Bab 10

Romance Series 6828

Nafisya bermain dengan kucing flat face bewarna putih oren yang diberi nama Bobo. Jangan tanya kenapa dia beri nama tu sebab dia pun tak tahu. Cuma kepalanya spontan memikirkan nama itu. Tapi nama tu memang comelkan?
"Bobo... mama bosan lah. Dahlah mama tengah pening dengan Wafiy tu. Lepastu si Firash tu pula main ignore-ignore pula. Eeee... geram." Nafisya mengelus lembut bulu tebal Bobo.

"Tapi, mama rasa lainlah bila jumpa Firash tapi tak gaduh dengan dia. Yelah... dia tukan memang tak boleh dipisahkan dengan perangai annoying dia tu." Bobo hanya diam memandang ke arah Nafisya.

Sedang leka dia berbual-bual dengan Bobo, tiba-tiba dia mendengar jeritan ibunya. Pantas dia menurunkan Bobo dari gendongannya lalu bergegas turun ke bawah.

Terlopong dia melihat bapanya sudah terbaring dilantai. "Abah!" terus dia mendekati Puan Hasnah dan Encik Nazhan yang sudah pengsan.

"Aduh... abang pergi outstation ni ibu. Kita mana larat nak angkat abah." kata Nafisya dengan gelabah.

Puan Hasnah yang berada di sisi anaknya pantas menjawab. "Call lah sesiapa. Do something, Fisya."

"Ok,ok." dia mendail nombor seseorang.

???
Nafisya tersenyum lega. Nasib baik abahnya tidak mendapat sakit serius. Abah pengsan kerana kurang kuantiti air dalam badan sahaja.

"Uncle ok?" ujar seorang lelaki yang datamg dari belakang. Nafisya terhutang budi sangat dengan lelaki ini. Kalau dia tiada, tentu ayah masih berada di rumah sekarang ini.

"Ok. Terhidrasi. Tu yang pitam." ujar Nafisya kepada Firash. Firash tersenyum. Dalam hati kembang setaman rasanya kerana dalam banyak-banyak manusia, dia juga yang Isya call. Tadi beriya-iya Faez mahu mengikut, tetapi cepar sahaja Firash membidasnya dengan mengatakan nanti sit tak cukup. Akhirnya, dengan muka masam habis, Faez mengalah.

"Oh ye. Thanks sebab tolong tadi. Kalau tak tak tahulah apa nak jadi. Sorry eh kalau ganggu." Nafisya hanya tersenyum melihat Firash menayangkan simbol ok menggunakan jari.

Sudah lama berdiam. "Err.. wei. Kau marah aku ea?" tanya Nafisya secara tiba-tiba. Firash tersentak. 'Aduhh... apa pula aku nak jawab ni?'

"Hah? Mana ada. Kenapa kau rasa macam tu?" soalan dijawab dengan soalan. "Err... t..ttakde papelah." Malu pula Nafisya jadinya. Adushhhh... kau ni kenapa Fisya? Takkan dah tangkap cintan dengan mamat ni.

Firash hanya melihat perlakuan pelik Nafisya. Bukan dia tak tahu yang Nafisya sebenarnya kekok dengannya kerana dia tidak pula mencari pasal dengan gadis itu malah lebih suka berdiam diri. Tapi dia lagi tak sanggup putus sahabat dengan rakan baiknya disebabkan perempuan. Jadi dia pilih untuk mengalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience