia beli 2 bekas yang beisi 12 donut dalam 1 bekas.
Banyakkan? Sebenarnya masa cuti ni keluarga rakan baiknya balik. Anak-anak buah dalam 5 orang. Campur adik-beradik dan ibu bapa Qaisara lagi.
Qaisara tersengih. Dia mengambil donut di pegangan rakannya sambil menjemput Nafisya masuk.
"Thanks beb. Kau rakan terbaik aku. Kau duduklah sini kejap. Aku nak panggil family aku makan sama. Sementara tu masukkan donut ni dalam pinggan." Qaisara selamba sahaja berkata begitu. Hahaha... sebenarnya mereka memang rapat. Jadi Nafisya memang selalu berkunjung ke rumah Qaisara. Ibu bapa Qaisara dan Nafisya juga memang mengenali satu sama lain.
Dalam tangannya lincah memasukkan donat, dia disapa seseorang.
"Kenapa Fisya tak cakap nak datang. Makcik tak buat air pun. Dengan donut ni. Terima kasih ya." Puan Jasmin tersenyum. Nafizah cepat-cepat menyalam Encik Hashim dan Puan Jasmin.
"No prob lah makcik. Fisya pun memang nak makan donut. Saja boring nak makan sorang. Tu yang makan sini tu. Boleh jumpa budak-budak." Nafisya memeluk salah seorang daripada anak buah Qaisara, Dellyna.
"Aunty Fisya, Lyna nak donut coklat ni. Kakak suruh kata dengan aunty supaya masukkan donut basketball dalam piring dulu. Nanti kakak turun." Nafisya mengangguk sambil tersenyum. Tahu sangat yang Nurina suka sangat donut basketball. Sebenarnya Nafisya pun suka juga. Tu yang beli 5 donut basketball tu.
"Aunty! Kenapa dah lama tak datang? Rin tunggu aunty tau. Rin nak ajak aunty keluar kejap lagi boleh?" tiba-tiba ada tangan memeluk leher Nafisya dari belakang. Rupanya Nurina.
"Boleh ke? Dah minta permission?" Nurina mengangguk laju. Dia terus mencapai donut lalu disumbat ke dalam mulut.
Adik beradik Qaisara serta ipar-duainya sudah turun juga. Sepupu Nurina dan Dellyna juga sama.
???
"Rin nak pergi mana ni?" tanya Nafisya tanpa menoleh ke arah Nurina. Dalam ramai-ramai dia paling rapat dengan Nurina disebabkan Nurina mempunyai beza umur yang tidaklah terlalu jauh. Nurina berumur 21 tahun. Nafisya pula 27 tahun.
"Rin nak ajak aunty jumpa kawan Rin. Nak minta pendapat. Kalau aunty kata tak boleh, Rin ok je. Ok. Dah. Biar suprise. Jangan tanya lagi tau aunty."
???
Ya Allah! Apesal mamat tu ada dekat food court ni sekali? Rin... aunty nak balik. Lebih menakutkan ialah Nurina dengan selamba duduk di hadapan seorang lelaki di sebelah mamat bengap tu. Jadi Nafisya terpaksa duduk berdepan dengan Firash.
"Aunty, yang ni errr..." Nurina terdiam lama. "Your boyfriend?" aku cepat memintas. Nurina dan lelaki itu tersipu.
"Ha ah. Yang ni Syariq. Sebelah tu bapa saudara dia, Firash." Firash tersenyum ke arah Nafisya.
"Syariq, this is my aunt, Nafisya." Nurina dan Syariq setuju untuk menanyakan pendapat orang yang paling dipercayai untuk mengelakkan apa-apa risiko.
"Hi, cik Nafisya. Tak sangka jumpa lagi ya?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience