Firash berkerut seketika. Memang kalau kira, banyak gila kerutan diwajahnya. Lama dipandang telifon di tangan. Oh! Baru dia perasan ada calar sedikit di telifonnya. "Mana datang calar ni?"
Haishh.. itu pula yang difikirnya.
Apabila misi menganalisis telifonnya selesai, baru dia ingat tentang Nafisya. "Seriously?! Dia hang up macam tu je? Ewah, ewah... Nak effort konon. Demand semacam! Eee.. nasib baik aku sayang kat kau, kalau tak kau lari ke dunia kayangan pun aku buat donno je tau tak?" penat membebel sendiri dia merasakan ada satu aura di belakangnya.
Terus muka tiada perasaan dipamerkan kepada abang dan adiknya yang sedang menahan tawa dengan kronik.
Tanpa menghiraukan alien-alien yang bakal terputus urat kentut tu, dia terus melangkah semula ke dalam bilik.
Baru sahaja kaki ingin mencecah anak tangga pertama, suara Farisya kedengaran.
"Encik Firash Nawfal tak nak tahukah tentang keberadaan Cik Nafisya Amani ketika ini?"
Firash memandang adik dan abangnya. Muka evil gila.
"Risya jangan main-main dengan angah." amaran serius tahap 10 diberikan.Dengan mata yang cuba ditajamkan. Hahaha...
Faez pula menyampuk.
"Main-main apa pulak? Kiteorang nak tolong ni. Tak sabar nak makan nasi minyak orang tu kan, dik?" disikunya sisi badan adiknya sambil mengenyitkan mata.
Firash menggetap bibirnya.
Terus kakinya melangkah semula ke arah Faez dan Farisya. Farisya menayangkan telifon bimbitnya.
Cepat sahaja tangan Firash ingin menggapai tetapi lebih pantas tangan Farisya menyorokkannya.
"Kenapa pulak ni?" mukanya berkerut.
"Angah, kalau Risya bagitahu kau kat mana Nafisya, kau kena bawak kiteorg sekali tau." Faez tersengih memandang adiknya.
"Ye ye. Bagi aku cepat." sekali lagi dia cuba menggapai telifon adiknya, dan kali ini berjaya.
"JAPAN?!"
Share this novel