Bab 9

Romance Series 6828

Nafisya rasa memang nak hantuk kepala sendiri dekat dinding. Wafiy kawan Firash?! Nak nangis rasanya.
Firash membuang perasaan terkejut, cemburu dan sakit hati jauh-jauh. Memang tak terfikir dek Firash yang Nafisya ialah gadis yang menjadi pujaan rakan baiknya selam 2 tahun ini.
"Hai. I Firash Nawfal. Boleh panggil Firash je." Firash menundukkan sedikit wajahnya. Nafisya sedikit terasa hati akan sikap Firash yang seperti tidak mengenalinya. Namun dia juga mengikut rentak Firash.
"Hai. I'm Nafisya." pendek sahaja dia membalas. Muka memang tengah kawal habis supaya jangan bagi obvious sangat.

Wafiy tidak perasaan tentang apa yang berlaku dihati Nafisya dan Firash. Firash sedaya upaya ingin menjaga hati Wafiy. Di fikirannya, tentu sahaja Wafiy akan sakit hati apabila mengetahui keluarga mereka rapat.

Nafisya pula menjeruk hati apabila Firash seperti meng'ignore'nya. Dia pun tidak tahu kenapa.

"Eh! Aku nak order makan kejap." Firash terus bangun untuk menuju ke kaunter. Dia perasan riak muka Nafisya berubah apabila dia berlakon seperti tidak mengenali gadis itu.

Setelah melihat Firash berlalu pergi, Wafiy baru perasan yang mata Nafisya asyik merenung Firash. Sedikit cemburu bertapak dihati.

"Saya dengan Firash kawan sejak form 1 lagi. Tak sangka kitaorang boleh kawan sampai sekarang. Dia tu ok orangnya. Tapi playboylah sikit." sengaja Wafiy memburukkan Firash pada akhir-akhir ayatnya.

Nafisya menaikkan kening belah kirinya. Setahunya Firash taklah nampak macam playboy cuba lelaki itu annoying sahaja. "Ooo.. tapi saya tengok dia tu ok je."

"Amani, trust me. Dia bukan macam.yang awak sangka." syaitan apa yang sudah merasuk diri Wafiy sekarang ni sampai dia memburuk-burukkan diri rakan baiknya.

Nafisya terdiam. "Err.."

"Sorry, lama sikit. Ramai oranglah." Firash kembali ke meja dan duduk di sebelah Wafiy. Wafiy buay tak layan sahaja. Dan tentu sahaja Nafisya masih dengan pandangan membunuh tentang tadi.

Firash terkelu dengan sikap Nafisya dan Wafiy.

???
Firash menggaru kepalanya yang tidak gatal apabila mengingati peristiwa tengah hari tadi. Kenapa mereka macam tu?

"Hoi! Ada kutu ea?" sergah Farah dari belakang. Farah ialah kakak sulung mereka. Dah berkahwin dan mempunyai dua orang anak.

Firash terkejut melihat kakaknya disini. "Eh along. Bila sampai? Rash tak perasan pun. Riq dengan Qila mana?" bertalu-talu soalan yang diberikan Firash. Terus tidak dihiraukan usikan kakaknya.

"Baru tadi. Qila dekat dapur tu. Syariq apa lagi? Menghadap handphonelah jawabnya. Tula. Mengelamun lagi sampai tak perasan akak balik. Pastu garu-garu kepala. Serupa beruk akak tengok." cemberut muka Firash apabila kakaknya mengutuknya.

"Biarlah orang nak mengelamun pun." dia terus menyalam Farah lalu bergerak ingin pergi bertemu anak-anak buahnya.

Belum sempat dia ingin membuka langkah, Farah lebih cepat menghalangnya. "Nak pergi mana? Meh la duduk sini dulu. Akak nak tanya."

Firash memandang pelik kakaknya. "About?" tanyanya sambil mengambil tempat duduk.

"Ni masa tu kan Firash ikut si Riq tu pergi jumpa girlfriend dia kan? Eee.. geram betul akak. Sepatutnya bawa budak tu jumpa akak. Ni jumpa kau pula. Haishh..." tiba-tiba Farah telah beralih topik. Cepat-cepat dia kembali kepada objektif asalnya. Lucu pula Firash melihatnya.

"Riq kata Firash ada kenal aunty si Nurina tu. Apa macam. Sesuai dak buat adik ipaq?" tanya Farah dengan muka nakal.

Firash membuat muka tidak berminat. Nak buat macam mana? Dia rasa dia mempunyai dua pesaing hebat kalau dia mahukan Nafisya, iaitu Faez dan Wafiy. Dia tak mahu cari pasal walaupun hatinya sudah berkenan dengan gadis itu.

"Tak payahlah kak. Dia bukan nak kat Firash ni. Ramai sangatlah orang rebut dia. Firash malas nak fikir. Oklah kak. Firash pergi tengok budak-budak." terus dia bangun dan melangkah tanpa menoleh ke belakang.

Farah terkedu. 'Aik? Sentap ape? Ni mesti frust menonggeng.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience