Bab 11

Romance Series 6828

Firash duduk seorang diri di dalam Subway. Yela... dia ni takde awek. Walaupun ramai je yang sangkut tapi entahlah... Kawan pun sibuk sekarang ni. Lega rasanya dapat settle kes berat ni. Penat juga mulut ni berbahas.
Dia menggigit Subway di tangannya. Sedapnyaa... perut dahlah asyik berhip hop je dari tadi.
"Firash. Am I right?" Firash mendongak sedikit melihat wanita berudung biru laut dan bermata sepet di hadapannya.

Dia terpinga-pinga sendiri melihat seseorang yang tidak dikenalinya. "Hey... awak tak ingat saya ke? It's Farah. Farah Arina."

Mata lelaki itu terbuka luas. 'What??? Ni Farah Arina yang pakai cermin mata besar dulu? Budak yang terkena bola sepak yang aku tendang dulu? Gila cantik siot!'

"Wow! Nice to meet you again. So... apa cerita sekarang? Oh! Before that. Please. Have a sit.Nak makan apa-apa tak? Saya boleh tolong order." Farah tersenyum sambil menggeleng lalu duduk di kerusi di hadapan Firash.

"About your question tadi. Hmm.. nothing happen. Cuma I'm a doctor now. What about you? Married? Children?" tanya Farah kembali.

Firash pula yang tersenyum. Nak kahwin apenye? Calon pun tak de lagi. Anak? Memang punah harapan nak ada anak sebelum 30 tahun. Huhuhu...

"Hahaha... takde calon lagi. Tak menepati cita rasa yang tepatlah. Awak pula. Apesal still single lagi ni? Memilih sangat ke? Umur kita sama tau. Tak takut ke jadi andartu?" sengaja Firash mengusik. Seronok pula dia melayan si Farah ini. Hilang sekejap pasal Nafisya, Wafiy dan Faez.

Farah ketawa kecil. Menjadikan matanya yang sedia sepet menjadi bertambah sepet. "Tak. Saya tak kisah pun. Tak tahu kenapa. Maybe sebab I know yang someone will come to me and dia tu ialah jodoh saya. Cepat atau lambat. Mesti datang punya. "

???
Nafisya menyuapkan oat ke dalam mulut Encik Nazhan. 'Abahlah ni. Orang suruh makan bubur tak mahu. Demand sana sini. Eeee... nasib baik sayang tau. Kalau tak.... heiiii...'

Dia terpaksa ambil cuti kecemasan. Yela.. takkan nak bagi ibu je yang jaga. Ibu pun banyak benda nak buat. Nazihan lagilah. Jadi Nafisya yang anak perempuan seoranglah ni kena jaga.

"Abah dah kenyang ke?" Encik Nazhan hanya mengangguk perlahan. "Ehem ehem. Bila abah dapat balik ni? Duduk sini bukan boleh buat apa pun. Kawan-kawan abah mesti rindu nak lepak dekat warung dengan abah."

Sebaik sahaja abah menghabiskan ayatnya, tangan ku terus singgah ke lengan abah. Tula! Mulut... cakap macam badan tu dah sihat.

"Abah jangan macam-macam ea. Nanti Fisya cakap dengan doc supaya biar abah tidur sini sampai seminggu karang. Baru abah tahu. Tak padan yang sakit betul!" Nafisya membebel sambil membasuh mangkuk di singki.

Muka abah obvious sangat nampak tak puas hati. "Menantu abah mana?" terus terdiam Nafisya jadinya.

Heiii.... abah ni. Macam tahu-tahu je kelemahan aku. "Mana nak datang menantu, bah. Anak abah, 2,2 orang belum kahwin. Suruhlah abang tu kahwin cepat. Carikan calon untuk dia."kata Nafisya selamba.

And.... ternyata sikap selamba ku tidak dapat melawan selamba abah yang squared.

"Zihan takpe. Dia tu lelaki. Lelaki kahwin umur 35 pun takpe. Kamu tu perempuan. Umur dah 26. Karang jadi andartu... padan muka. Andartu ni jarang orang nak. Orang tua pun cari yang muda beb!" perghhhhhhhhhh!!!!!!

Nafisya tayang muka bengang. Serious tak boleh lawan champion. Akhirnya Nafisya hanya diam. Karang melawan dia yang sakit hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience