Bab 3

Romance Series 6828

"Hai cik Nafisya. Tak sangka jumpa lagi ya?" Nafisya membalas senyuman Hafiz. Takut dowh.. Kang dia pijak kaki aku lagi kuat kang.
"Err.. korang kenal ke?" Syariq memandang Firash dan Nafisya bergilir-gilir. Begitu juga Nurina. Firash sekali lagi menyengih. Gembira pula dia apabila dapat bertemu kembali dengan si Nafisya ni. Rasa nak balas dendam membuak ni.
"Err.. ha ah. Masa tu jumpa dekat shopping mall." Nafisya menjawab perlahan. Syariq dan Nurina mengangguk faham.
"Aduh!" Nafisya terjerit kecil apabila merasakan kakinya dipijak kuat. 'Perghh.. mamat ni lebih pula dia. Siap kau.' sekuat hati Nafisya menendang kaki Firash. Kali ini Firash terdiam seketika. Kemudian menekup mulutnya dengan tangan lalu menjerit kuat. Tetapi tak adalah kuat mana sebab dah kena tutup mulut.
Syariq dan Nurina memandang pelik ke arah pasangan itu. "Rina, back to the main story. Apa yang Rina nak tanya tu?" Nafisya tersenyum puas.
Firash juga menjeling tajam ke arah Nafisya sebelum dia cuba memaniskan wajah sebaik mungkin.
Nurina terdiam. Nafisya hanya memerhati Nurina yang memberi isyarat supaya Syariq yang bercakap. Syariq mengangguk sambil tersenyum.
"Aunty, pak su, kita orang dah lama berkawan tapi kita orang tak surelah keputusan nak couple ni macam keputusan yang tepat. Kita orang baru je. Aunty dengan pak su ada tak nak beri apa-apa pendapat pasal hubungan kita orang?" Syariq memandang tepat ke arah Nafisya kemudian Firash.
"Pak su rasa boleh je. Tapi jangan pelajaran terabailah." Firash memberi pendapat ringkas. Nafisya juga bersetuju dengan Firash.
"Tapi rasanya lebih elok kalau korang kawan dulu. Sebab kalau coule pun tak menjamin hubungan korang kan? Apa kata korang kenal dulu betul-betul. Lepas dah ready terus je masuk meminang. Kan senang. Tapi up to youlah nak buat decision." Nafisya membetulkan sedikit shawl yang dipakainya.
"Hmm.. I rasa I setuju dengan aunty I lah, Riq. Maybe kita boleh berkawan dulu."
"Ok. Nanti I hantar rombongan bila dah sedia ya, sayang?" Syariq selamba mengusik Nurina sambil mengenyitkan matanya.
Nafisya tergelak kecil. "Amboi.. nak sweet pun janganlah depan aunty. Jealouslah. Aunty ni single mingle lagi." Nafisya pula mengusik Syariq.
Firash tersenyum senget. "Saya pun single lagi. So sepadanlah ea?" dia menaikkan kening belah kirinya dan memandang Nafisya.
Nafisya terus berubah muka serius. "Sorry, I have no time to argue with you, Mr. Firash." wanita itu menjeling Firash.
Nurina dan Syariq hanya mendiamkan diri. Tahulah mereka yang Firash dan Nafisya itu memang ada perselisihan faham.
???
Firash melabuhkan punggung ke atas sofa single di ruang tamu. "Amboi Firash, penat sangat nampak." Faez, abang Firash duduk di sofa berhadapan adiknya itu.
"Tadi layan Syariq. Jalan-jalan." dia menjawab walaupun tidak ditanya. Tiba-tiba dia ingin menceritakan tentang Nafisya.
"Angah, kau tahu tak ...." selepas menceritakan kepada Faez, dia memasamkan wajah. Faez pula sudah ketawa terbahak-bahak.
"Perghh... abang tabiklah that girl. Kalau dapat jumpa dia pun bagus juga. Boleh kau dapat kakak ipar kan Rash?" Faez mengusik adiknya itu. Mereka berdua masih bujang lapuk. Hafiz tak sangat. Umur Firash baru 28. Faezlah yang 30.
Firash tersengih dengan usikan Faez. " Ala.. kau ambik jela. Nanti kalau aku bergusti dengan 'kakak ipar' aku tu, kau jangan marah pula." perbualan diakhiri dengan gelak ketawa mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience